Followers- Be my friends

Saturday, June 23, 2012

Setahun sekali...kami berjumpa.

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah kali ini memerlukan 9 hari latihan. Bukan sahaja nyanyian Koir tetapi latihan tarian dan kombo juga diadakan serentak. Memang hebat kumpulan persembahan PPD kali ini. Semua persembahan tidak memerlukan pihak lain kerana ahli-ahlinya memang berbakat belaka. Kumpulan kami terdiri daripada 50 orang guru-guru dari sekitar daerah sangat memberikan kerjasama di dalam menjayakan persembahan kali ini. Sy sendiri selain sebagai pengurusan pakaian, terlibat juga di dalam dua persembahan iaitu menjadi konduktor bagi lagu pilihan dan tarian guru..( erm..tua2 pun masih mengedik lagi....).Kali ini , kami mengenakan warna berbeza daripada tema yang selalu diwar-warkan. Oren / Pinang Masak menjadi pilihan beserta tudung D'Haja menjadi pilihan.Nak dijadikan cerita..7 orang guru telah menempah baju salah ..kain bunga jadi baju...kain kosang jadi kain. Maka terpaksa lah, aku menyusun kembali posisi masing-masing supaya tidak ketara semasa membuat persembahan. Ada juga yang menegur kenapa ada yang berbeza pakaian.

Selain 4 lagu wajib..lagu pilihan ialah lagu Cek Mek Molek. Sekiranya anda berminat menontonnya,sila layari You tube untuk menontonnya dengan penuh geli hati... Nyanyian lagu yang paling mantop adalah lagu Guru Malaysia.
Objektif kami tahun ini adalah memenangi hati pengarah agar kami terpilih untuk ke peringkat negeri pada tahun hadapan....ngeeeeeee....

Thursday, June 14, 2012

Kesan MinumaN BeRais Ketika MakaN

Sayangilah diri sendiri kerana sihat itulah yang paling utama di dalam kehidupan manusia. Kepada sesiapa yang suka minuman berais ( memang melegakan kalau dinikmati ketika makan tengahari yang panas terik) dan saya pasti ramai yang melakukannya kecuali saya..kerana sy hanya minum berais ketika makan direstaurant sahaja.Kalau setakat minum di tempat kerja , saya lebih suka minum air masak ( jimat kos maa.....lagipun minum air kosong ni awet muda..tak gitu?)

Jika anda mengambil minuman berais ketika makan, maka ais kan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ini bermakna ais kan memperlahankan proses penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia kan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia kan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai penyakit. Jalan terbaik adalah minum sup panas ( selalu bangsa cina suka dengan pelbagai jenis sup ketika makan) atau minum air panas atau suam selepas makan.

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan JANTUNG bermula apabila terasa sesuatu pada tangan sebelah kiri tetapi perlu berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami rasa sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. KELETIHAN DAN BERPELUH adalah tanda-tanda biasa. Malahan 60% penghidap sakit jantung tidak bangun selepas tidur.

Kesimpulannya untuk mengelakkan Serangan Jantung..maka elakkan minum ais ketika makan.

Sunday, June 10, 2012

Al-fatihah untuk rakan seperjuanganku

Dukacita dimaklumkan bahawa rakanku aka bos Penolong Kanan Kokurikulum telah pergi menemui Penciptanya pada petang sabtu, 9 Jun 2012, 19 rejab akibat sesak nafas selepas turun mendarat dari kapal terbang di KLIA. Sesungguhnya Allah telah menetapkan sesuatu tanpa hamba-hambanya mengetahuinya.
Teringat selama sy dilantik oleh beliau selaku Penyelaras Program Malam Gemilang Idealian pada 22 April yang lalu untuk mengutip dana bagi pihak sekolah. Masih terbayang-bayang apa yang diperkatakan oleh arwah tentang "kegedikan" kami menguruskan program tersebut. Beliau memerli dirinya dengan mengatakan " rumah kata pergi, kubur kata mari..tapi masih belum sedar diri"...lantaran minat kami terhadap hiburan.Sy juga memujinya kerana tanpa bantu dan ideanya mencari para peserta kemungkinan dana untuk sekolah tidak mencapai sasaran kerana kami tidak menggunakan pelajar sekolah untuk membuat persembahan tetapi memohon sumbangan persembahan dari pihak luar.
Masih teringat-ingat tentang pelawaannya untuk bekerjasama lagi....kata beliau " fida...jom kita fikirkan satu program lagi...kita wat grand2". Sy balas ..'kita masih ada lagi program besar ..Sambutan Malam Kemerdekaan pada malam 31 ogos nanti.."Arwah juga ada meminta pertolongan sy di dalam menjayakan Sukan Tahunan pada bulan Julai ini nanti..tetapi disebabkan kesuntukan masa..maka khidmat sy terpaksa dibatalkan. Saya senang bekerjasama dengan almahumah kerana beliau seorang yang lemah-lembut dari segi percakapannya, tidak pernah memarahi orang bawahannya apatah lagi dengan anak muridnya.
Apabila menerima sms dari rakan sekolah...sy baru pulang dari Manjung seusai Majlis Kenduri Kawen sepupu. Seperti tidak percaya apa yang disampaikan...termenung seketika..kemudian baru telefon rakan untuk mendapat pengesahan. Ya, Allah sesungguhnya kematian itu pasti...cuma masa dan ketikanya sahaja yang hambamu tidak pasti. Sy terkilan kerana sy masih di kg ketika mendapat perkhabaran tersebut...sedangkan pengkebumiannya akan dilakukan pada pukul 9.00 pagi Ahad. Hanya doa mengiringi pemergianmu wahai sahabat..semoga rohnya di tempat di kalangan orang-orang beriman.Al-fatihah.

"Selamat Pengantin Baru Daud & Anizah"





Cuti-cuti kali ini dipenuhi dengan menguruskan kenduri kawen sepupuku ( anak sulung mak saudara sebelah mak).
Saya memang rapat seperti adik-beradik dengan Mak Chu kerana semasa kecil sy dibesarkan oleh opah dan tinggal sekali dengan Mak Chu. Kami sering bergaduh manja kerana beliau sering cemburu kerana aku cucu yang pertama dan jarak umur antara kami hanya 10 tahun.
Maka untuk kenduri anaknya, sy salah seorang orang yang bertanggungjawab di dalam menguruskan beberapa perkara . 
Alhamdulilah semuanya berjalan lancar dengan majlis menyambut menantu dibuat secara sederhana tanpa paluan kompang tetapi kami mengantikan dengan majlis Tazkirah Dhuha yang bermula jam 11.00 pagi. Para tetamu jemputan akan mulai berkunjung bermula pada pukul 2.00 - 5.00 ptg.
Tazkirah Dhuha.


Istimewa jamuan kali ini, kami menggunakan meja jepun untuk para rombongan pengantin menjamu selera.

Tuesday, June 5, 2012

Apa anak lakukan ketika cuti-cuti Malaysia nie?

Alhamdulilah..selalunya ketika cuti-cuti sekolah nie, anak-anak banyak masa terluang..sehingga terkeluar perkataan "boring" duduk di rumah. Cuti kali ini...dengan izin dah hidayahNya dapat kami menghantar 2 orang anak ke Kem Smart Al-Quran dan Penghayatan Solat di Kem Sri Raudah, Batu 12½, Jalan Pahang Lama, 53100 Gombak, Kuala Lumpur
Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan KEM SMART AL-QURAN 2  ialah mereka dididik jiwa dengan roh al-quran.Diantara modul yang akan digunakan adalah MODUL HAFAZAN, MODUL FARDHU AIN, MODUL BAHASA ARAB, & MODUL RIADAH & LDK. Aktiviti lasak seperti Jambatan gantung, Jungle Trekking, Air terjun, mandi kolam, LDK akan disediakan untuk peserta.



Bayaran yang dikenakan amatlah berpatutan iaitu RM 350 sahaja termasuk 8 hari 7 malam, 5 x makan sehari, dorm & chalet, sijil LDK. 


Sekiranya anda berminat menghantar anak-anak anda ke kem tersebut , Bolehlah menghubungi mereka seperti maklumat lanjut seperti yang tertera di bawah ini:

Maklumat Lanjut :
Boleh Hubungi mereka di Talian atau cari di fb Tahsin Tilawah Bestari.
Ustaz Hafiz : 013-6740063
Ustaz Din : 019-5056465
Ustazah Nadhirah : 017-9426756

Alhamdulilah ...selepas menghadiri kem tersebut, aktiviti angah terutamanya mula berubah dan senang dibentuk....tanpa perlu diingatkan dia sendiri mengerjakan solat sunat dhuha seperti yang diajar oleh ustaz dan ustazah di sana walaupun selama ini solat fardhu pun jarang-jarang dilakukannya kecuali dipaksa dengan rotan.

Sunday, March 18, 2012

4th Putrajaya International^ hot air ballon^



Jalan-jalan sepanjang hari sambil celebrate brithday my lil sis yang ke -20.Bermula dengan menyibukkan diri di Hari Keluarga Putrajaya pastu bergerak ke Monumen Alaf Baru..nasib baik waktu ke sana jalan tidak jem...tapi agak malang hot ballon tidak muncul2...kerana waktu naiknya belum tiba lagi...tak kose nak tungga lama dengan keadaan cuaca yang panas ngetik.
 Kemudian ke Alamanda menyejukkan badan sampai membuang waktu menunggu tuan rumah Preciant 9 balik ke rumah kerana menghadiri Hari Keluarga tersebut. Makan malam, acara potong kek dan makan nasi kerabu hasil tangan tuah rumah Preciant 9.



Thursday, March 15, 2012

Berkonvoi ke Bandaraya Melaka

 Minggu lalu selepas menghadiri Kenduri kawen sepupu suami di Felda Bukit Rokan, kami berkonvoi 6 biji kereta ke Melaka...ada di antara birasku yang sudah hampir 10 tahun tidak menjejakkan kaki ke sana.Kebetulan suami dapat homestay murah giler iaitu banglo 2 tingkat, 4 bilik, 3 bilik air dengan harga RM 150 semalam di Durian Tunggal, kira-kira 11 KM dari Bandaraya Melaka.
Homestay yang lengkap dengan dapur, pinggan mangkuk, sabun, syampo dan boleh memuatkan kira-kira 30 orang. Kemudahan yang ada disana, kalau malas nak memasak...kedai makan pagi ada di sebelah banglo tersebut, buka tingkap boleh terus order...kedai makan malam di buka sehingga larut malam. Kedai runcit ada di hadapan jalan raya.

 Malam tur juga, tanpa membuang masa menjelajahi kota tinggalan portugis yang banyak memberi sejarah kepada masyarakat pada hari ini. Kami juga teruja menaiki Menara Taming Sari dengan kos dewasa RM 15.00 dan kanak-kanak RM 10.00 ajer.Time nak balik ke homestay...kalau udah berkonvoi ramai2...konfem ada yang tertinggal di belakang...jenuh menunggu sehingga perjalanan balik menjadi 1.5 jam.

Nie lar anak-anak buah ku...boleh bikin sakit jantung kalau diorang berkumpul bersama-sama.