Followers- Be my friends

Tuesday, February 16, 2010

...Make over lagik...




Agak terserlah keanggunan frame putih tur dengan kaler pink tur..sapa lagi nak puji selain tuan umah sendiri..nasib baik Mr. K tak cakap apa-apa..cuma tak puas ati dengan sofa tur..tak masuk tema!



Kaler yang agak feminin...
Kak ipar kata.. kaler nie sama dgn bilik anak perempuannya...em..tak kisahlah janji sy puas ati..
Ada lagi projek yg belum siap..nak letak frame pada 3 lubang tur coz agak berbahaya pada budak yang dibawah umur 5 tahun..diorang suka lalu lalang kat situ..takut pecah kepala pulak..




So...next projek...


nak letak kayu disini pulak...

Makan...makan dan makan lagi

Cuti-cuti panjang begini memang jadi kebiasaan saudara-mara datang bertandang. Kali nie Mak Saudara sekeluarga dr Manjong singgah bermalam selepas menghadiri majlis bertunang di Semenyih.
 Masak simple jer...untuk makan tenghari dan buat laksa penang untuk minum petang.
Diorang sebenarnya memang pakar dlm bab masak memasak nie..siap wat katering kecil-kecilan lagik..tapi best gak sebab Pak Chu tak berhenti-henti meratah gulai kari daging...sedap katanya..( kembang ati )
Pak Chu sedang sibuk membantu tuan umah memasak...agaknya lambat bebenor menyediakan juadah sarapan kut..
Pada sebelah paginya kami mengadakan kenduri tahlil untuk arwah abah dan opah lebih kurang dlm kul 8.30 pagi....makanan simple jer..pulut kuning..nasi goreng..kow tew goreng..sambal udang..ikan masin.
Tak panggil sapa-sapa hanya tetamu yang bermalam di rumah sahaja..kebetulan adik Mr. K sampai kul 12.30 am malam sebelumnya dan singgah bermalam juga.
Sesi bergambar sebelum bertolak pulang ke Manjong, Setiawan, Perak.

Saturday, February 13, 2010

Hepi Holiday..

Hari ini menghadiri kenduri anak rakan lama di Dewan Bringin Sri Gombak. Cuti kali ini tak balik kg..masih ada projek di rumah baru.
Dah lama tak dengar muzik cak lampong nie..teringin zaman maktab di MPRM dulu..Muzik nie merupakan muzik trendmark maktab tur..dlm apa jua majlis..mereka akan memainkan muzik nie.kerna MPRM merupakan maktab yang terkenal dengan kebudayaan dari Minangkabau. Tak Caya sy salah sorang dr artis mereka..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Nie zaman dulu-dulu..masa berumur 20 tahun..
Gambar yg bgitu blur... coz upload tanpa scanner..





Bukan main sukalah bebudak nie bila ada aiskrim free...masa makan dah dapat aiskrim...kat luar dewan pon ada van aiskrim lagik..trend kenduri kahwin zaman sekarang...


em...bapak budak pon join sekali..nak beratur malu...sambar jer anak punyer..
Angah..
Along...

Friday, February 12, 2010

Giveaway from fawa


Jalan-jalan kat blog member sempena coti-coti Malaysia nie...time nie my hubby tengah sibuk memasak...bini kesayangannya sibuk layan tenet..he..he...gasak lah...memang minat dia memasak nak wat camner..
So...dengan nie sy mengistiharkan untuk joint giveaway dari blog http://singgahsaja.blogspot.com/

Thursday, February 11, 2010


Perjalanan hidup tak semudah yang kita jangkakan
Kita sering mengatakan begitu dan begini
Kita menganggap ia semudah itu dan ini
Kita mengira keputusanya semudah sifir matematik sebagai mana kita pelajari
Kita mengharap segalanya berjalan seperti yang dirancang
Namun hakikatnya….
Hanya DIA yang tahu jalan yang bagaimana terbaik untuk kita
Hanya DIA yang tahu…
Kita merancang, Allah merancang
Namun hakikatnya ALLAH lah sebaik-baik perancang

Monday, February 8, 2010

Kisah "Seram"

Cerita ni dicedok dr seorang kawan dlm forum yang aku join. Aku tidak pasti kesahihan cerita ini namun mungkin ada pengajaran dan peringatan buat kita seandainya kita berhadapan dengan perkara seumpama ini.


Location Bukit Bauk ni kalau kita dari Bandar Dungun, kita akan melepasi Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin lebih kurang 2 km. Kalau dari Paka, drive lebih kurang 20 minit kita akan berjumpa dengan signboard Hutan Simpan Bukit Bauk, jalannya banyak konar-konar gitu..


Menurut kawan aku ni, satu petang tu lebih kurang pukul 6.45 petang dah nak senja dah selepas balik dari kerja di Paka tu.. dia drive kereta Iswara menuju ke rumahnya di Bandar Dungun. So dalam perjalanan tu keadaan seperti biasa je lah sebab dia dah bertahun-tahun ulang alik dari Paka ke Dungun.


Bila nak sampai di kawasan Bukit Bauk yang banyak konar-konar tu, dia tak pulak rasa apa-apa yang menyeramkan pun walau dia banyak sangat dengar cerita orang dengan kisah-kisah seram di situ. Jadi dia drive lah seperti biasa…
Sampai dekat intro konar-konar tu, tetiba dia nampak seorang makcik sedang berjalan membelakangi camera. Membelakangi camera? Camana aku nak cakap eh..? alah makcik tu jalan ke depan lah dia drive dari arah belakang mak cik tu.


Mak cik tu berpaling ke belakang ke arah kereta dia.. mungkin sebab ada bunyi kereta nak melintas atau pun mak cik tu nak menumpang. So kawan aku ni pun slow la kereta dia, dan bila betul-betul berada di tepi mak cik tu, dia pun turunkan cermin kereta dia. Mak cik tu berhenti, so kawan aku offer lah kalau mak cik tu nak ke Bandar Dungun. Mak cik tu cakap orait.
So mak cik tu naik lah dan duduk di seat belakang. Maka kawan aku ni bertanya lah dari mana nak kemana sorang-sorang diri waktu-waktu senja, anak-anak mana tak reti ke nak ambik.. bertuah punya anak biarkan mak jalan sorangs-sorang.. tapi itu aku tambah jer lah kawan aku tak pun cakap cam tu.. he he he


Mak cik ni cakap dia tertinggal bas lompat-lompat dari Kemaman ke Dungun, hari-hari dia naik bas sebab dia kerja kat rumah orang di Paka tu, so kebetulan hari tu dia miss bas tu so terpaksalah dia jalan kaki jer.
“Rumoh makcik depang tu jer..”, mak cik ni bersuara..
“Ohh..”, kawan aku mengiakan jer lah

Kawan aku ni memerhatikan mak cik ni melalui cermin, dia nampak mak cik tu kelihatan seperti menahan sakit, sambil memejam matanya.. Kawan aku ni rasa lain macam pulak..


Aaaaaa.. tetiba kawan aku baru perasan, mana ada perumahan di kawasan Bukit Bauk tu!! Berdebar-debar kawan aku, dah lah time-time senja ni, Bukit Bauk pulak tu…
Kemudian dengan tidak semena-mena bau yang amat busuk mengurungi kereta kawan aku ni.. kawan aku ni cuba lah befikiran positif mungkin ada bangkai lembu ka atau kerbau kat tepi jalan tu, tapi.. baunya semakin kuat, macam bangkaiii..
“Mak cik biasa doh kawasang ni…..”, mak cik tu cakap. Kawan aku bertambah-tambah berdebar. Seriau abisss.. kalau aku pun meremang abis bulu-bulu yang ada ni..


Kawan aku ni sekali lagi tengok cermin dan lihat mak cik tu tersenyum sambil mempamirkan pagar giginya yang dah runtuh.. nampak seram jer mak cik ni, cerita kawan aku ni lah….
Kawan aku ni dah panik, memang dah terasa dia terkena pada malam tu. Dalam hati kawan aku ni kata memang senja tu dia bawak hantu dalam kereta dia.. So dia tekan minyak terus pecut meninggalkan kawasan tu tanpa memandang ke belakang lagi. Dalam dia ketakutan tu tiba-tiba terasa bahunya disentuh.. terperanjat gila kawan aku ni.
“Jangan laju sangat Awang..”, Makcik tu bersuara..


Sampai je dekat dengan kawasan rumah orang ada nampak cahaya lampu baru lah dia perlahankan keretanya. Giler tak pernah dia speed laju gitu di kawasan konar-konar tu.
“Sini doh lah..”, mak cik tu memberi arahan supaya kawan aku ni menurunkannya. Kawan aku angguk-angguk macam orang bodo. Dalam hatinya kalau boleh nak blah terus dari situ.


Kereta pun berhenti dan makcik tu pun keluar.. dan makcik tu pergi ke pintu kereta bahagian depan.
“Mintak maaf banyok awang, mok cik kettuk (kentut) tadi.. mok cik sakit perut sangat ….” jelas mak cik itu.
Kawan aku terus beredar meninggalkan mak cik yang penuh misteri ituu..

Friday, February 5, 2010

***Erti Sejambak Bunga***

Sejambak bunga yang mekar dan cantik akan menjadiakan satu hadiah yang istimewa pada sesiapa yang memilikinya. Tidak kiralah anda akan dapat bunga tersebut dari sesiapa yang penting ia mungkin dari seseorang meminati anda dalam diam, atau mungkin dari pasagan anda.
Namun sedarkah anda bahawa tumbuh-tumbuhan alam seperti pokok-pokok, tanaman sayur dan bunga-bungaan sejak dahulu lagi sudah mampu memberikan kuasa pelbagai sumber kepada manusia.
Bermula dari tempat perlindungan, makanan pakaian, ubat-ubatan, oksigen dan sebagainya. Selain itu tumbuh-tumbuhan berupa bunga-bungaan juga berupaya menjadikan manusia mampu mengungkap apa yang sedang dirasakan ketika itu sama ada untuk melahirkan rasa cinta, untuk berkongsi keseronokan atau untuk menyampaikan rasa duka.
Kehebatan dan keajaiban tumbuh-tumbuhan terutama bunga-bungaan ini akan membuatkan ada pihak terus menerus membuat kajian penyelidikan bagi mengaitkan tumbuh-tumbuhan dengan kesihatan manusia sedunia.
Pada tahun 1996 seorang pengkaji selidik telah menunjukkan bahawa jika sebuah rumah atau pejabat yang dihiasi dengan bunga-bungaan atau tanaman berjaya membantu mengurangkan tekanan darah dan denyutan nadi kepada penghuninya. Tahukah anda dalam kajian terhadap penyakit kanser payudara yang menjalani aktiviti rawatan seperti berjalan-jalan di kebun bunga, sebenarnya akan berjaya meningkatkan kemampuan pesakit tersebut untuk menumpukan perhatian yang bakal dijalaninya sepanjang pembedahan tersebut dan ia berjaya menurunkan stress pesakit itu.
Kajian yang pernah juga dilakukan oleh Dr. Roger Ulrich juga menunjukkan bahawa pesakit yang menjalani pembedahan, telah berjaya sembuh dengan cepat setelah pesakit itu sering melihat tumbuh-tumbuhan dari tingkap wadnya. Tahukah anda pesakit tersebut sebenarnya hanya mengambil masa yang agak singkat untuk tinggal di Hospital tersebut ekoran dari keharuman bunga-bungaan dan tumbuhan.

Kajian lain yang dilakukan oleh Diane Relf dari Institut Virginia pula menunjukkan bahawa:-
  • Bunga boleh menghindarkan kita dari keletihan mental dan meningkatkan self esteem.
  • Sesetengah orang juga boleh berkomunikasi dengan lebih baik apabila ada bunga atau tumbuh-tumbuhan segar di sekitar mereka, dan mereka juga cenderung untuk makan dalam kuantiti yang banyak ketika bunga-bunga tersebut segar dan cantik berada di atas meja.
  • Ketahuilah juga bahawa beberapa jenis tanaman berpasu sebenarnya boleh menghilangkan pencemaran udara dalam rumah atau pejabat.
  • Menempatkan tanaman atau bunga-bungaan di rumah atau dipejabat juga boleh meningkatkan kelembapan dan mengurangkan pengaruh kepada udara yang kering disekeliling kita.