Followers- Be my friends

Sunday, April 4, 2010

Award lah pulak!

Terima kasih , ieda kerana tag akak nie....
Sebenarnya masa lalu lalang kat blog blogger lain memang dah nampak dah...tapi wat2 tak nampak coz tak nampak nama akak tercatat dlm blog diorang. Sapa lah kita nie berbanding dgn blogger -blogger lain di luar sana tur..segan nak mengaku beautiful blogger!
tapi disebabkan cik ieda telah meng"tag" nama akak terpaksalah(baca: syukur) ada juga org terperasan yg blog akak nie cantique gitu....wah-wah ....terperasan gitu..
apa soalannya ek??...sat-sat nak gi skodeng dulu..


 7 THINGS ABOUT YOURSELF

1. Suka sangat dengan kaler pink purpel. Kalau bukak lemari baju semua kaler itu..kalau pakai kaler lain kat sekolah diorang kata nie baju baru ker...his..his walaupon baju tur udah berkurun dok dlm lemari..

2. Berat badan semakin bertambah disebabkan melanggar pantang makan mlm yg sudah diamalkan sejak 6-7 tahun yang lepas. Tension bangat coz baju kebaya udah tak leh pakai..

3. Kalau ada duit lebih mesti skodeng blog member jual barang tapi kalau tak duit pon suke jugak skodeng blog diorang tuk kira bajet for next month...hi...hi....

4. Agak panas baran tapi makin kurang mengikut peningkatan usia...tapi kalau nampak org susah , tak sampai hati...insyallah akan  tolong selagi termampu.

5. Kadang-kala malas nak masak kalau suami rajin dok kat dapur...biar teman mengemas rumah tak per!

6. Suka bekerja kalau keringat dihargai...bukan nak pujian tetapi cukuplah dgn ucapan terima kasih.

7. Paling benci kalau masuk kelas belakang...udahlah malas belajar...rasa bercakap dengan tunggul kayu! Kayu pon boleh duduk diam2...ini manusia suka ati diorang lah..



Saturday, April 3, 2010

Kisah Cawan

Credit pic from pondoknursalam.blogspot.

Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.

Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pe nah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara, 


"Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

Pengajaran:

Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.

Jangan lupa bahawa cobaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).

WAllahu a'lam

Friday, April 2, 2010


Cantik juga kan..nak cari permaidani nie tapi tak tahu kat mana!..

Monday, March 29, 2010

CAnTIk BaNgaT....


















Cantikkan? berkenan sangat dengan dekorasi kedai nie..inspirasi english style..

Thursday, March 25, 2010

Sayangilah ibu bapa

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.
Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1..  Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2.  Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3.  Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4.  Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5.  Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6.  Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7.  Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8.  Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9.  Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10.  Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.
 


Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan...Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

 

Friday, March 19, 2010

Ke IJN Pulak...

Selepas solat jumaat tadi, kami bergegas ke IJN untuk melawat bapa saudara yang baru lepas menjalani pembedahan. Perasaan sangat teruja krn pertama kali menjejak kan kaki ke IJN yang berkonsepkan private hospital.

Terpegun ketika berada di kawasan Lobi IJN

Alhamdullilah nampak sihat walaupon baru 2 hari dibedah, masih berada di HCU lagi.DAh kuar baru tau tak leh ambil gambar...kira halal lah yer...

Thursday, March 18, 2010

JOm ke Balai..





TARIKH : 19 MAC 2010 ( JUMAAT)

WAKTU  KEJADIAN     : 7:35 PAGI

TEMPAT KEJADIAN : TEMPAT LETAK KERETA, TAMAN SRI BATU CAVES

KETERANGAN

Kadang-kala bila baca police's report nie kelakar pon ada..sy sebagai cikgu cepat jer nampak kesalahan ejaan dan struktur ayat yg sy betulkan( diorang yang taip sendiri, dia tak ikut pon ayat kita nie..nampak macam bengang jer diorang.Macam nilah buat laporan..( bukan karangan....hi..hi). Yolah tur...korang punyer ofis..suka atilah..
Sesi kedua : Di bilik no:14 bersama Sarjan Khairul untuk sesi soal siasat, soalan2 nyer macam biasa tak ikut subject dan pradiket..nasib baik cikgu Math...kalau cikgu BM tentu fening nk bagi markah oral...
Tapi yang bestnya kami berdua ( Mr.K balik ambil kereta) menjawab soalan bersama-sama sambil memandang skrin monitar!
Sy sempat gak menemurah Sarjan nie..ada anak kat SMKIH tak?...tingkatan berapa?..bila tanya dia pon tak tahu anak dia kelas mana!
Sempat gak ditanya kenapa cikgu leh pakai dua kereta atas nama sendiri...cuti cikgu banyaklah...gaji cikgu naiklah..( hiss...dia tak tahu ker gaji cikgu ijazah dan diploma tur berbeza.kalu tidak tak payahlah ...sibuk2 nak sambung belajar).


SEBELAH  KANAN KERETA

SEBELAH KIRI KERETA


KEDUDUKAN KERETA SELEPAS PERLANGGARAN BERANJAK KE SEBELAH KIRI DAN MENGENAI SEBUAH KERETA LAIN.


 CERMIN KERETA RETAK AKIBAT KUNCI STERING BERPUSING DAN MENGENAI CERMIN


 Pihak polis sedang mengambil gambar kenderaan. Inilah kali pertama kereta kemalangan dan membuat laporan polis. Nasib baik orang tidak ramai, cuma banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar :

1. Bawa kenderaan ke balai polis untuk diambil gambar. Semasa pertama kali kami datang , cuma datang naik motor jer, tetapi gambar kami tangkap sendiri. Rupa2 nya gambar tersebut tidak diterima tetapi boleh membantu di dalam membuat laporan polis.

2. Semasa membuat laporan hendaklah secara terperinci, saya dan juga beberapa petugas disana pun sebenarnya tidak pasti bagaimana membuat laporan untuk claime insurans. Rupa-rupanya laporan saya ada masalah (sedangkan sy sudah bertanya kepada petugas disana!). Mereka kata tidak perlu meletakkan no. kereta di sebelah kiri krn yang melanggar hanya kereta Proton Perdana sahaja. Masalahnya sekarang sy tidak boleh ( harap2 boleh) claime insurans untuk sebelah kiri mudguard pulOK!.Cermin kereta retak akibat kunci strering pun tidak diperjelas secara terperinci menyebabkan sy terpaksa claime menggunakan insurans cermin sendiri. Nasib baik tiap2 tahun sy ambil insurans untuk cermin besar .Jenuh jugak pujuk tokey kedai ( baca: baik punya cabel dgn satu lain pihak lagi )tur supaya tidak menggunakan insurans sendiri...harap2 boleh.