Followers- Be my friends

Sunday, May 31, 2009

Malam Suai Kenal Penduduk Saujana Rawang

Selepas x jadi nk gi besday pia, kami ada plane kedua...Malam suai kenal penduduk SR. Objektif nak berkenalan dengan jiran-jiran yang duduk di sana disamping bercadang nak berpiket disebabkan pemaju mengenakan pelnalti/interes yang tinggi ketika mengambil kunci umah. Aku sendiri kena RM 5,000++. Kalulah pemaju pulangkan duit balik, raya sakan aku raya nie....he he...Tapi jangan beranganlah...

Nampak x name tag kaler pink tu....alternative untuk berkenalan. X yah nak tanye name lagi..... Tak ramai sgt jiran yang hadir kerana ramai yang balik kg sempena cuti sekolah nie. Tengok gambor makanan tu....Qador x makan tengahari....ha...ha....
Sampai umah tak makan pun. Ambik ati ,orang suroh taupau, kite pun....pantang disuruh....

Refeksinye : Objektif tercapai . Hampir 40% penduduk sahaja yang dapat berkumpul pada hari tersebut. Angke sebenor tak dpt dipastikan.

Saturday, May 30, 2009

Alahai...x merasa kek Sofia

Tepat jam 8.23 pagi, 30 May 2009. Aku menerima sms daripada mama Hanisofia untuk mengajak kami sekeluarga ke umahnye. Bunyi kad jemputannye ....."Akum.akak ke mane rini. kalo x ke mane, jemput dtg ke besday pia kat rwg kole 3. alamat : 32 Jln pelangi 13, kwsn industri tmn pelangi.tq. Kebetulan kami sekeluarga memang dak balik Saujana Rawang. Sampai2 disana, kontraktor sedang memasang kabinet dapur......apa lagi mandur yang jaga umah kami pun...blahlah...terpaksa kami jaga umah sendiri. Jam udah pukul 4.30 ptg....4.40.....4.45.....4.50......alamak baru nak siap....aku sempat perli tauke tu..."aiya..touke...lu memang pandai bajet time..tepat2 kul 5.00 sudah siap.
Sebenornye..anak2 aku udah merungut2 kelaparan....mana taknye tengahari miss soru. Plane nak gi umah mama pia. Alahai ...x merasele...kek sofia.

Friday, May 29, 2009

Selamat Bercuti....yahOO

Selepas loceng 12.30 tgh berbunyi, kelihatan guru-guru perempuan ( guru lelaki, apa per yek ?) sibuk bertungkus lumus menyiapkan fail PATS yang perlu dihantar sebelum cuti ni. Antara diolog yang kedengaran:

Cikgu H : Akak, sy musykil dengan 2 org tu (merujuk cikgu L ) , releks je, gi timbang berat dan
ukur tinggi, byk masa diorang berborak ngan salesman tu ye.. kita ni bagai nak
putus nyawa menyiapkan keja ni.

Cikgu Z: Akak , fail PATS x ade, P*p*t ada......

Cikgu S : Eh...kawan-kawan..korang dah letakke fail kat sana, kena sain borang ker? KP
mesti lebih advance dari anak buah..

Cikgu F : Eh...kami dah anto dah....( bangga bebenor, sebenornye banyak bahagian yg
rongak).

Cikgu R : Aku nie penyelaras PATS, arahan kena check sapa x antor. Malaslah...kesian kat
kawan2! ( kesian kat kawan ker atau diri sendiri!)

Cikgu NS : Pantang toi, time balik org sruh tunggu nie..... ( x dpt nak jadi pegiun le tu...)

Cikgu L : Aiseh.....cuti ni ha , 240 karang B.cina kena tanda. Mana ada cuti!

Apa-apa pun cikgu....cuti tetap cuti. Yg penting x yah gi sek menghadap student yg pikir diorang lebih bijak daripada kita, ada juga yang pikir kita nie baby sister diorang.....kena jaga jgn gaduh, luka...malas belajor , x pe....janji kelas ada cikgu!................

SELAMAT BERCUTI.....




Thursday, May 28, 2009

SwAy

When marimba rhythms start to play
Dance with me, make me swAy
LikE a Lazy ocEan hugs the shore
Hold me close, sway me more

Like a flower bending in the breeze
bend with me, sway with ease
when we dance you have a way with me
stay with me, sway with me

Other dancers may be on the floor
Dear, but my eyes will see only you
Only you have that magic technique
When we sway I go weak

I can hear the sounds of violins
long before it begins
Make me thrill as only you know how
Sway me smooth, sway me now


kaLU nk merOkok sgt, telanlah asap dlm perut!

Kepada perokok2 di M'sia, terutamanya remaja-remaja sek, kalau rakan sekelas atau satu sek anda hisap rokok, jauhilah mereka. Ia boleh mendtgkan sakit kepala, demam, selesama, asma kepada anda yang tidak merokok. Tak adilkan?.
Kepada orang dewasa yang merokok, janganlah merokok depan anak2 dan isteri2. Kepada guru-guru yang merokok janganlah tunjuk pada murid-murid, yang anda juga perokok. (Dlm toilet guru lelaki pun xleh jugak....pengetua tau!.) masuk dalam minit mesyuarat.
Terlalu banyak kemudaratan merokok ini seperti menambahkan kenaikan suhu global persekitaran anda terutama ketika cuaca panas dan kering. Kalu nk sangat merokok, pastikan asap rokok itu ditelan terus dalam perut atau dibuang dalam beg plastik, puntungnye disimpan di dalam kocek seluarmulah....

Diedit daripada Rozmal Malakan

Wow Cantik x ?


Selepas memantapkan vokal sehingga tahap maksima selasa lepas, apa lagi sambung pulak aktiviti seterusnya ( baca : malas nak balik sekolah, awal lagi....he..he) Kak Umi selaku ketua merangkap driver terhormat dengan arahan Pengerusi MGK mengeluarkan perintah supaya pegi melawat tapak projek seterusnya di SSF Home di Sg Buloh. Apa lagi semua ahli bersetuju sebulat suara agar tingkat 5 bangunan ini perlu diterjah untuk melihat-lihat apa yang berkenan di ati.
Aku terpegun melihat perabot sebelah ini. Warna kesukaan tu.....Harga x usah tanye le...

Status guru di mata pelajar

Kisah 1 : 5 sc 2
Cikgu f: Okey students , see you tomorrow...
Pelajar 1 : Wow! Cantik handbeg cikgu, Alfio Raldo , beli kat mana?
Cikgu f : Tersenyum aje........
Pelajar 2 : Cikgu mesti beli handbeg ni kat JJ atau Sogo kan?
Cikgu f : No komen.

Kisah 2 : 5 Seni 2 ( time exam )
Pelajar : Hui yooo....LV (merujuk kepada handbeg cikgu)
Cikgu f : ( Diam aje )
Pelajar : Mesti beli kat pasar malam kan, 3 Rm 10.00!
Cikgu f : ( Nada marah) suke ati akulah nak beli yang beribu ke, ratus ke, seringgit ke.
Bukan minta duit kamu pong!

Wednesday, May 27, 2009

Tunang sape nie


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Monday, May 25, 2009

Persembahan Koir Guru Daerah Gombak 2009

Lagu Tema : Guru Pembina Negara Bangsa

Bersedia melangkah megah
walaupun sukar baktiku curah
demimu ibu pertiwi
sumpahku lafaz janji ku kota


Berikrar eratkan bangsa
kukuhkan cinta kepada negara
berjasa terus berjasa
menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru pembina negara bangsa
gagah perjuangkan visi negara
bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
demi agama dan nusa tercinta

Guru pembina negara bangsa
tetap unggul senadakan suara
sehaluan menggapai matlamatnya
cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Sunday, May 24, 2009

Al-fatihah


Al-fatihah untuk allahyarhamah Nor Azlinda Bt Mohd Noor ( Mona) yang telah kembali ke rahmatullah pada 22 hb April 2009 pada pukul 7.15 malam.
Beliau telah menghidap penyakit misteri selama 2 bulan , walau pun menurut kata doktor ( HKL ) beliau dijangkiti TB, tetapi kami tetap percaya tiada TB kerana sebelum ini , doktor HUKM ( Bulan Feb ) mengesahkan tiada kuman Tb di dalam badannya.
Kasihan kepada anak2 nya Aidil dan Azlan Syah yang masih kecil . Gambar ini diambil ketika bulan Nov 2008 sempena Majlis Hari Jadi Along di Duta Vista.

Bile le nak siap ini....tension !


Alamak....bestnya ,kali pertama berjaya buat blog sendiri. Sebelum ini dah try sekali, tapi tak berjaya. Alhamdulilah, boleh leh mencurahkan perasaan hati yang terbuku selama ini.
Pertama : Ubah suai rumah di Saujana Rawang masih tak siap2 lagi. Taukeh melayu ini susah sikit, di mulut janji cukup manis, agaknya kalau semut mengerumun pasti syok giler. Dah masuk tiga bulan......belum settle lagi. Kalau settle pun tidak memenuhi kemahuan sendiri......nak murah..inilah akibatnya......