Followers- Be my friends

Sunday, August 30, 2009

Rehersal Raya......



Makcik pijot dan syafiq....kunon-kunon di pagi raya lah








Dah penat berposing.....rehat jap..

Yang di mama punyer...saje nak interframe....

Masak Lemak Cili Api Daging Salai dgn Mangga Muda


Bahan-bahan ( sekeluarga )

* 500gm Daging Salai
* 1 biji Mangga Muda
* 1500ml santan (kalau nak kuah byk lebih tambah lagi)
* 20 biji cili api (kalau nak pedas tambah lah cili lagi)
* 1 inci kunyit
* Garam secukup rasa

Cara-cara

1. Daging salai dihiris nipis.
2. Tumbuk cili api dengan kunyit sehingga lumat.
3. Rebus daging salai dengan cili yang telah ditumbuk sekejab. Ini untuk pastikan daging salai empuk dan cili masak sempurna.
4. Apabila daging telah empuk. Masukkan santan dan garam.
5. Mangga dikupas kulit dihiris nipis. Kacau gulai sehingga mengelegak. Rasakan garamnye. Akhir sekali masukkan mangga yang telah dihiris, biar gulai mengelegak sekejab. Tutup api.

Friday, August 21, 2009

HIDUP BERDIKARI SEJAK BERUMUR 14 TAHUN


SUATU masa dahulu, ada seorang remaja lelaki yang tinggal bersendirian di sebuah pangsapuri tiga bilik di Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Ketika itu, dia baru berumur 14 tahun.

Bukan saja hidup seorang diri, dia juga pekak dan bisu. Namun, dia bukan yatim piatu mahupun dibuang keluarga. Sebaliknya, itulah pilihannya.

"Ia merupakan pengalaman paling manis untuk orang pekak seperti saya. Pada waktu itulah, saya mempelajari tentang dunia sebenar dan dapat melakukan apa yang saya mahu lakukan.

"Semasa tinggal di pangsapuri itu, saya sudah merasa tanggungjawab seorang ibu apabila perlu pergi ke pasar setiap hujung minggu, memasak setiap malam, membasuh pakaian dan membersihkan rumah," ujar artis media baru, Leon Lim Mian Sheng, 29 tahun.

Kenangan lebih sedekad itu turut mengajarnya tentang tanggungjawab seorang bapa apabila perlu pergi ke pejabat pos untuk membayar bil, menguruskan kewangan dan bajet, dan menjaga keselamatan pangsapuri serta tumbuh-tumbuhan.

"Saya merasakan kehidupan remaja apabila pergi ke sekolah (tanpa sebarang rekod ponteng selama lima tahun), menyertai aktiviti sekolah dan mengembangkan bakat diri. Keputusan sekolah menengah saya amat baik," katanya.

Kalau sudah lain daripada orang, lazimnya layanan yang diterima juga memeritkan. Namun, Lim mendapati episod hidupnya itu sangat manis.

"Ramai jiran dan peniaga di pasar pagi yang saya sering kunjungi kagum dan tidak percaya saya boleh hidup seorang diri dan menjalankan tiga tanggungjawab itu pada usia belasan tahun.

"Salah seorang daripada jiran saya menasihati anaknya yang juga pekak untuk pergi ke pangsapuri saya dan berdiri di depan pintu untuk memerhatikan saya membuat kerja rumah.

"Kanak-kanak itu datang ke rumah saya setiap petang selama hampir empat tahun. Saya tidak marah atau menghalaunya sebab saya tahu ibu bapanya mahu kanak-kanak itu menjadi seperti saya," kongsi Lim.

Sebenarnya, Lim membuat keputusan hidup bersendiri setelah hampir 14 tahun bergelut dengan kesukaran untuk berkomunikasi dengan ibu bapanya yang pada waktu itu tinggal di Alor Setar, Kedah.

"Saya berasa tertekan dan terpenjara kerana diberi jawapan 'tidak' untuk semua perkara ketika tinggal dengan mereka. Contohnya, apabila saya hendak menziarahi teman sekelas atau ketika hendak menggunakan bahasa isyarat tangan, saya dipaksa untuk belajar bertutur.

"Di asrama, saya hendak menjalankan projek pembelajaran atau kajian tentang seni atau sejarah (kerana saya tinggal di sebuah bandar bersejarah), tetapi cikgu dan penyelia tidak setuju.

"Saya diarahkan untuk duduk sahaja di bilik sehingga separuh hari, dan selebihnya menonton televisyen. Sudahlah itu, tiada akses Internet disediakan.

"Tanpa mempelajari sesuatu, apakah maksud sebenar hidup seorang yang pekak?" luahnya.

Hasil hidup berdikarinya itu, Lim berjaya menyambung pengajian ke De Monfort University of United Kingdom, England, dan seterusnya ke Rochester Institute of Technology (RIT) di New York, Amerika Syarikat (AS).

Tidak cukup dengan Ijazah Sarjana Muda Rekaan Dalaman Kubah & Konsentrasi dalam Fotografi dan Rekaan Grafik (Kepujian), dia ke New York University pula untuk mendapatkan ijazah sarjana Pengajian Profesional dalam Telekomunikasi/ Komunikasi Interaktif.

Sepanjang pengajiannya, Lim telah menyertai lebih 30 pameran berkumpulan dan solo di dalam dan luar negara dengan menerima 11 anugerah, enam geran, empat biasiswa dan satu penajaan.

Terbaru, Lim menyertai pameran di Muzium Seni CAFA di Beijing, China yang bermula sejak 15 Julai 2009 dan berakhir pada 15 Ogos yang lalu. Pameran itu berjaya dilaksanakan dengan bantuan geran Balai Seni Lukis Negara (BLSN) bernilai RM17,500 untuk menampung kos penerbangan pergi dan balik serta penginapan Lim.

Akhbar bahasa Inggeris di Korea Selatan, The Korea Times, pernah melaporkan: 'Tidak memiliki pendengaran tidak sepatutnya dilihat sebagai halangan untuk seseorang terus memburu impian. Kalau ada bukti yang nyata, dia ialah artis bisu Malaysia, Leon Lim.' - 11 Jun 2008.

Nah, untuk sampai ke tahap itu, Lim tentunya memerlukan fikiran yang amat positif.

"Sebelum ini, saya seorang yang sangat tidak positif. Malah, saya pernah berasa tidak normal semasa kecil. Tetapi saya akhirnya berasa normal apabila menginjak usia remaja. 'Normal' bermaksud sihat, bukan seseorang yang boleh mendengar," ujarnya yang menambah hidupnya berubah setelah memasuki RIT.

Daripada 14,000 pelajar di institut itu, sebanyak 1,500 orang daripadanya ialah pelajar pekak. RIT menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang amat baik kepada pelajar pekak.

Antaranya termasuklah lebih daripada 200 jurubahasa Bahasa Isyarat Amerika-Bahasa Pertuturan Inggeris (ASL), pencatat nota, perkhidmatan perantara, telefon video untuk orang pekak, profesor pekak, sejumlah profesor yang mengetahui bahasa isyarat tangan, dan fakulti pekak dalam kampus (dengan ciri keselamatan, doktor, kaunselor, pakar terapi, pembantu dan pengarah).

"Sesetengah kelas yang saya hadiri menyediakan jurubahasa kepada pelajar pekak. Sesetengah kelas tidak memerlukan jurubahasa kerana pensyarah mereka tahu menggunakan ASL.

"Setiap kelas yang saya hadiri terdapat antara lima hingga 15 pelajar pekak dan 15 lagi pelajar boleh mendengar pada setiap tahun pengajian," kongsi Lim yang amat bersyukur kerana berpeluang melanjutkan pelajaran ke New York.

DI pangsapuri tiga bilik di Tanjung Bungah, Pulau Pinang inilah, Lim menjalani kehidupan sebagai seorang bapa, ibu dan remaja.

Dengan sokongan 'semewah' itu, Lim bagaimanapun menekankan perkara yang penting baginya ialah dikelilingi mereka yang mempunyai keupayaan untuk berhubung dengannya menggunakan bahasa isyarat tangan dan menulis.

Pernahkah dia berasa takut kerana berbeza berbanding adik-beradiknya yang lain?

"Adakah saya seperti tidak normal atau sakit? Adakah pekak itu satu penyakit atau gangguan? Saya tidak fikir begitu. Saya tidak sakit atau mengalami sebarang gangguan hanya kerana saya tidak dapat mendengar.

"Tidak dapat mendengar atau pekak bukan dipanggil tidak normal. Inilah yang saya ingin didik di Malaysia, untuk meningkatkan kesedaran ramai bahawa pekak adalah identiti, bahasa, budaya dan nilai seseorang, bukan satu bentuk gangguan atau kehilangan," tingkahnya.

Kalaulah dia dapat bersuara, tentu keluhnya itu berbaur kekesalan. Ternyata, bukan rasa takut yang menghimpitnya apabila memikirkan perbezaan keupayaan berbanding dengan empat adik-beradiknya yang lain.

Sebaliknya, kata Lim yang tidak dapat mendengar sejak lahir, dia gembira kerana tidak dapat mendengar.

"Saya tidak perlu mendengar perkara-perkara mengarut yang orang ramai perkatakan tentang saya. Tambahan, dalam keadaan ini, saya diberikan lebih kekuatan apabila mendapat peluang untuk mengembangkan bakat dalam banyak cabang seni. Kalau saya sama (memiliki pendengaran) seperti adik-beradik yang lain, saya mungkin tidak akan menjadi seperti diri saya pada hari ini," luahnya yang gemar memasak hidangan makan malam di dapur rumah kawan-kawannya setiap kali ada masa lapang.

Wednesday, August 19, 2009

Selamat Berpuasa



Terima kasih kepada Zainah ( member maya ) yang sudi memberi kad ini. Semoga di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini , kita akan mendapat banyak hidayat dan keberkatan. Kad ini juga ingin ku layangkan kepada para sahabat alam maya yang lain seperti Nor, Ieda, Camelia, Aida dan Naz .

Tuesday, August 18, 2009

Sanggupkah Kita Buat Begini?

'Ustaz, saya ingin bertanya.. Saya menjaga ibu saya yang uzur... Saya
membasuh kemaluan ibu saya.. Bagaimana dengan puasa saya...'

Ustaz bertanya 'Adakah saudara sudah berkahwin?'

Pemanggil menjawab 'Belum Ustaz'

Ustaz menjawab 'Palingkan muka kearah lain semasa membasuh kemaluan ibu
saudara'...

Setelah talian putus, kedua-dua Ustaz dan DJ radio memuji-muji
kesabaran jejaka pemanggil itu. Saya menitiskan airmata mendengar
perbualan itu dan berfikir sungguh beruntunglah siibu yang melahirkan
jejaka itu. Alangkah bertuah nya si-isteri mendapat jejaka itu sebagai
suaminya.

Kisah ini berlaku hampir 1 tahun yang lalu, seorang ibu tua dibawa oleh
anak lelakinya yang tinggal di bandar menziarahi ahli keluarga di sebuah
kampung. Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-kocoh,
pantas berlari keluar dari kereta. Langkahnya agak tergopoh-gopoh
menaiki anak tangga rumah. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik
handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat
Maghrib kerana azan telah berkumandang di surau yang berdekatan. Tapi
bila dia mula menjejaki anak tangga, 'Subhanallah!'

Si anak terkejut melihat najis bejejeran di anak tangga dan dilaman
rumah.

'Mak sakit perut rupanya,' bisik hatinya. Tanpa berlengah segera
disinsingnya lengan baju dan kaki seluar. Najis disodok dan dibuangkan.
Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga.

Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib
terkocoh-kocoh sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai baldi dan
gayung dalam langkah yang terhencut-hencut cuba menuruni anak tangga.

Terpana si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop
bersih, seperti hilang akal sejenak. Tak sembahyang Maghrib ke?' Tanya
ibu kepada si anak dalam keadaan serba-salah. Tak apalah mak, saya
musafir, Maghrib tu di jamak takhir dengan Isyak nanti.' Si ibu tak
terkata apa. Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri pula memaut
grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak
dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang diasuh
dari sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat
pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini.

'Ya Allah! begini mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang
soleh, dia mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku bersyukur
padamu.... aku bersyukur pada mu Ya Allah!' sempat si ibu memanjatkan
doa dalam hati.

Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecapi nikmat
kasih....... Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat keberkatan dalam
hidup si anak kerana apa saja kerja yang dibuat terasa dipermudahkan
oleh Allah. Inilah yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang
dimuliakan oleh Allah SWT.

Hadis Nabi saw:

'Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia orang tua
mereka, tidak dimanfaatkan apa-apa untuk meraih rahmat dari Allah SWT'

' Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.
Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia menjadi bingung, lalu
menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.'

Monday, August 17, 2009

Cara Berbaik Sangka

Perasaan hasad,dengki,ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdul Kadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu . Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil , maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua , maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu , maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh , maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir , maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Sunday, August 16, 2009

Titian Sayang Annual Concert 2009

Venue : Main Auditorium
University Islam Antarabangsa,
Malaysia ( UIAM )
Time : 2.00 pm

Tak sempat nak snap gambar banyak-banyak bcoz dapat tempat duduk yang tak strategi...susah nak keluar masuk ambik gambar.
Parents bukan main ramai lagi sampai kena berdiri tak cukup tempat duduk..dapat pulak Mr. K yang pegang kamera memang tak cantik lah gambar yang diambilnyer...sebelum ke konsert sempat gak kami sekeluarga membeli belah baju raya di Hari-Hari di Selayang Mall jer..itulah tempat paling eksekutif bagi bebudak tur..nasib baik orang tak ramai, kemudian pukul 1.00 lebih berkejar ke UIAM, ada pulak road block,pak polisi sudah mengamit suruh ketepi, sib baik pak polis lepaskan kami....ngeh-ngeh....



Saturday, August 15, 2009

Resepi Ayam Goreng Berempah



Bahan-bahan ( Sekeluarga )

* 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
* Bahan2 dikisar bersama:-
* 6 ulas bawang putih
* 7 ulas bawang merah
* 2 inci halia
* 2 batang serai
* ---------------------------------------
* 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
* 2 sb serbuk kari daging
* 1/2 sk serbuk jintan putih
* 1/2 sk serbuk jintan manis
* 1/2 sk serbuk ketumbar
* 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
* garam dan aji secukupnye
* 3 tangkai daun kari
* Minyak yang menggoreng

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!
5. Selamat mencuba! ;)

Daging grill pedas



Resipi nie dicedok dr blogwalking cik fizanordin, saje nak tukar n3 sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang nanti

Bahan-bahan :
250gm daging batang pinang
1 sudu besar kicap (gantikan dgn sos tiram pun buleh)
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam yg ditumbuk

Gaulkan semua bahan dan perap selama 30 minit.
Kemudian gril dlm oven atau frying pan hingga masak.
Hiris daging nipis2 dan ketepikan.

5 ulas bawang merah ~ dihiris halus
daun pasli/daun saderi ~ dihiris
daun bawang ~ dihiris
1/2 cawan daun pudina ~ dicarik
2 sudu besar gula
2 sudu besar sos ikan
2 1/2 sudu besar air limau nipis
cili padi (ikut kepedasan) ~ diketuk dan dihiris # resipi asal letak serbuk cili kasar

Masukkan kesemua bahan dalam sebuah bekas dan gaul sebati.
Masukkan pula daging yg dah dihiris nipis2 td dan gaul hingga mesra.
Rasa lah, biar ada pedas, manis, masam dan masin.

# nak lagi sedap, masak daging yg ada lemak2 skit. Tp kena ingat guna daging batang pinang aje ya, supaya cepat masak.

Thursday, August 13, 2009


Girly Comments & Graphics

Happy b'day Syarah. Semoga cepat sembuh dr demam

Wednesday, August 12, 2009

Gaya guru masa kini



Ini gaya guru masa kini sempena wabak H1N1 yang sedang melanda sekarang. Sebenarnya bukan mudah nak mengajar sambil mulut tertutup dengan topeng ni. Tetapi apa kan daya, demi survival terpaksalah guru-guru memakainya.

Pelajar 5 SC 2

Hari nie, pelajar 5 sc 2 minta gambar mereka disiarkan di dalam blog nie. Disebabkan keadaan kelas yang agak kelam kabut kerana ketiadaan kerusi dan meja selepas pameran PSK berakhir semalam,aku mengambil kesempatan untuk mengambil gambar mereka. Si Mus tu asyik menyalahkan guru yang menyusun semula bilik nie sebab tak cukup kerusi meja. Asyik-asyik sebut kasihan diorang tak cukup kerusi., tapi tak ada usaha untuk mencari di kelas lain. Chong Zee Yee tu berusaha ( dgn arahan aku le) mencari meja dan mengutip 4 kerusi yang dibawa seorang diri tanpa pertolongan rakan yang lain.Kasihan pulak aku melihatnya.







Gambar nie didedikasikan untuk Mukes, Satpal,Akmal dan Reenesh sempena menolong cikgu memindahkan whiteboard ke makmal sains.Dia orang kalau buat kerja macam nie memang pantas dan cekap tetapi kalau time belajar....( terutama 2 orang pertama tu) memang agak liat dan tunjuk terro sikit. Tak per , kita tunggu result trial nie, kalau tak dapat 100%, siap kau orang!

Tuesday, August 11, 2009

Seronok ke pakai topeng?

Hari nie aku berkhutbah di kelas-kelas yang aku masuk. Nampaknyer ada berkembang positive, lepas cakap jer boleh dikatakan separuh bilangan pelajar terus pakai topeng. Info wabak H1N1 nie perlu dihebahkan kerana pelajar malas dan tak ada masa nak baca paper, diorang sibuk dengan buku sebab nak exam. Sebagai guru sudah menjadi tanggunjawab untuk menghebahkan perkara tersebut.


Ni pelajar 3 A 4 , macam seronok jer diaorang pakai topeng. Sebenarnye bukan selesa sangat, rasa panas susah nak bercakap tapi tak per sekurang-kurangnyer diaorang tak leh buat bisang...kuang-kuang ( saya suke)



/>



Nie pelajar 5 Seni 3, waktu PSK, punyer lah kreatif si shukor tu..pakai tisu yang diikat dengan tali mengantikan topeng . Bagus jugak tak lah dia melalak lagu rock setiap kali aku masuk kelas nie.

Berkejar ke Klinik PUSRAWI

Hari nie selepas pulang dari sekolah ( lepas mesyuarat Perancangan Strategi Unit HEM ) lupa lak nak tukar mode silent handphone ke normal. Lepas solat terus layan titon dan tak disangka-sangka pihak sekolah along telah menelefon untuk menyatakan along demam. Nasib baik pihak sekolah dapat menelefon my hubby tetapi berjanggut jugaklah si along menunggu di pejabat sekolah tu. Tulah lain kali ingat nombor telefon rumah!.

Si ayahnyer pulak satu hal...dah tau anak sakit cepat-cepatlah gi ambik..ni tak sempat balik umah bagitahu aku pulak dan sempat "melepas" lagi.Apa lagi mengamuk lah aku, lain kali kalau nak berlengah-lengah, telefonlah aku kat rumah. Sekolah dengan rumah tak jauh mana pun.

kami terus bawak dia dan Syarah ke Klinik PUSRAWI, ahad lepas dah bawa dah ke klinik..doktor bagi ubat pil yang menurut along susah nak ditelan sebab tonsilnye bengkak. Kesian pulak aku tengok budak nie.Check suhu badan 38.8 celcius, tinggi jugak tu..harap-harap dia tak apa-apa lah. Risau jugak takut-takut wabak H1N1 nie, mohon dijauhkan , ya Allah. Syarah pulak diambil kesempatan untuk melengkapkan jadual imunisasinya untuk ke-18 bulan. Lepas nie doktor kata tunggu 7 tahun pulak..mintak-mintak janganlah dia deman pulak.












Monday, August 10, 2009

EDARAN KADAR SEGERA=AMARAN: Doktor ramal 28,000 di M'sia akan mati akibat H1N1

Dianggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema A (H1N1) jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut.

"Daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia," kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Dr David KL Quek memetik unjuran yang dibuat pengarah penyakit berjangkit Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tee Ah Sian dalam satu mesyuarat pasukan kebangsaan petugas khas menangani wabak itu, pada awal minggu ini.

Dalam perkembangan terkini, kadar kematian di seluruh dunia meningkat daripada 0.4 kepada 0.66 peratus.

Dr Quek mendedahkan maklumat itu dalam artikelnya "Flu measures: Confusion rather than non-compliance" yang diedarkan kepada beberapa media semalam. [Baca artikel penuh]

Beliau juga menekankan kerjasama erat antara Kementerian Kesihatan, hospital, doktor di pusat kesihatan swasta dan orang ramai agar wabak ini dapat dikekang secara lebih berkesan..

Dr Quek juga menegaskan kepada semua pihak, termasuk media, agar tidak menuding jari kepada pengamal perubatan swasta atau beberapa pihak lain atas beberapa perkembangan terkini wabak itu.

Menurutnya lagi, wabak itu dijangka sekurang-kurangnya berlarutan antara satu hingga dua tahun sebelum reda - sama ada virusnya berubah dalam bentuk lebih lemah atau vaksin telah ditemui untuk membasminya.

Setakat ini, vaksin belum ditemui dan dijangka akan diperolehi hujung tahun ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 10 peratus simpanan stok ubatan anti-virus 'Tamiflu' dan 'Relenza' buat masa ini tidak cukup memandangkan penularan ketara penyakit berjangkit itu.

Kerajaan akan memesan lagi bekalan ubat itu daripada WHO
bagi memastikan negara mempunyai bekalan ubat itu pada setiap masa bagi membendung wabak influenza A(H1N1), lapor Bernama.

"Melihat kepada trend penularan wabak itu yang semakin meningkat, kita perlu memesan ubat itu daripada WHO," beliau dipetik berkata selepas menghadiri Konvensyen MCA Pulau Pinang hari ini.

Tambahnya, kementerian turut menempah 200,000 dos vaksin influenza A (H1N1) dan dijangka mendapat bekalan itu menjelang akhir tahun ini.

Katanya tempahan tersebut terpaksa dilakukan awal kerana prosedur
menguji ubat itu mengambil masa sebelum dapat diberikan kepada pesakit.

Sementara itu, lapor agensi berita itu lagi, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata 19 kes baru H1N1 dilaporkan hari ini dan kesemuanya melibatkan rakyat Malaysia.

Jumlah terkumpul 1,390 kes, termasuk 816 kes atau 59 peratus melibatkan jangkitan tempatan.

"Daripada keseluruhan, 1,362 kes (98 peratus) telah sembuh, hanya 17 kes atau satu peratus sahaja sedang menerima rawatan antivirus di hospital.

"Lapan daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU), manakala 11 orang sedang menerima rawatan antiviral di rumah," katanya.

Perasmian Bulan Kemerdekaan anjuran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4

Bermula pada pukul 7.00 pagi tadi aku sudah berpeluh badan berlari-lari ke sana ke mari bagi memastikan semua persiapan telah diatur. Bila sampai saje di dewan, pelajar mengadu bahan yang telah ditampal telah ditiup angin, bertungkus lumus mereka membetulkannya. Masa itu jugak baru teringat PA system belum dipasang lagi, telefon ustaz suruh mereka pasangkan dan test muzik iringan. Reben perasmian belum di gantung lagi, pelajar kompang yang dalam kategori lewat belum sampai lagi. Mak oi..rasa nak tercabut lutut nie..dah semalam lutut ni bengkak tak tentu pasal.Tup-tup terdengar bunyi kompang , nie bermakna pengetua dan rombongannya telah bergerak ke dewan. Apa lagi....berlari bebudak keluar dewan. Nasib baik semua under control..tulah bila cikgu suruh keluar tak nak keluar..
Rombangan VVip sangat teruja melihat persiapan yang dilakukan oleh para pelajar tingkatan 4. Mereka tak sangka pelajar sangat kreatif mempersembahkan bahan masing-masing. Aku pun turut berbangga jugak selaku penyelaras pameran, kalau diberi masa 3 hari untuk persiapan pameran pun tak cukup jugak sebab dia orang berlumba-lumba mengeluarkan idea masing-masing. Cuma cikgu jer yang tak sanggup nak tunggu bertangga ( tunggu lama ). Apa- apa pun boleh layan n3 sambungan lagi nie.













Friday, August 7, 2009

Persiapan bilik pameran PSK

Semalam berada di sekolah dari pukul 7.00 pagi hingga 5.30 petang menyebabkan aku pengsan di sebelah malamnyer a.k.a tak leh buka mata lah...balik dari sekolah..terus lemah longlai. Ini semuanyer gara-gara pameran PSK sempena Bulan Kemerdekaan pada Isnin depan. Aku sebagai pembuat kertas kerjanye bertungkus lumus mengarahkan para pelajar menyiapkan bilik pameran seluas 3 bilik darjah bermula 12.30 tgh. Cian...teman seorang pulak yg mengemasnyer....cikgu lain ada hal masing-masing, maklumlah hari jumaat.Pukul 3.oo ptg baru nampak muka..Ingatkan semalam jugak settle bilik pamerannya. Rupanye tidak...hari ni pon kena datang jugak...aduh..tension-tension..
Sejak bertukar Bos baru nie..semua nak make it simple. Aku nie dah biasa wat majlis grand-grand. Nak berarak guna kompang, pelajar berbaris pakai klon tokoh-tokoh pejuang, acara pencak silak guna muzik iringan...tapi...dia kata tak payah..takut budak jakun lak tak leh kawal...Aduh nie bukan kali pertama tau!...Tahun lepas lagi grand giler..Pameran Kebudayaan Ikut Kaum, siap berarak kompang nyanyi lagu kawin macam kenduri betul-betul..bukan sepasang pengantinnyer..kawin ikut kaum pun ada jugak. Pelajar betul-betul kreatif untuk mempamerkan adat budaya masing-masing.Agaknyer kat sekolah lama tak biasa kut....Apa-apa pon layan jer n3 separuh jalan nie...




Tuesday, August 4, 2009

Parcel Drp Marsya



Hari nie terima parcel drp Marsya yang mengandungi wood plaque nombor rumah. No. rumah nie untuk rumah di Saujana Rawang. Sebenarnya saya pernah order no rumah menggunakan wrought iron dengan kontraktor rumah dulu tetapi sampai lah nie tak dibagi-bagi lagi...tak kan tak paham-paham. Janji orang munafik , dimulut kata dah siap tapi sebenarnya habuk pun tarak.
So...terus usya blog member-member yang sealiran dengan jiwa saya sekarang..Nampak pulak blog english deko manic sedang wat promosi house number, bagaikan pucuk dicita ulam mendatangla...terus order, dan wat skit request nak bunga pink purple lak. Kebetulan sebelum nie pernah mendaftar di Guest Book beliau. Thank U Marsya...I love your job..Harga nye RM 45.00 sahaja tak termasuk pos laju. Lain kali boleh order lagi..akak nie memang suka sangat dengan bunga rose pink purple tu...




CANTIK TAK?

Monday, August 3, 2009

Caah kena tindik...

Idea bonda supaya membawa Caah bertindik.....

Caah okey sahaja...kena tindik sebelah...nangis skit saja...pastu sebelah lagie...nangis lagi...tapi tak lama..cuma dia tak selesa sahaja nampak nyer...





Make Over herglish stail




Aku sangup merendah pekan koboi kuale semata-mata nak cari balik barang-barang lama antaranye lampu ayam, lampu tido, lampu karbait dan pinggan mangkuk bunga kangkung. Masih belum puas ati sebabnyer lampu gasolin dan pelita sumbu tak dapat dijumpai lagi....