Followers- Be my friends

Wednesday, March 3, 2010

Khemah Rumah Sukan 2010







Abad Berjiran

Assalamualaikum kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. N3 kali nie ingin sy kongsikan bersama tentang adab berjiran, antara kewajiban terhadap jiran adalah:

1. Tidak lalai daripada mengambil berat dan mengawasi kediaman jiran ketika tuannya tiada di rumah, menghalang sekirannya berlaku perbuatan khianat dan sebagainya.

2. Pejamkan mata daripada melihat sesuatu kehormatan/ aurat  jiran sekiranya berlaku secara tidak disengajakan lantaran tiupan angin atau terjatuh tergolek.

3. Apabila lalu di depan rumah jiran yang pintunya terbuka, janganlah liar biji mata kamu untuk mengerling ke dalam rumah untuk melihat gaya dekorasi atau apa sahaja kerana di dalam rumah milik seseorang itu mempunyai kehormatan dan terdapat pelbagai rahsia yang tidak boleh diceroboh walau dengan kerlingan mata.

4. Menghindari perbuatan atau sikap yang boleh menyakiti hati jiran seperti suka menyindir dan juga lain-lain perbuatan yang boleh mencederakan hati orang lain.

5. Jangan sesekali menghalang jiran daripada mendapat apa jua manfaat hidup berjiran seperti kemudahan dan keselesan menghirup udara segar atau membuat ampaian jemuran kain dan sebagainya...terutama kalau jiran sidai kain di pagar yang berkongsi bersama...biarkan dia kerana mungkin dia belum cukup bajet untuk membeli ampaian lagi...

6. Nabi s.a.w ada bersabda " Jangan sakiti jiran dengan bau masakan dari dapur rumah kamu". Maknanya hati jiran tersinggung menghidu bau masakan yang menyeleraka, tetapi kempunan kerana tidak dapat menjamahnya...maka rawatlah hati jiran dengan menghantar ke rumahnya semangkuk masakan yang baunya menggoda seleranya itu.

Cerita 1:
Menurut suatu riwayat seorang sasterawan masyhur bernama Ibnu al- Muqatto', suatu hari telah sampai ke pengetahuannya bahawa jirannya hendak menjual rumah disebabkan beban hutang, sedangkan Ibnu al-Muqatto" pernah menumpang berteduh sebentar di rumah tersebut. Lantaran beliau terasa terhutang budi lantas mengeluarkan wang daripada simpanannya dan melunaskan hutang tersebut.Begitu halusnya perasaan seorang yang tahu menghargai nilai budi sehingga sanggup membayarkan hutang agar rumah jirannya tidak terjual.

Cerita 2:
Mengisahkan tentang seorang yang mengadu hal bahawa terlalu banyak tikus di rumahnya. Maka seseorang telah menasihati agar beliau membela kucing nescaya tikus akan berkurangan. Meskipun beliau mengakui bahawa nasihat tersebut amat berkesan untuk menghalau tikus, namun beliau berfikir sejenak; semestinya tikus-tikus itu akan berpindah ke rumah jirannya. Lantas beliau terfikir kesan daripada cadangan itu apa yang tidak disukainya tidak sepatutnya terjadi terhadap jirannya juga. Maka beliau pun membatalkan niatnya untuk memelihara kucing.

Cerita 3:
Apabila seorang alim diberi tahu sederet rumah hangus terbakar kecuali rumah Tok Alim, maka orang menyampaikan berita itu merasa sangat hairan kerana Tok Alim tidak mengucapkan syukur alhamdulilah. Sebaliknya beliau merasa sangat dukacita kerana kediaman jiran-jirannya hangus terbakar, maka adalah tidak wajar bagi beliau mengucapkan syukur ketika jiran-jirannya ditimpa musibah kebakaran. Jika ucapan syukur tersebut didengar oleh jiran-jiran maka mereka akan tersinggung dan berkecil hati.

Monday, March 1, 2010

Dalam maknanyer...


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, 

Maka DIA Menyayangimu,

Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, 

Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,

Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... 

Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

InsyaALLAH....


psst: Gambar tiada kena mengena dengan statement...saje-saje

Sunday, February 28, 2010

Bekas Sabun Breeze

N3 yang lepas telah dipadamkan setelah rasa gundah gulana reda...so tidak perlu dipanjang-panjangkan nanti menjadi buah mulut orang pulak..
Gambar di atas tur sebenarnya adalah bekas sabun Breeze sy...memang dah lama simpan dlm komputer tapi tak der ati nak publish..nyesal pulak tak beli yg saiz paling besar..
Jangan meluat pulak ...bekas sabun pon nak tayang...

Wednesday, February 24, 2010

Beg lagik..

Beg nie adalah koleksi terbaru sy tuk meletakkan telekung dan sejadah..
Nampak sama dengan beg dulu drp jenis kain tetapi kali nie diletakkan zip..( special request)
Sebelum nie tukang jahit a.k.a Kak Noor belum pernah meletakkan zip pada sebarang koleksi beg beliau.
Kiranya sayalah orang pertama yang berjaya memujuk beliau tuk menghasilkan beg sebegini..dan yang paling membanggakan kalau korang semua teringin nak order sebut jer..."fida's beg"...sempena sy orang pertama yang menggunakan beg yang berzip nie.



Nie pattern beg yang lama...sesi ulang tayang..

Tuesday, February 23, 2010

Rezeki adalah urusan Allah

Allah Maha Berkuasa,

Rezeki datang dari Allah Yang Maha Pemurah.Allah lah punca segala rezeki.Tiada siapa yang boleh memberi rezeki kecuali Allah.Tiada siapa pula boleh mencapai rezeki kecuali atas izin-Nya.Jika Allah telah mengizinkan seseorang mendapat rezeki,maka rezeki itu akan datang kepadanya walau cuba ditahan oleh seluruh penduduk alam semesta.Jika Allah tidak mengizinkan seseorang itu mendapat rezeki,maka tiadalah rezeki baginya walau seluruh malaikat,jin,syaitan dan manusia berserta seluruh alien (jika ada) cuba untuk menyampaikan rezeki itu ke mulut orang itu.

Rezeki adalah sebab untuk manusia hidup dengan baik dan selesa di dunia ini.Tafsiran rezeki yang asas ialah makan minum.Selebihnya ialah pakaian,tempat tinggal dan anak isteri serta apa yang mampu dinikmati oleh diri kita.Jika ditafsir lagi dengan lebih lagi berdasarkan gaya hidup kini,adalah peti sejuk,komputer,penghawa dingin,motorsikal,kereta dan lain-lain.

Ini juga rezeki dari Allah.Jika anda tinggal di bandar,kereta hampir menjadi keperluan anda berbanding dengan Pak Ngah di kampung.Tanpa kereta,anda mungkin terpaksa bersesak dan menghirup bau penghawa dingin di dalam LRT.Jika tempat kerja anda jauh dari laluan LRT atau pengangkutan awam lain,anda terpaksa membeli kenderaan sendiri,sekurang-kurangnya motorsikal.

Anak-anak juga rezeki dari Allah.Setiap anak yang dilahirkan telah ditentukan rezekinya oleh Allah.Sebab itu setiap anak yang dilahirkan ada rezekinya dan ibu bapanya sama-sama 'menumpang' rezekinya juga.Tetapi hari ini ada orang yang buang anak.Maknanya dia juga telah buang rezeki yang dikurniakan oleh Allah bersama-sama rezeki yang mengikuti anak tersebut.Entah-entah bayi merah yang dibuang di lubang tandas,tong sampah,surau dan sebagainya itu adalah bakal peguam,jurutera,pensyarah,ahli perniagaan,ulama atau perdana menteri.Siapa tahu?

Setiap orang berlainan tahap rezekinya.Seorang pemuda zaman batu telah mendapat seekor biawak pasir untuk hidangan makan malam keluarganya,manakala kawannya hanya mampu mendapat dua ekor ular kapak sahaja.Ada orang pada zaman Tamadun Sumeria hanya menaiki keldai sahaja,tetapi jirannya mampu menaiki kotak kayu yang dibubuh roda dan ditarik dengan keldai.Maharaja China mampu memakan sup daging angsa manakala petani miskin di Xian hanya mampu memakan belalang goreng sahaja.Seorang pekerja tol mampu menikmati nasi kandar ayam madu manakala seorang ahli politik hanya mampu memakan nasi kosong berlaukkan dua biji telur dan sedikit kuah.Ada orang yang hanya mampu memandu Proton Saga BLM manakala ada orang memandu Maserati Merak SS.

Ada orang yang mendapat awek secantik Diana Danielle manakala ada yang mendapat gadis secomel Enot.Seorang yang miskin,yang hanya mampu menyediakan lauk siput babi kepada anak-anaknya mampu melahirkan 10 orang anak sebaliknya seorang peguam yang berjaya hanya mampu memiliki dua orang anak.Robert Kuok dikurniakan harta RM42.7 bilion manakala Syed Mokhtar AlBukhary hanya mampu berpuashati dengan aset bernilai RM6.01 bilion.Seorang mat rempit yang berkerja sebagai 'despatch' di bandaraya hanya memiliki aset sebanyak RM42.7 dan digelar 'Nan Sempit' manakala rakannya di kampung yang menternak kambing berjaya menjana pendapatan sebanyak RM6.01 ribu setiap bulan.Seorang pelajar universiti hanya mampu makan megi kari sahaja di hujung bulan manakala seorang pekerja restoran McDonalds mampu memakan burger Prosperity dan nugget udang berperisa BBQ walau tanpa wang pun di poketnya!

Fikirkan apa yang akan Obama Tuan Presiden Amerika makan malam ini.Fikirkan apa yang saya dan anda akan makan malam ini.Semasa memikirkan apa yang anda makan malam ini,fikir...apa yang dimakan oleh kanak-kanak yang menjadi yatim piatu di Palestin makan malam ini....

Seorang yang berusaha belajar bersungguh-sungguh dan kemudian membuka perniagaan yang mantap dengan segala kemahiran dan ilmunya kemudian jatuh muflis tidak boleh menyalahkan Allah yang sepatutnya memberi kekayaan kepada dia kerana dia telah berusaha bermati-matian.Ini kerana Allah memberi rezeki kepada makhluk-Nya bukan mengikut protokol apa-apa.Bukan menurut peraturan apa-apa.Bukan menurut hukum apa-apa.Bukan mematuhi rumus dan etika tertentu.Biarlah dia berusaha macam mana sekalipun atau malas melepek,itu bukan faktor yang mempengaruhi Allah untuk memberi rezeki kepada hamba-hamba-Nya. ); ">Nilai rezeki yang berbeza antara satu sama lain bukan menunjukkan tahap iman seseorang.Adakah seorang kaya berharta lebih disayangi oleh Tuhan berbanding seorang fakir miskin?Ariel Sharon,pembunuh dan penjahat yang kejam lebih baik kehidupan materialnya dari seorang Palestin yang syahid dengan wajah tersenyum-senyum.Namun,adakah dia berhak mencium syurga Allah selepas menyapu wajahnya dengan darah kanak-kanak Palestin?

Adakah seorang ahli korporat berasa lebih baik amalnya berbanding seorang ustaz sekolah pondok?

Tidak sama sekali.Jumlah harta atau rezeki yang diberi oleh Allah bukan menunjukkan iman dan amalnya.Rezeki adalah urusan Allah.Tiada siapa yang boleh mengajar Allah memberi rezeki kepada makhluk-Nya.Tiada siapa yang boleh menetapkan rezeki untuk dirinya.Seorang ustaz yang alim ulamak tidak boleh menyangka bahawa dengan amalnya yang membukit,dia berhak lebih kaya dari Ananda Krishnan,tauke Maxis dan Astro.

Seorang yang berusaha belajar bersungguh-sungguh dan kemudian membuka perniagaan yang mantap dengan segala kemahiran dan ilmunya kemudian jatuh muflis tidak boleh menyalahkan Allah yang sepatutnya memberi kekayaan kepada dia kerana dia telah berusaha bermati-matian.Ini kerana Allah memberi rezeki kepada makhluk-Nya bukan mengikut protokol apa-apa.Bukan menurut peraturan apa-apa.Bukan menurut hukum apa-apa.Bukan mematuhi rumus dan etika tertentu.Biarlah dia berusaha macam mana sekalipun atau malas melepek,itu bukan faktor yang mempengaruhi Allah untuk memberi rezeki kepada hamba-hamba-Nya.

Sunday, February 21, 2010

....Syok sendiri...


Asyik-asyik tangkap gambar tetamu yang datang jer..so kali nie sy sekeluarga nak interpreme gak,



Mana tak nyer kalau setakat pakai baju tido atau t-shirt duduk umah memanglah tak lalu nak berposing..nie sebab nak gi kenduri kahwin dr umah nie maka berposing sakanlah sy dengan anak-anak,..nak tengok kaler dinding tur sama tak dengan kaler tudung di dalam gambor nie..wakaka..
tak leh buang kaler nie dlm kehidupan ku..sampai murid sesi petang pon perasaan cikgu sesi pagi nie selalu pakai kaler apa...dan digelar "cikgu pinky".