Followers- Be my friends

Thursday, March 18, 2010

My new printer


My new printer-3 in 1..printer, fotostat dan scanner. Sangat berpuas hati coz dah lama tak beli printer baru, tambahan pulak sekarang nie giler upload gambar lama dlm mukabuku dan yang penting senang nak wat soalan mid year nie yang banyak sangat gambarajah.

Zaman remaja ketika itu..lebih kurang 19 tahun...minta maaflah..keadaan bilik agak berselerakkan...tak sempat nak sorok, lagi pon nie bukan meja aden, tompek aden lagi hancuss...



Zaman gediz, sebagai penari kebudayaan maktab, masa nie di Hotel Crow Princess sempena persaraan pengarah pelajaran ketika itu.







Johan Zon Selatan selama 2 tahun berturut-turut ( coz belajar pon 2 tahun 6 bulan jer)...pastu dapat gi Sarawak buat show kat sana pulak..memang lupa daratan ketika ni.
Masa nie kami sudah ada RIMUP ( Melayu, Cina dan India)teka mana sy????


Peserta Kebudayaan seluruh Malaysia kategori maktab2 perguruan ketika itu



alaihai kurusnyerrrr....sekarang 3 kali ganda, korang tak usah terperdaya dgn sekeping gambar, ramai yang tak percaya coz i memang fotogenik!!!!!
Ket sungai mano...jalan menuju Kuolo Pilah


Sunday, March 14, 2010

Penangan Jakel

Jalan-jalan Hujung Minggu...
Mau Lihat Orang Baru...
Hospital KL singgah dulu.....
Pastu Jakel yang dituju.....

Dilantik jadi tukang pandu
Iring adik tiba hari sabtu
Tapi diorang jadi keliru
Tukang pandu sudah libang libu

Tengok kain bunga beribu....
English rose.. idaman kalbu....
Tukang pandu terlebih wang saku!(ye ker?)
Beli kain untuk sofa baru..

Biar nampak mcm jambu...
supaya tidak haru biru
konsep lama bertukar baru...
Hati riang gembira selalu...yeahhhh

( ikut rentak lagu Mr. Os...)

Saturday, March 13, 2010

Kem Perdana 2010


Sempena menyambut cuti sekolah bulan Mac nie, sekolah sedang mengadakan Kem Perdana di peringkat sekolah yang melibatkan semua unit uniform di sekolah. Ini bermakna semua guru sekolah akan terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung bermula pada hari Jumaat yang lepas sehingga hari Ahad nie.


Kali nie terlibat sebagai hakim untuk Pertandingan Memasak dan Ikhtiar Hidup. Nampaknya para pelajar masih tak tau nak memasak menggunakan tepung, kentang, telur dan sardin sekiranya mereka di campakkan ke dalam hutan tanpa peralatan yang lengkap.

Ada beberapa kumpulan siap buat cucur bawang, kentang goreng, wedges , bergedil dan mcm-mcm  lagi! Ini bermakna markah mereka di tolak kerana tidak menepati kategori yang Ikhtiar Hidup.Kalau tuk Pertandingan Memasak , mereka memang kreatif..


Roti Panggang, kentang bakar adalah salah satu makanan yang sesuai dimasak di dalam hutan sekiranya tidak dibekalkan minyak dan kuali.











Tu dia guru-guru yang terlibat di dalam Perkhemahan Perdana di sekolah, minta maaflah cikgu tak minat nak pakai uniform coz saiz semakin melebar..itu pon cover supaya tak nampak over drp member lain.



em...sempat lagi menyiapkan kenyataan semakan untuk pendaftaran SPM 2010 bagi 450 orang pelajar, setiap orang pelajar kena key in pakej matapelajaran masing2. masalahnya apabila ada sijil terbuka, pelajar suka-suka ati ambil mata pelajaran yang diorang minat dan boleh lulus sahaja, bukannya nak belajar mengikut pakej kelas yang ditawarkan...sepanjang minggu nie ...ada jer masa free buat pendaftaran...kemudian lari masuk kelas.. begitulah rutin sehingga selesai..masalahnya kerja nie tak leh settle di sekolah saje..kena sambung di rumah sehingga 11 mlm setiap hari...naik muak pon ada sampai suami tanya tak der manusia lain ker yang boleh wat kerja nie ( susah nak jawab!masing-masing sibuk dgn urusan masing2, kerja tidak boleh ditanguh mengikut kehendak hati, kalau tak siap aden jugo yang susah!)....
Alhamdulilah segala kerja sudah selesai. pada peringkat yang ke-2. Selepas cuti ni nak minta guru kelas semak pelajar masing-masing agar semua subjek yang diminta dapat dipenuhi bagi setiap orang pelajar.
Beginilah rutin setiap tahun...yang paling memenatkan apabila keputusan SPM 2009 keluar sewaktu tengah sibuk buat pendaftaran nie.

Thursday, March 11, 2010

Debaran sudah berakhir..

Penantian sudah berakhir bagi calon SPM 2010...Rentetan peristiwa hari nie
Pengambilan slip di PPD Gombak



Debaran kian kencang + kenyang ( baru lepas isi pewot...lagi kenyang coz big boss belanja makan)




Terima-kasih kepada rakan-rakan yang sudi membantu...rasa nak terkucil ..ku tahan jugak demi nak mengasingkan slip keputusan...org lain tak leh buat kecuali sy sorang jer..coz sy org bertanggungjawab dlm urusan nie di sekolah.


Memperkenalkan Miss Universe dari kiri  Dr. Saro , Pn. Rasidah, Pn Jamaliah ( pengetua) wakil Yang Dipertua PIBG dan Pn. Suraya dan MC yang diterjunkan bidangnya ( tanpa skrip)...em...tak der org yang lebih layak lagi!
em...bagus2 korang dengar apa kata MC....senyap dan berdengar kata...tak sangka dah lama tak bersua, korang masih mendengar kata guru..sanggup duduk bersila di atas lantai..walaupon korang sudah glamer abis hari nie





Wah tahniah kepada 6 pelajar terbaik Sek..yang mendapat straight A's dlm semua subjek SPM, walaupon cikgu target 17 org...



wah..cikgu ieda sempat lagi tersenyum...



SIla bawa bertenang...jika tidak berpuas ati dengan result yang anda dapat...sila isi borang semak semula dengan bayaran RM 50.00 per subjek.
Anda boleh mengulang SPM untuk 2010 dengan mengambil borang sebagai calon persendirian di PPD daerah masing2...bermula pada 1 Mac 2010 sehingga 31 Mac.
Happy sangat ari nie coz sudah empat tahun berturut-turut peratusan Matematik meningkat, drp 451 orang calon hanya 31 org sahaja yg gagal....yohoo...
so tahun nie...aden tak ngajor form 5 ...so rehat skit..

Tuesday, March 9, 2010

Sleep Box


May be useful while u r travelling.
DUBAI IS INSTALLING 50-70 BOXES

Sleep box - how about sleeping in a box when you are just passing by a large city?











Size: 2 m x 1,40m x 2,30m  to sleep in comfort and security.  
Cheap sleep in case of emergency for anyone rich or poor!!
No time wasted looking for a hotel
Designed to be installed at train stations and airports, and central public places or cities where accommodation is fully booked.
In tropical climate countries the sleeper box can be installed outdoors in main streets.
The space includes bed, linen, ventilation system, alarm. LCD TV, WiFi , space for your laptop and re chargeable phone. Under your bed and floor there is a cupboard for your luggage.
Payment is made at terminals who will give clients an electronic key that can be purchased for 15 minutes or for as many hours as you need.  

Thursday, March 4, 2010

Rezeki Hari Jumaat...

Terima Kasih kepada Kak Shida kerana sudi memberi hadiah kepada saya sempena Brithday's Giveaway beliau bulan lepas...hadiah akak selamat sampai dengan cun nya...suka sangat-sangat nie
emm..Caah belum balik lagi nie...kalau dia nampak pasti meraung-raung nak makan kek..CC ari tu pon asyik dok kat tangan dia jer sampai sudah tercabut flagnya..
Sebenarnya ramai cikgu yang tertipu jugak...bila letak CC paper weight tur atas meja guru..ada yang tanya ..tak bersemut ke letak kat sini..his..macam real lah ...respon diorang.
Ada member cakap..kalau nak ketenangan jiwa..dia akan pergi di meja sy...menikmati dekorasi henglish style..walau pon siciput..

Tampak Hadapan


Tampak Belakang

Terima kasih juga kepada Kak Noor kerana menghadiahkan saya bekas handphone yang berlambang cupcakes nie...

Mudah-mudahan rezeki akak-akak nie bertambah-bertambah lagi selepas nie...

<<>>

Wednesday, March 3, 2010

STAFF IDEALIAN TUNJUK TARING

Okay sebelum kita mula duty...semua ambil potasium dulu...ganti breakfast..


Kumpulan 3 teruna + MakDara = Tempat ketiga dlm acara guru 8 X 50m...


Kumpulan Anak Dara tapi kalah dlm larian ...uhis..sempat lagi bergambar sebelum acara guru bermula.



Wow..tunjuk body yer...


Beriya-iya benor berlatih...patutlah menang....Kumpulan MakDara 40 ++ = Tempat Pertama


TARAAA......kumpulan Pentadbir ..agak korang diaorang dapat tempat ke berape?...jawab jangan tak jawab..