Followers- Be my friends

Wednesday, July 8, 2009

Satu lagi berita gembira...Hepi bangat!

Mansuh PPSMI 'kejayaan rakyat'
Abdul Rahim Sabri
Jul 8, 09
4:45pm
Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Hassan Ahmad menyifatkan keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012 sebagai satu kejayaan rakyat.

"Rakyat seluruhnya tentu lega dan gembira, kerana pengajarannya di sekolah kebangsaan Cina dan India juga turut dikembalikan kepada bahasa ibunda masing-masing," katanya kepada Malaysiakini.

GMP merupakan gabungan badan-badan bahasa, NGO dan parti-parti politik yang ditubuhkan untuk mendesak kerajaan supaya memansuhkan dasar yang diperkenalkan sejak 2003.

anti ppsmi rally 070209 tear-gasMelalui GMP, isu PPSMI juga turut dibangkit dalam kempen beberapa pilihanraya kecil yang diadakan sejak awal tahun ini.

Hassan mengucapkan syabas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, yang menteri pelajaran, kerana "berani membuat keputusan yang benar" demi kebaikan masa depan rakyat.

Katanya, PPSMI merupakan satu dasar yang salah dan menyusahkan rakyat serta membazirkan wang untuk kembali kepada dasar asalnya.

"Walaupun pelaksanaan sepenuhnya hingga 2012, tetapi bagi saya ia melibatkan operasi, bukan soal dasar PPSMI," katanya ketika diminta mengulas pengumuman Muhyiddin hari ini.

Hassan berkata, GMP memberi sokongan penuh kepada beliau sehingga proses seterusnya sehingga 2012.

Berikutan itu, katanya, GMP akan bermesyuarat dalam masa terdekat sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pemansuhan PPSMI.

Daulat bahasa Melayu

Ditanya sama ada pemansuhan itu lebih baik dilaksanakan secara serta-merta, Hassan berkata:

"Tak usahlah, tak payah begitu. Kita dah enam, tujuh tahun (dalam dasar itu), sekarang sudah kembali sepenuhnya seperti dahulu.

anti ppsmi rally 070209 rally 02"Apa yang kerajaan perlu buat, ialah tumpu perhatian dengan meningkatkan kaedah pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, bukan bahasa pertama.

"Supaya anak-anak semua kaum mahir bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua," tambahnya.

Sementara itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut menyambut baik keputusan kerajaan itu.

"Keputusan itu merupakan satu tafsiran komitmen kerajaan untuk mempertahan dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Ia juga cerminan sikap kerajaan yang bersedia untuk mendengar dan mengambil pertimbangan sewajarnya terhadap suara rakyat," kata badan itu dalam satu kenyataan.

NGO itu juga berpendapat bahawa keputusan tersebut bijak serta bertepatan dengan usaha untuk mengukuhkan perpaduan nasional melalui bahasa kebangsaan.

Tuesday, July 7, 2009

Sudah kaya kah?

Semasa terima call dari office petang semalam yang menyatakan pengetua nak jumpa aku...hati sudah berdebar-debar , dlm hati tertanya-tanya ..ada buat salah apa pulak nie..Rupa-rupanya kena ambil surat penerimaan Anugerah Cemerlang 2008. Em...wat suspen jer...Bukan takat ambil surat jer tapi kena bayar untuk gambar dan makanan lak pada majlis tu nanti sebanyak RM 35.00 .
Pagi nie...aku ambik duit RM 200 dari dalam almari...konon-konon untuk bayar duit tu dan berhajat nak gi shopping beli kasut baru untuk majlis tu...Nak tau apa jadi...sampai di sekolah, Kak Aishah sibuk suruh bayar...aku ngan konfidentnyer...mengambil purses...cari punyer cari punyer cari, dari satu beg kecil ke satu beg kecil.. sehingga segenap pelusuk beg habis di selongkar..duit tu tak jumpe pun....aduh ...otak mula berfikir ligat..mana lak aku letak duit nie tadi...Telefon along di rumah suruh dia check balik di dalam beg lain...tapi tak ada...atas meja komputer...tak ada...bawah kerusi...pun tak ada...Kemudian tel hubby plak tanya kut-kut...dia simpan @ nampak duit tertinggal..tak ada jugak....Entah berapa kali tel along dgn hubby pun tak tahu...at last kena recall back apa aku wat selepas ambik duit tu...ambik duit ..pas tu keluarkan tisu buruk....kemudian kutip semua tisu-tisu dan kertas yang tak berguna tu dan ...buang ke dlm tong sampah....
Tong sampah !.....Call balik along suruh check dalam tong sampah...kemudian 5 minit lagi call lagi...dia kata dalam tong sampah ada pamper adik yang ada ****. busuk..tanak cari..Suruh dia minta tolong bibik carikan...Alhamdulilah ...dapat pun...rupa-rupanyer..terbuang sekali !. Sah dah nyanyuk........

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com

Monday, July 6, 2009

Family Day EPF 2009 ( part 1)

Tarikh : 4 Julai 2009 ( Sabtu)
Masa : 9.00 pg - 2.00 ptg
Tempat : Zoo Negara, Kuala Lumpur
Aktiviti : Hari Keluarga KWSP - Jabatan Pengurusan Perolehan Bekalan dan Perkhidmatan.
Tema : Hijau Pucuk Pisang
Tentatif Program : 8.30 - 9.00 pg - Pendaftaran ahli anggota dan keluarga
9.00 pg - Perasmian dan sarapan pagi - nasi lemak
9.30 - 11.30 pg - Sukaneka
12.00 tgh - Makan tengahari- nasi ayam
12.30 - 1.00 tgh - Sesi bergambar dengan 3 jenis haiwanSukaneka- rebut gula-gula kanak-kanak 3 tahun - 6 tahun. Syamil masuk acara nie....

Juara Kg Tanah Merah sedang mempertahankan kejuaraannyer....
Mendapat tempat pertama ......ye..ye..hadiahnyer adalah..
-
-
-
-
jeng-jengJadilah.................
Otomen kembar sedang berkeliaran di Zoo Negara...dapat maklumat ada monster yang akan menyerang disini...over...

Family Day EPF 2009


Bergambar bersama ahli anggota keluarga EPF

Acara makan epal...menang ...dapat makan epal sorang sebijik

Tunjuk ajar dr mama yang bertauliah dan berpengalaman untuk acara bawa bola ping-pong dalam sudu...

Refleksi : Kalah..lain kali kena main tipu skit.






Apa dah jadi nie????????

kekejangan otot, sebelum sempat menamatkan permainan kerusi muzik.
Bergambar bersama 3 jenis binatang....

1. Kuda padi...comel nyer....

2. Ulor Sawa......makanannyer
kambing....
3. Entah apa binatangnyer nie...macam tikus..tapi badan ada duri macam landak....

Thursday, July 2, 2009

P & P PSK


Tajuk : Warisan Kepelbagaian Budaya Masyarakat Malaysia
Unit : Perayaan / Perkahwinan/ Pantang Larang / Rumah Terbuka
Objektif : Di akhir pengajaran dan pembelajaran diharapkan pelajar dapat menghuraikan
kebudayaan kaum-kaum di Malaysia.
BBM : Radio, kompang,2 kerusi ( pelamin), sample hantaran, pakaian, makanan ( nasi beryani, rendang ayam, ayam masak merah, nasi impit, kuih buah melaka, dodol,dadih,kuih kasuwi, kuih baulu). Air elek pocit..
Aktiviti : 1. Pembentang ahli kumpulan pantang larang masyarakat Melayu.
( sampai cikgu kena ambik alih coz penyampaian tidak berkesan)
2. Adat Perkahwinan orang Melayu..( Bab nie diorang terer, tak payah cikgu masuk +)
Siap berarak dengan kompang lagi...majlis bersanding..renjis-merenjis..dan tari
menari.
3. Memperkenalkan makanan tradisional. ( Time nie berebut2 bebudak...mcm dah
lama tak makan).
Refleksi : Cikgu boleh dapat berapa markah untuk P&P ari nie?

Tuesday, June 30, 2009


Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com