Followers- Be my friends

Monday, August 16, 2010

Al-fatihah


Hari ini sekolah telah kehilangan seorang pelajar yang rajin, aktif dan bersemangat waja hanya kerana seekor nyamuk ( demam denggi berdarah )
Al-fatihah buat anak muridku : Solehah Mokthar...semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Sesungguhnya ..Allah sangat menyayangi mu...
Peringatan buat orang yang masih sihat...jaga kebersihan dan jaga kesihatan . Hapuskan tempat pembiakan nyamuk agar tiada lagi yang menjadi mangsanya..

Friday, August 13, 2010

Penceramah Jemputan


Minggu lepas menerima jemputan menjadi penceramah Mathematics SPM dalam Kursus Motivasi dan Persediaan Peperiksaan SPM,PMR dan UPSR di INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)
anjuran
Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia ( PUSPANITA)
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Sedih melihat bilangan peserta bagi Calon SPM, hanya 5 orang sahaja. Tak dapat digambarkan bertapa kecewanya pihak AJK bila melihat sambutan yang diberikan oleh warga anak KPWKM ini.
Bagi saya tak kira berapa pun bilangannya , asalkan mereka dapat mengikuti kursus teknik menjawab ini dengan selesa dan guru dapat berinteraksi dengan semua peserta yang hadir.
Masa yang diberikan agak terhad iaitu selama 1 jam sahaja, tetapi saya telah melanjutkan masa sehingga 1.5 jam untuk membincangkan semua topik yang berkaitan.
Memang tidak puas hati kerana sepatutnya kursus ini sesuai diadakan selama 1 hari bagi setiap subjek memandangkan banyak tip yang perlu dihuraikan dengan lebih mendalam.



Bergambar bersama rakan lama yang telah menjadi Pensyarah di Matrikulasi Banting.


~ Hepi Besday Caah~




Happy Brithday to Nurin Syarah Qistina yang ke-3 tahun, semoga Caah terus membesar sebagai seorang anak yang solehah, bijak dan dapat berbakti kepada mama dan ayah serta negara tercinta.
Kek yang paling simple..kek coklat kesukaan sekeluarga.

Sukenya dia dapat kek lagi .....

Tuesday, August 10, 2010

~Selamat Berpuasa~

                                

Selamat Berpuasa kepada semua pengunjung blog fydrahim, semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada sebelumnya, penuh kerahmatan, keberkatan dan hidayah dari Allah.

Sunday, August 8, 2010

Kisah Malam Semalam


Semalam dari Putrajaya terus balik ke Saujana Rawang. Sudah 3 minggu tak balik ke sana, maklumlah ada saja aktiviti pada hari Sabtu dan Ahad. So...semalam kami bercadang balik ke sana tanpa membawa bekalan makanan kering seperti biasa...hatta susu Caah pun tak bawak. Nasib baik dia tak mengamuk minta susu.

Bertolak dari Putrajaya pukul 6.30 petang, so sampai rumah 7.40 malam...time maghrib. Pastu tur balik terus ambil mop ...mop satu rumah. Makan pun alah kadar jer...nasib baik ada adik ipar bagi tapau laksa . Tengok jiran sebelah kanan rumah pun ada...diorang pun macam kami gak muncul hujung minggu sahaja. So...tak lah rasa sunyi sangat. Jiran sebelah kiri...memang tak der orang, rumah kosong. Belakang dapur pun kosong gak, entah bila diorang nak masuk pun tak tau lar.

Al-kisahnya...aku masuk tidur awal, entah macam mana tiba-tiba mata tercelik...telinga menangkap bunyi seperti  mangga pintu depan di goncang-goncang...selalunya Mr. K memang tau...kalau bini dia tido..bom meletup tepi telinga pun tak sedar...entah mcm mana aku boleh tersedar di tengah mlm tur pun memang "ajaib".Pastu tur aku cuba dengar lagi...senyap lak...kalau bunyi lagi tentu aku nak gerak Mr. K suh dengar sekali...tak lama pastu tur...dengar lagi tapi kali nie bunyi krok-krek seperti berada di tingkat bawah. Bunyinya kejap jer....macam tak bersungguh-sungguh. Alah...tak kisah lah...aku sambung tido lagi...entah mcm mana Mr. K beralih badan...selalunya katil tur tak bergoyang...tapi kali nie goyangnya sebanyak tiga kali menyebabkan lancang mulutku menyebut.....INI SUDAH LEBIH NIE.....so...malam semalam tak jadi bangun nak buang air kecik seperti selalu...takut-takut ternampak benda yang tak sepatutnya berada di dalam rumah.

Pagi tadi aku try gak mengalih-alihkan badan atas katil...kut-kut katil tur ada problem...tapi tak logik...sebab katil tur sangat kukuh. Tak mungkin bergoyang-goyang kalau setakat nak beralih badan sahaja! atau mungkin berlaku gempa bumi kecil?

Sebelum nie, mak sendiri pernah mengalaminya. Dia mendengar orang bagi salam semasa masuk ke dalam bilik tido utama....datang kali ke dua....semasa tido di tengah malam terdengar bunyi orang mencari barang di dapur...sampai dia sempat bertanya pada adik yang tengah tido...apa lagi yang Mr. K cari tengah-tengah malam nie.

4 minggu lepas..sewaktu entry menyimen poch keta..ada satu peristiwa yang sengaja malas nak story kat sini. Seorang anak jiran berlari-lari mintak tolong di waktu pagi Jumaat...minta tolong...emaknya pengsan. Rupa-rupanya emaknya kena histeria...ternampak ada makhluk duduk atas tangga sambil memandangnya. Emak sy datang sambil membaca ayat pendinding dan bacaan yassin. Secara tak semena-mena jiran tur menghalang emak dari masuk ke dalam rumah...sambil menyebut ....pergi...pergi....jangan masuk! Emak terus membaca ayat pendinding dari luar rumah. Tak lama kemudian suami jiran tur balik bawa seorang ustaz. Malam tur juga jiran-jiran mengadakan bacaan yassin. Malam esoknya rumah jiran di blok belakang pulak...dia juga mendakwa sering diganggu dengan bunyi-bunyi yang tak sepatutnya.

Sejak bulan Mei dulu...aku dah tahu cerita tentang gangguan nie...tapi tak pernah mengalaminya sendiri...hatta kadang-kala Mr.K balik lambat pun....kami anak beranak masih berani tinggal disitu . KRT disana mengambil keputusan untuk mengadakan bacaan yassin dari rumah ke rumah pada setiap malam sejak bulan Mei lalu.
Mungkin kerana sudah lama tak mengimrahkan malam-malam dengan bacaan yassin para penduduk, makhluk itu bermaharajalela!


Sudah 4 hari tak boleh bukak internet, baru hari nie tergerak nak telefon TM center...tapi rupanya ada masalah dlm DNS server.. tengah bercakap2 terputus lak...pastu tur godek-godek sendiri, create new conection...pergh...selesai masalah...terre gak aku nie...asal lak tak buat 4 hari lepas...rindu nak berblog.


Majlis sambutan Hari Jadi Angah dan Syarah diadakan minggu lepas ( 1 Ogos dan 13 Ogos)....pastu tur angah merengek2 nak ajak kawan-kawan datang makan kek. Alahai mama bukan apa....malas nak masak banyak-banyak coz ari itu ada kenduri.
KOrang berdua kena kongsi kek coz nak jimat bajet beli baju raya.......


Untuk menunaikan permintaan angah...ayah panggil hanya saudara-mara sebelah ayah sahaja. Rumah sempit tak selesa panggil orang ramai...lain kali kita buat kat SR pulak.

Monday, August 2, 2010

~ Menonton Teater Semerah Padi~


Malam Sabtu lepas , kami sekeluarga sanggup meredah hujan semata-mata ingin menonton Drama tari Semerah Padi adaptasi daripada filem Semerah Padi lakonan P Ramlee.
Mula-mula sampai cuak juga kerana seperti tiada orang yang berminat untuk menontonnya walaupun kemasukannya adalah percuma. Tetapi rupa-rupanya kami sampai awal dari yang dijangkakan kerana solat maghrib disempurnakan hanya beberapa meter dari Panggung Bandaraya tersebut.

Pemandangan dari Pintu Masuk Panggung Bandaraya.

Sempat bergambar dengan bonda tersayang di ruang legar pintu masuk panggung.  Mak kata mungkin dia seorang sahaja orang kampung yang menonton teater tersebut, macam-macam komen mengenai kostum dan prop yang tidak kena dengan era zaman tersebut, seperti pengkritik AF lagaknya bila sampai sahaja dirumah habis diungkit tentang kelemahan kostum dan prop...ye lah namanya pun suasana kampung..tak kan lalang boleh jadi pokok padi, dan kemudian mereka membanting padi/lalang pulak tur...bagi orang bandar mungkin itu hanyalah sebagai simbolik sahaja.



Terima kasih kepada "orang dalam" yang menyediakan tempat kami nombor tiga dari stage, nampak sangat jelas muka dan suara penari.







Antara babak-babak akhir yang dipertontonkan, walaupun sebenarnya sangat "SEGAN" nak mengangkat kamera.