Followers- Be my friends

Monday, June 28, 2010

~Supping lagik~

Supping lagik...wah kali nie..napsu agak tergugat ..walaupun di dalam kawasan sekolah tapi ada pulak org wat jualan produk henglish nie( Sempena Minggu Kooperasi)....bikin hati panaz jer...dah lar duit bawak skit jer....kalau tidak banyak dah kena rembat..
so...akhirnya terbeli lar runner coffe table nie...harganya cuma RM 22.00 jer...
rasa malas nak masuk kelas coz nak membelek-belek lebih lama lagi...


yang ni pulak serupa dengan langsir di rumah lama....nak cari yang 3 panel sudah kehabisan pula. Frust jugak...( ceh macam cukup duit...tak per ....boleh diiktiarkan)






Try dulu di meja ....sebelum di bawa pulang...tak boleh terlampau cun coz naik cuti hari itu, 
 jam loceng  hilang bersama-sama dengan cermin telek jerawat...
Berbakul-bakul sumpah seranah kuar dari mulut...
Member membalas: Sapa suh meja itu cantik sangat...
elo...meja tak cantik...cuba jam tur je mungkin terlupa nak simpan...
so kali nie beli jam yang sama gak tapi ada gambar kartun pompuan...
kalau ilang jugak kali nie...kompen pencurik itu pompuan tak tahu malu.....
Nasib baek cupcake tur tak ilang...kalau tidak lagi lah aku meraung.....



saje nak interperm..jar air dari KFC...kaler pink tur....

Saturday, June 26, 2010

Terjah SACC MALL

Terpandang bangunan SACC MALL dari jauh, mama sudah tersengih memanjang. Hati yang geram akibat berpusing-pusing mencari jalan ke sini terus terkubur, mana tidaknya, bukan selalu datang ke Shah Alam. Dalam setahun adalah sekali dua jer...itu pun sebab mesyuarat atau kenduri kawen. Jalan ke sini jem giler....mungkin akibat Pesta Buku Selangor , jualan mega KKhome Deko dan ada satu program berbas-bas...menyebabkan jalan tutup dan ke U turn jauh skit.Mana tidaknya pakai driver yang dimport dari Vietnam...



Keluar je dari pintu lif, terus terpandang display furniture nie...tak sabar2 kuarkan kamera...nak buktikan ...dah sampai ke tempat yang dituju.
Pendaftaran masuk ke dalam kedai, hanya yang ada member's card jer di benarkan masuk...terus dapat bonus RM 5.00.
dan stiker nie....wah....bangga sangat-sangat....Mr.K dan anak-beranak...tungguuuuuuu......di luar sana, mama nak cuci mata jap. Hampir dua jam terperangkap di dalamnya....suke...sampai anak mengamuk sudah lapar....
snap curik-curik dulu....takut pelangan lain perasaan...
mak oiii....ganaznya diorang terjah....
Wah....dapat voucher lagik....beli lagik....


4 Penyangkut
14 biji bakul  nie...oiit...banyak nyer...

1 Alas meja makan, 2 alas meja komputer, 2 tisu cover....
2 bantal bentuk hati dan 2 bantal peluk.....
meja komputer.....

Makan Malam JW a.k.a my besday party...



Tak sangka pula apabila mesyuarat AJK Jiran wanita sebulan yang lalu diorang bersetuju nak wat Makan Malam pada 26 June, sy dah cakap ari tur besday saya, buzy skit...tapi diorang setuju nak sambut besday sy pada ari tur jugak...tak sangka K.Milah a.k.a pengerusi berusaha menyiapkan puding kegemaran saya ...knape tak kek- kureng minat skit...



So...sesi potong-memotong puding dijalankan selepas semua org abis makan...

alahai...rasa mcm pengantin baru lak...Mr.k pun tak suap kat sy mcm tur....


Kali nie sesi pembahagian hadiah dilakukan oleh orang yang diraikan...tuk memecah tradisi masyarakat biasa...( nak cover tak leh tolong masak petang tadi- mana taknya balik dari Shah Alam pun dah pukul 6.30 ptg)



sesi peluk-memeluk pun bermula


antara AJK JW yang hadir, lebih kurang 10 orang semuanya. Tak dapat lar nak bagi semua tetamu yang hadir, belum berkemampuan lagi...yang diberi hanya AJK JW yang aktif sahaja.



Dah tulis nama siap-siap takut ada yang tak dapat....hasil skodeng dr KKhome Deko ari nie...murah gila 70% off....



Antara makanan yang disediakan





Esen posing...tak menolong pun...alergi asap ( alasan jer....)..


Ini lah dia Majlis Makan Malam AJK Jiran Wanita....walaupun tak ramai yang hadir, tapi kami sangat hepi coz apa yang dirancang berjalan dengan lancarnya....kalau nak tahu sapa yang wat kertas kerja.....saya lah orang nya.... hanya pandai merancang dan memberi khidmat menggunakan kemahiran berkomputer sahaja ...tapi bab masak-memasak nie kena rujuk kepada pengerusi...kalau dia tak der...tak tahu lar macamana.

Friday, June 25, 2010

Nak pegi ke tidak?????

Flyer- FA-for web site-SACC

Esok ada member's sale di SACC MALL.....Shah Alam
Borak-borak dengan hubby tentang iklan nie semasa tengah online....,
Sebenarnya dah tau...coz diorang hantar sms ...
responnya " udah banyak ker duit?????"
huh...tak sensitip langsung....esok kan Hari Jadi Ayang......
Tak  per - tak per.....kalau tak jadi jugak ...ujung bulan 7nie...ayang pegi sendiri ...dekat skit di Wangsa Maju jer...

Thursday, June 24, 2010

~Farewall Party~

Hari nie meraikan Guru Pratikal yang akan menamatkan berkhidmatanya di sekolah bermula sabtu nie. Beliau seorang yang sangat sporting dan disukai ramai kerana keramahannya yang tidak membataskan pergaulan antara senior dan junior dan merentasi berbagai bidang , tidak tertumpu kepada guru yang mengajar subject yang sama dengan beliau.
Pada mulanya saya memang tidak pernah bercakap dengan beliau, maklumlah kerana kekangan masa dan selalunya guru-guru pratikal ni,  suka duduk di dalam "geng" masing-masing.
Tetapi berbeza dengan beliau kerana sudi menyapa saya di dalam ruangan facebook , setiap kali saya online , ada saja cerita yang hendak disembangkan.
Rupanya bukannya saya seorang saja, beliau sering menyapa sesiapa sahaja guru yang online ketika itu.
Maka wujudlah geng OTAI FB yang sering bergurau dan mengusik sesama sendiri.
Esok adalah hari terakhir beliau berada di sekolah kami, maka kami telah mengadakan satu majlis ringkas khas untuk En. Roslan Daud bersama-sama OTAI- OTAI FB
Roslan adalah seorang anak muda yang sangat kreatif dan aktif di dalam bidang penulisan sejak di UPSI lagi.
Banyak hasil karya beliau yang diterbitkan oleh majalah-majalah ilmiah seperti contoh-contoh di bawah.
Semoga beliau terus berjaya di dalam bidang penulisan, dan mungkin satu hari nanti,  beliau boleh berdiri  setaraf dengan sasterawan negara


POHON HARAPAN



Dulu aku pernah menyemai harapan 



dengan baja doa 



agar benih-benih harapan itu tumbuh subur 



meneduh jalan kehidupan yang aku lalui. 







Pernah aku terjatuh berkali-kali 



dan engkaulah yang memaut tanganku 



dan memimpin aku kembali ke denai bebecak masalah. 







Sejak itu 



harapan itu makin merimbun. 







Entah mengapa 



aku tidak harap kau jadi pelangi 



yang datang cuma sementara 



tidak juga seperti matahari 



yang memerangi hanya sebentar cuma 



tapi aku inginkau jadi seperti udara 



yang memberiku bernafas. 







Dan kini pohon harapan itu sudah mati 



kerana aku sudah dewasa 



untuk melalui hujan masalah 



dan duri cabaran! 







Tapi aku tak pernah melupakan 



butir dan bebuah jasamu! 



selamanya....




                                     TIKUS, LALAT, SEMUT BERBAGI KASIH
OLEH: ROSLAN DAUD (CERANA MAS)
Kasih tikus, lalat dan semut 
dicurahkan kepadanya 
walau sedikit bagai setitis embun
tapi beningnya tetap ada 
tikus mencicip manisnya darah
yang masih membaluti tubuh itu
lalat tumpang menghurung sama 
dan semut ingin menarik tali pusat yang sejengkal cuma. 
mereka bertiga merebut hak penjagaan 
bayi malang itu
siapakah yang lebih berhak?
di manakah neraca keadilan bisa menyukatnya?
juga, timbanglah dosa pelakunya
biar dia tahu seberapa besar dosanya 
adakah sebesar alam?
atau setinggi langit?
setidakpun seluas samudera? 
hukumlah dia 
hukumlah!
biar dia rasa seksa dan derita anak itu
kerana perit dicerca oleh ulat yang lapar! 

Ilham datang pabila membaca berita pembuangan bayi lagi. Menyedihkan. 

Sajak ini boleh digunakan untuk mengajar tajuk Pembuangan Bayi. 
gunakanlah sebaik mungkin. :)





BUKAN LAGI JUARA
Sudah puas engkau lalui
Landang dan becak pengalaman
Gelaran juara – akhirnya tertumpas malu
Tergolek dari atas persada nan megah
Yang menjadi rebutan lainnya
Kononnya mahu jadi juara bertahun
Berkokok sang juara di gelanggang kebiadaban
Namun engkau masih tak mengerti
Mengapa engkau perlu turun - menunduk kalah
Tanpa engkau sedari
Yang engkau:
kepatahan taji
kehilangan rentak tari
Dan istana jaya tak lama dihuni.


Mereka, dia dan kamu – yang terkalahkan
Mengepak-ngepak sayap ingin terbang jauh
Jauh dari kesengsaraan dan kesepitan hidup
Yang menganyam perjalanan dan nafas yang dihela
Alahai, engkau bukan unggas yang gagah
Mampu meneroka setiap pelusuk alam
Tetapi engkau hanyalah ayam kampungan
Yang akrab dengan nyamuk kehausan
Kerana engkau selalu mendabik keegoan
di tengah keramaian
dan masih terhimpun di laman itu
diajak menyaksikan peraduan berikutnya
mencari sang juara yang bukan lagi milik kamu!


Bukit Pelali
13 Disember 2009


** Sajak ini telah disiarkan di ruangan Sanggar Kreatif, akhbar Berita Harian pada 27 Disember 2009.


 
Esei 



Sajak


Dewan Kosmik, fiksyen sains




Cerpen

Monday, June 21, 2010

Langsir Bilik kanak-kanak

Semua gadis cantik sangat gemarkan warna yang cantik-cantik. mereka gemar menghias,memilih kain yang berbunga-bunga,bercorak,ada gambar binatang atau pun cartoon kegemaran atau pun rama-rama.Anda boleh,lekatkan bunga-buangaan plastik mahupun hiasan replika rama-rama di dinding yang sudah di cat dengan warna accent yang pastinya padan dengan kertas dinding dan fabrik yg telah anda pilih. jangan lupa pula dengan langsir.

Tema Lautan


kalau anda tinggal berhampiran pantai anda boleh gunakan tema lautan dalam menghias,gunakan warna biru laut untuk dinding, warna pasir untuk lantai, dan warna seakan awan di siling. pilihlah kertas dinding bertemakan lautan, potrait dan lukisan,atau perabot yang warna-warni. wow..mesti anda boleh terbayang-bayang bayu yang bertiup dan bunyian ombak.




Tema Bintang-Bintang.

Tema bintang 2 satu pilihan yg bagus dan kira favauritelah. Senang kalau nak cari wall paper,perabot dan fabric yg berbintang-bintang ni.Sebenarnya budak lelaki pun boleh guna tema bintang.Warna yag boleh di pilih juga banyak terutama bright dan pastel color.anda boleh menghias bintang-bintang di dinding dan siling.Pilihlah perabot yg bersesuaian.


Tema Cahaya bulan.


Cuba ciptakan suasana kelembutan cahaya bulan . warna siling pilih warna midnight blue dan lukiskan bulan dan bintang kecil-kecil mengelilinginya. Gunakan pelekat yang boleh bersinar dalam gelap tu...Gunakan perabot berwarna cream vannila atau pun putih.Letakkan hisan gambar pelangi untuk menyeri dinding .Gunakan langsir yang ada gambar bulan dan bintang di atanya..wah pasti menarikkan.


Tema Bunga-bungaan.

warna oren,kuning,hijau ,dan pink,adalah warna yang sesuai dengan tema bunga-bungaan. Jadi anda boleh pilih fabrik berbunga yang mempunyai warna-warna begini..Anda boleh juga pilih wall paper yang menonjolkan bunga-bungaan dan hiasan ini amat mudah di dapati dikedai.




Tema Sinaran mentari.

Cuba anda buat mural di dinding, gambar matahari sedang terbit. gunakan warna kuning matahari untuk bedsheet dan langsir.Gunakan karpet berwarna hijau rumput dan cat siling berwarna biru langit cerah.selalunya,kanak-kanak akan rasa lebih bersemangat bila bangun tidur di waktu pagi.



Bai-bai UPSR / PMR





Saya lah guru dan ibu bapa  paling setuju kalau perkara ini berlaku. Saya tak perlu tension-tension bila anak mula naik darjah enam, nak memikirkan dimana tempat tuisyen yang bersesuaian. Ada sesetengah ibu bapa mulai anak darjah satu dah menghantar mereka pergi tuisyen. Dunia sekarang semuanya mengejar untuk mendapat keputusan yang cemerlang tanpa memikirkan anak tersebut memerlukan ruang untuk belajar bersosial dan berinterasi sesama sendiri ( dlm istilah lain - bermain bersama rakan sebaya) dan melakukan aktiviti zaman kanak-kanak mereka.


Dah lah masa mereka sangat padat dengan jadual ke sekolah kebangsaan, di sebelah petang ke sekolah agama dan selepas maghrib mengaji al-quran. Tup-tup selepas pukul 8.00 malam , mereka menghantar pula anak ke kelas tuisyen. Masa bila mereka hendak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru mereka. Mereka tidak diberi peluang untuk mengulang-kaji pelajaran disebabkan kekangan waktu.


Memetik petikan dari akhbar Utusan Malaysia, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional, Prof. Madya Dr. Mohd. Ali Hassan berkata bahawa Kementerian Pelajaran perlu memastikan murid sekolah rendah benar-benar menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) terlebih dahulu sebelum Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan.

Ini ternyata benar apabila di dalam sistem pendidikan rendah di negara kita sendiri, Tahap Satu (Tahun 1 - 3) lebih menekankan aspek penguasaan 'Membaca, Menulis dan Mengira' (3M) manakala Tahap Dua (Tahun 4 - 6) pula lebih menekankan aspek menaakul sesuatu maklumat dan mengolahkannya kepada sesuatu maklumat lain (Secondary Point of View). Andai kata seseorang murid itu 'berjaya' pada Tahap Satu dan Dua tersebut, maka peperiksaan UPSR-lah yang akan mengujinya.


Namun apa yang menyedihkan apabila ia berbentuk akademik semata-mata - di atas kertas - dan hanya ada hitam putih subjek pendidikan; tidak bersifat holistik.



Sebagai contoh, ada pelajar pada hari ini di mana sekolahnya mengetepikan subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 6 untuk diajar pada waktu kelas,serta, mengecualikan para pelajar Tahun 6 dari penglibatan aktif Ko-kurikulum yang digantikan kepada kelas tambahan, hanya semata-mata mahu menumpukan kepada subjek yang terlibat dalam ukuran UPSR seperti Matematik atau Sains. Mahu mengejar imbuhan kementerian atau menambah 'gah' pada nama sekolah agaknya guru-guru di sana.

Benar, kejayaan pelajar adalah sesuatu yang sangat beharga bagi seorang guru. Namun saya sebagai  guru tidak mengimpikan kejayaan akademik semata-mata terhadap anak murid saya. Saya cuak melihat apabila pelajar hilang rasa hormat menghormati antara satu sama lain. Pengalaman saya sendiri, bukan semua pelajar yang dilabelkan 'cemerlang' baik tingkah lakunya. Ada yang berani menegur guru seperti guru tersebut tidak layak memimpin mereka, ada yang memperlekehkan ilmu yang guru ada, ada yang ketawa di belakang , apabila guru tersilap cakap. Ada yang mengutuk-gutuk guru, seolah-olah guru tersilap mencurahkan ilmu. Di manakah nilai-nilai yang ada di dalam subjek lain yang boleh diaplikasikan di dalam kehidupan seharian seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.



Sunday, June 20, 2010

Kuala Kangsar ` dulu dan kini`

Bandar Kuala Kangsar ketika banjir besar pada tahun 1967


Kredit to page anak-anak kualer kerana sudi berkongsi gambar dengan saya di facebook. Dengan rasa bangganya ingin sy berkongsi gambar-gambar  di dalam blog ni.






zaman jepun - jambatan Iskandar Shah




Banjir di lembah kuale pada tahun1993




Salah satu replika yang terdapat di sana.




Disekitar Jam besor , tapi sayang mana lampu lip-lap ...apa pasel tak menyala pulak...




Dataran Kuale...percaya ker tidak, teman tak pernah menjejakkan kaki di sini sejak ianya di bina.
Tengok dari jauh jer, payah nak parking keta.
Berdekatan dengan Jam beso dan dihadapannya adalah pasar basah kuale...kalau datang tengahhari, alamatnya beli ikan keli jer ler....

Mercu tanda kuale yang tak asing lagi....Masjid Ubudiah.

Istana kenangan



Istana lama


Pemandangan dari sebuah resthouse yang agak terkenal disini




Tumpang sonok...Pizza Hut yang baru dibuka pada 1 Jun 2010, bukan jakun..tapi bangga kuala udah ade macam-macam ade..




Bakal menjadi salah satu mercu tanda kuala selain daripada MCKK dan pokok getah tertua,  International School of Baccalaureate .

Kuala Kangsar adalah merupakan Bandar DiRaja dan bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan IKS (Industri Kecil dan Sederhana)yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa.( dicopy paste dr wikipedia)