Followers- Be my friends

Thursday, December 2, 2010

Percutian Part 1

 Percutian sudah bermula di Duta Village Beach Resort , Sungai Karang, Kuantan.Pertama kali datang ke mari bersama dengan emak dan adik beradik yang free...yang best nyer...free wi fi...dapat jugak berintenet sambil mengup date blog..

Wah bukan main gembira si angah dan Caah bila sudah sampai....
 Ambil kunci ...minta chalet menghadap laut...tapi tak dapat...hu...hu..
rupa-rupanya ada kumpulan guru yang sedang berkursus di sini...sian diorang ...dah start cuti pun kena kursus gak...

 Perkampungan Duta......chalet nampak sudah uzur....baru tadi pekerja datang tukar empat biji lampu....
Untuk menjimatkan bajet percutian 4 hari 3 malam nie, sebelum bertolak masak lauk-pauk yang boleh tahan 2 hari...belum dikira dengan pelbagai barang diangkut...periuk nasi, dapur, tong gas comel, kuali , 
periuk, glo,cili sos, kicap,bawang, gula , garam, cili, mineral water 1 kotak...sehinggakan beras 10 kg dan BBQ set terpaksa ditinggalkan kerana tidak muat kereta.
Emak kata : mcm nak tinggal lama kat sini...

 Aktiviti pertama : Pasar Tani Beserah.

Malam : Duk dalam Chalet...demam selsema maaaaaaa....





 



Sunday, November 28, 2010

Oversea ke????

 Sekali pandang macam kat oversea.......tertarik dengan dekorasi restaurant ni menyebabkan ramai yang tertarik untuk bergambar di luar.Nak tahu di mana?...sila baca seterusnya...
 


Restaurant tersebut terletak di hadapan bangunan Cineleisure



 Sebenarnya selepas menghadiri ceramah LPPKN kemudian bergegas ke Cineleisure Damansara untuk menonton wayang Ngangkung. Best gak ceritanya genre komedi seram...sesuai untuk tontonan sekeluarga.Credit to sponsor : Mokcik Pijot.

Menangani anak remaja


Ahad : Menjadi driver pada mokcik2 Jiran Wanita untuk mendengar Ceramah/Bengkel Keibubapaan anak-anak remaja di AIRIS, Klinik LPPKN. Kami adalah kumpulan pertama yang sampai awal ...nampak sangat mokcik pokcik yang lain tur tak menepati waktu yang telah ditetapkan.

Door gift yang diterima...
Objektif utamanya adalah memberi pendedahan tentang seksualiti remaja dan cara menangani keinginan anak-anak remaja disamping ingin mendapat sokongan masyarakat tentang kepentingan subjek seksualiti ini di ajar di sekolah-sekolah..
Macam biaser ler ...bila mengaku cegu ...asyik kita jer yang kena soal...cuma ada juga pendapat yang saya idok berapa setuju tentang keterbukaan isu yang dikemukakan tapi disebabkan tidak berada digolongan yang sepatutnya( bukan memperkecilkan ) maka lebih baik di diamkan saja supaya tidak menjadi perbalahan..walaupun orang lain setuju..saya sorang jer tak setuju...hi...hi...hi..contoh: Boleh tak pasangan HIV berkahwin....jawab penceramah boleh (full stop)....tetapi mereka tidak menerangkan secara terperinci tentang kesan kepada psikologi kepada anak-anak dan mungkin ada anak yang akan menghidap AIDs dan HIv jugak....
Sebagai seorang yang memiliki ijazah Pendidikan Sains (Biology) sebenarnya sudah ada penekanan tentang subjek berkenaan di sekolah..tetapi mungkin dari sudut ilmiah  para pelajar tidak berminat untuk mengaplikasikan di dalam kehidupan seharian....ada ker patut kata cegu tak ajar...sedangkan sudah terang lagi bersuluh semuanya itu ada di dalam sukatan, yang menjadi masalah mereka(LPKKN)  tidak mahu subjek tersebut digabungjalinkan di dalam subjek lain seperti sc , pend.islam / pen.moral ,atau Pen. Sivik dan kewarganegaraan.Mungkin subjek yang ada boleh diberi penambahbaikan di dalam sukatan tersebut seperti memasukkan eleman menangani emosi remaja dan sosial remaja.
Tidak perlu menambah waktu lain semata-mata ingin memasukkan sukatan seks.Kerana sekarang pun para pelajar banyak dibebani dengan subjek-subjek yang bertindih. Bagi saya yang pernah mengajar sc, bio atau PSK, sy selalu menekankan tentang isu-isu sosial yang melibatkan remaja....dan sentiasa menasihati golongan nie dalam menangani masalah mereka serta tindakan yang perlu diambil oleh mereka dan ibu bapa.
Contoh yang sering saya tekankan , sekiranya kamu dirogol...jangan mandi atau menukar pakaian ...beri tahu ibu bapa dan terus buat laporan ke balai polis, supaya bukti-bukti yang ada pada badan mangsa tidak dihapuskan.
Pada pendapat sy...pelajar tersebut tidak peduli apa yang dipelajari dengan mengganggap itu hanyalah sukatan dalam pelajaran sc saje...lagi pun yang mendatangkan banyak masalah ( cth di sek) remaja yang sering ponteng sek...tidak minat belajar...so mcm mana kita nak terapkan pembelajaran nie...
Ibu bapa sepatutnya memainkan peranan yang penting kerana mereka adalah acuan bagi anak-anak mereka. Ibu bapa lah yang perlu di beri kursus khas agar mereka dapat menangani masalah remaja nie..malang sangat ramai yang tidak berminat untuk menghadiri ceramah atau bengkel yang dianjurkan kerana bagi mereka itu tidak penting. Zaman remaja ibu bapa sekarang tidak sama dengan zaman remaja anak-anak mereka kerana terdapat pelbagai maklumat yang tidak sihat , boleh didapati dengan mudah contohnya melalui media elektronik dan massa.
Maka sebagai ibu bapa kita perlu bersikap terbuka untuk membimbing dalam waktu yang sama tidak mengenepikan  batas-batas agama agar mereka tidak terpesong dengan lebih jauh lagi.
Syor sy : Ibu bapa yang mempunyai anak2 yang bermasalah perlulah diwajibkan berkursus selama setahun tentang cara mendidik anak-anak mereka...jangan salahkan anak apabila mereka melakukan kesalahan...
 
ps: Entry nie hanya pendapat sendiri sahaja..

Red Carpet;;;;ho...ho....ho

REd Carpet....yang terhampar di Hotel Crowne Plaza Mutiara...perasan ala-ala artis nak gi nonton anugerah skrin.....hahahaha. Gaya masing-masing boleh tahan meletop gak...kecuali teman lar...malas nak membazir duet....( tak banyak duet pon!)

Setelah berlenggang - lenggong dengan penoh perasan...maka sebelum masuk ke dalam dewan yang meriah itu maka terpaksa lah mereka beratur menunggu giliran untuk bergambar di atas pentas yang disediakan oleh jurugambar profesional....gambar bersiap frame boleh diambil 2 jam selepas berposing sakan tanpa sebarang bayaran...

Bersama jiran sebelah rumah baru....kebetulan suami isteri satu tempat kerja dengan Mr.K...nasib baik tak beli gaun macam dia...hi....hi....hi...nak story skit sebenarnya dah masuk cari tempat dah..dengan erti kata lain booking tempat..
Entah apa punya malang..tempat strategi yang di booking dengan senang ati dialih oleh makhluk lain tanpa rasa bersalah...mula-mula tur rasa geram gak...tapi lama-lama lantak ko lar...nasib baek bukan teman punya majlis...



Tema tahun nie memang agak gah...tapi agak hambar walaupun pengacara marcho yang ditampilkan iaitu En. Farahin aka ex-linda's bf..
artis jemputannya terdiri daripada Alyah ( salute coz suaranya sangat mantop)dan Fabulous Cat...
mungkin tak seberapa meriah berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya..

Perabis duet

WoW...kalau dilihat dari ketinggian kasut mak datin nie...tentu anda tidak percaya...nie lah frist time pakai kasut yang tumitnya  halus bangat. Selalunya pakai yang saiz tumit beso gedabak....nyaris tak terpeleot kaki bila berjalan ala-ala cat walk gitu bcoz nak mengimbangi badan gempal nie...Mr.K paksa teman beli kasut nie...
Ini gara-gara nak menghadiri Dinner Mr.K lar...

Dengan tema " Glamour dan style : Red Carpet Nite"

Kemudian Mr.K sibuk suh tambah blink-blink tudung mokcik yang dibeli dengan harga 20 henggit jer
katanya tak glamer nampak kosong jer...lebih-lebih pulak dia...

Ambil kesempatan jugak menampal bunga rose trade mark teman yang berharga RM4.00 jer tanpa perlu membayar upah menampal..


tara...dah siap...

NAk promote sikit : kalau nak menambah batu blink-blink boleh lah datang ke kedai mereka yang terletak di hadapan ANAKKU Carrefour Wangsa Maju...
harganya berbaloi baloi berbanding di tempat lain...kalau tak percaya pergi lar try......

Thursday, November 25, 2010

Kuale akan di landa banjir????









Credit to Page Anak-anak Kuala...
Baru tadi terbaca tentang amaran banjir di post Page Anak-anak Kuala....hujan setiap hari menyebabkan air sungai perak naik sehingga ke paras berjaga-jaga. Pihak sch Clifford telah dilantik sebagai pusat penempatan banjir telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan sekirannya banjir akan melanda lagi...

Harapan  semoga orang2 kampung ku sudah bersiap sedia menyelamatkan barang2 masing-masing. Kesian pulak pada keluarga mertua yang tinggal di tepi sungai, yang kerap kali dilanda banjir, ...harap2 mereka selamat..

Wednesday, November 24, 2010

" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.
 

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"


Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"


Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,


Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,


Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,


Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"


Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,


Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,


"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",


"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",


"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",


"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",


Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"


"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"


"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,


"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,


Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,


Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,



FAMILY



Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?



Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.



Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?


Jadi apakah maksud yang tersirat?


Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU




"
HARGAILAH KELUARGA ANDA "