Followers- Be my friends

Tuesday, June 7, 2011

Persiapan Kenduri

Sebenarnya hampir 14 tahun tak buat kenduri kawen...kali nie suasana agak kelam kabut tanpa kehadiran ayahanda tercinta...semua perlu dilakukan sendiri..aku selaku penyelaras majlis aka selaku perancang perkahwinan mereka yang bermula dari merisik...bertunang ...nikah dan sehinggalar berlangsungnya kenduri kawen...semuanya aku yang buat..berbincang dalam telefon...suka-suka ati aku menetapkan tarikh kenduri...kecuali tarikh nikah ,  si Lelaki nak nikah awal skit coz nak lari dari berkursus...
ceh...
 Hari Rabu...orang kampung sudah datang memasang khemah ....cepatnya...memang teruja!




 Sebanyak 4 buah khemah didirikan untuk menyambut tetamu..

 Bahagian memasak menggunakan bilik / ruangan yang sengaja tidak ditutup dengan sempurnanya...
Ini adalah projek terbengkalai arwah abah...tetapi dapat disempurnakan oleh adik-adik lelakiku tanpa mengeluarkan upah..


 Persiapan " Door -gift " untuk para tetamu. Untuk Majlis Menyambut Menantu nie...kami hanya memperuntukan sebanyak 600 beg sahaja dan 150 kotak gula-gula.
_ entry bersambung _



~Twin Berkhatan~

Selepas menghantar rombangan pengantin lelaki ke Klang ...terus balik ke kg untuk mengkhatankan dua orang anak lelaki saya...senang skit...cuti 2 in 1...sambil menjaga anak bersunat...persiapan kenduri pun dapat dijalankan serentak..




Kali nie kami memilih sebuah klinik di Tanjung Rambutan ( sejam perjalanan dari KKangsar)..alhamdulilah belum cukup 24 jam...Si Angah dan Syamil sudah boleh bangun ( tidak merengek seperti Alongnya dulu ) dan boleh bermain komputer di tingkat atas rumah opah.


Friday, June 3, 2011

~Sebuk memanjang~

Sorry...dah lama tak update blog....asyik sebuk memanjang jer..nak story skit...sekarang nie tengah sibuk buat persiapan majlis kenduri kawen adik lelaki saya yang telah diijabkabulkan pada 20 Mei yang lalu. Pasangan nya adalah berketurunan Champa yang ( ibu bapanya )berasal dari Vietnam. 
~Klon Iqram Dinzly dan Jue Aziz~
Ada gak tetamu yang konpius mengatakan adik lelaki aku nie artis ke??..
Rupanya memang saling tak tumpah sampai rakan ku juga pun turut tertipu dan tidak percaya yang kami nie adalah adik beradik satu bapa satu emak...


Bergambar bersama Duta Arab Saudi dan 
bapa kepada Pengantin Perempuan
Bapa pengantin nie adalah sangat rapat dengan Duta Arab Saudi nie kerana dia berada disini pun bekerja di bawah kedutaan Arab Saudi...itu sebab semua ahli keluarga pengantin perempuan boleh bertutur 4 bahasa iaitu Bahasa Arab, Bahasa Vietnam, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu ( walaupun sebutannya agak telo )




Tuesday, May 17, 2011

SeLaMaT HaRi GuRu- TeMa TRadiSiOnaL





Sambutan Hari Guru kali nie bertemakan tradisional...meriah kerana ada guru yang sanggup menyewa baju tradisonal mengikut negeri-negeri...ada juga yang malas mcm teman nie yang hanya berbaju kurung sahaja....tetapi tak sangka pulak boleh ramai yang sedondon walaupun bukan secara sengaja...




Wednesday, May 11, 2011

Surat Dari PeCinta Nasi LeMaK



Ke hadapan Guru Besar yang saya kasihi,

Saya, Mohd Hazwan salah seorang murid pemulihan tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 5, ingin memohon kepada tuan untuk menarik balik larangan menjual nasi lemak di kantin sekolah.Untuk pengetahuan tuan, saya sekarang sudah tidak semangat lagi untuk belajar ketika di dalam kelas kerana tidak dapat makan nasi lemak 50 sen pada waktu rehat.Nasi lemak merupakan sumber tenaga utama saya setiap hari.Kebanyakan kawan-kawan saya juga merasakan hal yang sama


Saya juga pernah mempunyai dua orang abang yang bersekolah di sini satu masa dulu, mereka memberitahu saya yang mereka hampir setiap hari makan nasi lemak di kantin sekolah walaupun dulu harganya cuma 30 sen sepinggan.Tuan nak tau di mana mereka sekarang? Seorang telah menjadi doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur dan seorang lagi akan menamatkan pelajaran dalam bidang teknologi makanan tidak lama lagi. Jadi saya rasa alasan murid-murid akan menjadi lembab dalam pelajaran adalah tidak munasabah.

Alasan kedua yang mengatakan nasi lemak boleh menjadi penyebab obesiti juga adalah kurang tepat. Walaupun saya hari-hari makan nasi lemak tapi saya tidak juga obesiti. Saya masih slim dan berat sentiasa maintain kerana saya selalu beriadah antaranya berlari-lari di padang dan lari dari sekolah.Sebenarnya ini berpunca dari gaya hidup murid-murid sendiri yang selalu mengamalkan budaya 'makan tidur facebook blog tidur' seterusnya menyumbang kepada obesiti.Justeru, saya mencadangkan agar waktu Pendidikan Jasmani ditambah dari 1 jam seminggu kepada 4 jam seminggu.Selain itu perhimpunan pagi juga boleh digantikan dengan senamrobik untuk menggalakkan murid-murid bersenam.Hari Sukan sekolah juga perlu dibuat setiap 2 bulan sekali.

Tambahan pula, larangan penjualan nasi lemak di kantin telah menyebabkan jualan makcik kantin merosot dengan mendadak. Saya dapat lihat riak wajahnya yang sentiasa bermuram setiap hari.Saya bimbang ini akan memberi kesan kepada kesedapan makanan di kantin sekolah kita.

Saya berharap agar pihak tuan akan mempertimbangkan aduan dan cadangan saya ini. Bak kata pepatah 'nasi lemak merupakan warisan zaman-berzaman, takkan nasi lemak hilang di dunia'.



Yang benar,
Murid pencinta nasi lemak 50 sen










Attach File(s):

Sunday, March 27, 2011

Hobi Baru

Dah lama tak membeli - belah barang berunsur english deco...jalan-jalan hari Sabtu lepas di Carre4 terjumpa pulak dengan bekas tissu berbentuk cupcakes nie...comelkan...lepas nie nak cari dua tiga biji lagi...menurut kata jurujual..ramai sangat yang terbekenan dengan barang main kanak-kanak nie...

Sebenarnya yang baru nak berhobi tur adalah membeli belah buku anak-anak...setiap kali dapat gaji...barang yang pertama dibeli adalah buku latihan...dah tiga bulan asyik ke kedai buku sahaja..
Bukan apa...sejak Pustaka Rakyat buka cawangan kat Sri Gombak nie pada bulan Disember yang lepas..seronok pergi kesana...kebetulan masa pergi hari Jumaat lepas ada buku yang dijual dengan harga RM 1.50 sebuah...apa lagi...letak balik buku-buku yang berharga biasa...kemudian ambil semua buku yang ada kaitan dengan tahap anak-anak...ada juga buku rujukan SPM yang dijual RM 2.00 ajer...emmmm...memang berbaloi...tak kisah lar sapa penerbitnya...janji anak-anak ada latihan..kalau buat tiap-tiap malam...memang dalam sebulan tur kena beli dua tiga buku satu subjek...



Monday, March 14, 2011

13.3.2011

 13.3.2011 adalah tarikh yang amat bermakna bagi Mak Chu sekeluarga kerana nie lah kali pertama meminang anak dara orang bagi anak sulung mereka.
 Alhamdulilah semua keluarga dapat berkumpul seperti yang dirancangkan walaupun mereka berada berjauhan..dari Manjung, Kuala kangsar, Melaka, sekitar KL untuk meraikan / mengikuti rombangan nie..
Berkenan sangat dengan bunga hiasan di tangga ituu....kalau hias pada hari biasa-biasa...over sangat tak???