Followers- Be my friends

Sunday, September 23, 2012

Pertandingan Kebudayaan PSKPP


Salam. Sudah lama tidak menjengah ke blog sendiri. Sibuk memanjang sehinggakan cerita2 Aidilfitri masih belum di uploadkan. Seminggu selepas Aidilfitri dapat tawaran menjadi penari kebudayaan daerah untuk ke Pertandingan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran ( PSKPP). Macam-macam hal berlaku sebelum pertandingan bermula. Walaupun perlu hadir ke ujibakat yang dijalankan...dalam keadaan berpuasa terpaksa juga lah aku menari tak berhenti-henti mengikut rentak muzik yang didendangkan.
Sampai merajuk-rajuk teman tak nak menarik coz juri tak reti nak memilih sapa yang berbakat. Dari kul 3.00 ptg sampai kul 4.50 ptg ..asyik suh menari jer mana tahan.
Selepas seminggu ...sesi pemilihan belum selesai . Akibat kekurangan penari lelaki. Beberapa kali pihak pengurusan PPD menelefon meminta mencarikan lelaki yang boleh menari. Maka aku mengunakan pujuk rayu dan tipu helah memaksa rakan-rakan lelaki yang berada di sekolah aku untuk join sekaki.
Apabila surat pelepasan sampai...orang yang pertama dipanggil menghadap adalah aku disebabkan pengetua sudah tahu sapa " kepala " yang menarik seramai 5 orang guru keluar selama 5 hari berturut-turut.
Malangnya selepas sesi perjumpaan dengan pengetua, beliau hanya membenarkan hanya 4 orang guru sahaja yang terlibat iaitu 3 orang dr sesi pagi dan seorang sesi petang. Pelbagai kekangan terpaksa dilalui dengan ketiadaan bajet , pakaian dan jurulatih tarian..malahan dengan sikap dan masalah para penari dan penyanyi duet dan pihak pengurusan juga menjadikan aku cukup stresss...
Akhirnya aku sendiri yang jadi jurulatih yg tak bertauliah....bersama-sama idea rakan-rakan penari yang lain. Agak huru-hara gak kerana ...ada penari yang terperasaan 'profesional' tidak mahu menerima pendapat orang lain!.
Latihan intensif bermula pada 18.9.20122 sehingga 21.9.2012. Selama 3 hari ni bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.30 ptg. Hari pertama ...aku siapkan tarian asli dengan ragam yang dipelajari dr belas ihsan seorang guru lelaki dari Sentul. Tanpa sebarang ganggu. Hari kedua ...siapkan tarian zapin ( walaupn sudah merayu...zapin agak susah ragam tarinya, tetapi penyanyi di atas tetap mahukannya). Agak susah kerana terpaksa mempelajari ragam tari dari CD yang aku beli 4 tahun lepas. Akhirnya berjaya juga aku siapkannya pada hari yang ketiga setelah bertelagah dengan seorang penari profesional ni.. Pada hari Jumaat ...penari masih gagal mengingati ragam2 yang dipelajar. Aku pun begitu juga. Selesai Solat Jumaat ..kami bersiap2 untuk berangkat. Tanpa diduga...seorang peserta menarik diri disaat-saat akhir kerana tidak mendapat izin suami. Aduh...terduduk kami seketika. Hilang semangat tetapi aku cepat2 mengambil keputusan mengantikan tempatnya dan tempat aku diganti dengan peserta lain.;Nasib baik ada peserta simpanan.
Akhirnya berangkat lar kami ke SM Sains Kuala Selangor untuk menjalani rehesal. Agak bertuah dlm cabutan kerana mendapat undian persembahan ketiga dan ada kumpulan yang ingin mengantikan giliran kami. Maka giliran kami agak lewat sedikit iaitu yang ke lapan dari sembilan penyertaan.
Alhamdulilah dengan kekuatan vokal penyanyi Zack Arya dan Haniza. Maka kumpulan kami mendapat tempat ketiga negeri selangor.