Followers- Be my friends

Monday, January 11, 2010

Sampai juga akhirnya....penantian satu penyeksaan


Akhirnya...sampai jugak box nie ke tangan akak nie...Terima Kasih yer Linda...kalau hilang yang nie ...boleh order lagi. Ingat nak letak di bilik guru juga lah...tapi takut juga kut ramai yang "terberkenan"..alamat hilang lah pulok...tapi tak per kut ada yang teringin nak order nanti, akak beritahu no. tel Linda ek...

Friday, January 8, 2010

Tak sabar nak tunggu ....!







Rasa lambat pulak masa berlalu.....tokey kedai lum pon pos lagik...tapi tangan dah gatal nak publish..
Akak suka dengan hasil tangan Syallinda ek..Jangan mare..akak ambil gambar nie kat blog Syallinda...saje nak tolong member berniaga...akak nie kalau jadi tukang beli bolehlah...nak berniaga tak pandai..tapi akak bersyukur masih ada orang sudi jadi follower/ rakan maya walau pon , akak tak jual apa-apa...sekurang-kurangnya diorang berminat bertukor-tukor idea henglish style ni dan membaca coretan merapu nie.
Bagi peniaga maya lain...jangan kocik ati...pembeli maya nie sentiasa akan merayau-rayau ke kedai-kedai anda semua untuk skodeng barang yg berkenan di ati, lepas beli...pasti akan dipublish di dalam blog ni...( dah tak der cerita lain....)
Sejak bijak berblog nie...makin kurang beli majalah dekorasi...dekorasi sahabat maya semua telah menjadi sumber ilham untuk menghias umahku ni....
Terima kasih sahabat semua..

Tuesday, January 5, 2010

Luahan rasa seorang ibu



Semalam hari pertama Syamil masuk tahun satu,.Mama rasa terkilan sebab tak dapat hantar syamil pergi mendaftar ke sekolah . Mama tahu hari pertama persekolahan adalah hari orientasi sekolah kerana pihak sekolah tidak menjalankan orientasi tahun satu lebih awal seperti kebiasaan yang dilakukan oleh sekolah-sekolah lain. Mungkin pihak pentadbiran beranggapan tidak perlu diadakan memandangkan pihak guru terpaksa bekerja lebih awal.

Tetapi ...Syamil tak tahu...mama sudah berusaha memohon cuti 3 minggu lebih awal untuk menghantar Syamil..bukan mama tak prihatin tetapi pihak sekolah tidak dapat menerima alasan mama ...walau pun mama beri alasan ayah terpaksa menghadiri mesyuarat pada hari itu...sekolah lebih memerlukan mama...kalau mama tak ada...sekolah tidak dapat berjalan lancar...kalau mama tak ada.... sekolah akan lumpuh..walau pun mama hanya seorang setiausaha SPM..tak der kaitan dengan guru kelas...tak der kaitan dengan penyelaras tingkatan yang terpaksa mengagihkan pelajar tingkatan 4 ke kelas masing-masing...tak der kaitan dengan membuat jadual waktu guru dan kelas. Alasan pihak sekolah ..mama tak layak diberi cuti yang hanya 7 hari setahun itu kerana mama belum masuk kerja lagi...7 hari dibahagi dengan 11 bulan hanya 0.3 hari sebulan..ini bermakna mama kena kerja selama 4 bulan baru layak mengambil cuti 1 hari.

Bos juga menyarankan kepada mama supaya memanggil opah atau makcik syamil untuk menunggu Syamil di sekolah..tapi mama tak sanggup..sebab opah sakit lutut..takkan nak suruh opah jalan kaki ke sekolah yang jaraknya agak jauh juga...tapi nasib baik syamil mempunyai angah yang penyayang...walau pun di rumah korang berdua macam anjing dengan kucing...angah tolong ajar syamil guna tandas...tolong syamil belikan makanan di kantin..ajar syamil beli makanan yang menyenyangkan..walau pun mama terlupa nak pesan pada angah..

Entah apa malangnya nasib seorang guru seperti mama nie...kalau hal berkaitan anak dan persekolahan selalunya mama tak dapat hadir...kalau dulu hari prestasi sekolah...kalau diadakan pada waktu persekolahan selalunya apabila meminta izin untuk pergi...pihak sekolah akan menyarankan agar  si bapa yang pergi...sering mama tidak dapat berbincang dengan guru secara profesional tentang masalah pembelajaran anak sendiri.
Sekian sahaja n3 sempena tahun baru nie

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010


Tin yang baru dibeli dari tokey romantika selepas menghadiri meeting kurikulum tadi...rm 5.00 satu. Hajat nak bawak gi sek satu untuk dijadikan tempat letak pemadam papan hitam dan kapur...sesuai lah dengan konsep yg tengah mabuk skg nie

Mesti ada student yang tertipu bila cikgu bawa tin nie masuk kelas...ingat cikgu nak sedekah cookie ler tur..


pokok tur juga hasil skodeng di Romantika tadi...nak letak di atas meja di bilik guru nanti.

Pasu nie dah lama beli ...nak tumpang sekaki sempena post terakhir di tahun 2009 yang berharga RM 5.00 setiap satu.


Kusyen Bunga Rose...RM 29.90 dibeli di Tesco Selayang..secara kebetulan terjumpa lak semasa beli pasu rose di ateh tur.

Tuesday, December 29, 2009

*****Selamat Pengantin Baru*******


elo-elo...abang dah sampai kat simpang yer...nanti jap...ayang tengah posing nie...

ok...kita posing lagik...biar pengantin lelaki tunggu...sapa suruh sampai cepat sangat..tak sabo-sabo nak duduk atah pelamin...



adoi...panaz nyer...cepat lah...bak sinilah kipas tur...

pak jalan cepat skit...tur pengantin pompuan  tengah berasap...

lah...apa lagik...kami tak sabar nak naik pelamin nie...


Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Farah Diana ( pangkat ibu saudara ) dengan pasangan beliau Satria ( nama yg unik sekali) yang berlangsung pada 26 Dis 2009 di Gerik, Perak.




Sunday, December 20, 2009

Back to school


Apa kena-mengena  teddy bear nie dgn tajuk n3 kali nie.....jangan konpius...
semalam gi membeli belah barang keperluan tuk 3 org anak teruna ...tahun depan tiga orang pulak nak bersekolah...nasib baik tak de yg masuk tadika...kalu tidak alamat rabak lagi lah...yuran sorang anak pon leh mencecah hampir RM 600, tiap-tiap taun yuran naik...dah lah bonus diganti dgan bantuan khas...em..bantuan khas pun alhamdulilah...dapatlah topup mana-mana yang terkureng...masalahnya leh "top up ker"...nak meraung pon ade...
apa kena mengena dengan rose cottage bears tur..entah macamane sedang si abang-abang memilih jam tangan..si anak dara sorang tur tak dapat apa2..nak dibelikan jam..tangan tak cukup montok..so sy belikan dia bear nie.nasib baik kedai tur jual macam-macam benda..drpada beli donut yg tak leh nak ngap tur, baik beli bear nie.sesuai dengan konsep mama yang tengah mabuk henglish style nie..
Bukan tur saje...dia pon sibuk nak beli kasut sekolah jugak...sampai tak nak pakai kasut dlm kedai selagi tak dibelikannya...

mau tak terbeliak mata beli tengok rege RM 59.90 kat kotak tur..si ayah dah sound awal-awal nie mama yang kena bayar nie..sib baik jurujual tu cakap "ada diskaun 50 % kak"...fuh ....lega..tak payah mama bayar...hi..hi...
pastu dia cakap" Caah nak baju cantik-cantik lah........" adusssss...susah dapat anak pandai bergaya nie....


Nie adalah gaya comot...tak leh tinggalkan bedak merata-rata...compom abis dibedak seluruh badan + seluruh lantai rumah....gincu pantang lepe.....setiap bulan kena beli....


Gaya sorang model cilik ....he.he.....siri ulang tayang...
kalau bab ambil gambar..tak yah disuruh posing...dia sendiri tersengih-sengih di depan kamera siap cakap "mama cepatlah tangkap gambar"

Friday, December 18, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah 01 Muharam 1431






MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun:

: dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...

Waktu membacanya:
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allahakan engampunkan dosanya setahun."

Doa awal tahun:

: dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...

Waktu membacanya:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaTa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."