Followers- Be my friends

Monday, January 24, 2011

Pahala Seorang Wanita


4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.


11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan
jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Monday, January 10, 2011

Frist N3..2011

Alhamduliah..akhirnya bern3 juga pada tahun 2011 ini walaupun sudah masuk minggu yang ke-2. Memang sejak akhir-akhir nie kehidupan agak sibuk dengan proses pemarkahan yang sudah berakhir pada minggu pertama Jan dan juga sibuk dok menjadi guru tuisyen pada anak-anak sendiri dan juga anak-anak jiran yang merayu-rayu minta tolong ajarkan anak-anak mereka. Sesungguhnya sebelum nie memang agak berat hati nak menerima pelajar2 lain.Sejak mengajar mereka seolah-olah membuka sebuah sekolah di daerah pendalaman yang mempunyai bilangan pelajar yang kurang daripada 10 orang. Bermula dari darjah 2 sehingga lar yang bakal menduduki PMR...semua subject sapu bersih kecuali mengajar Pendidikan Jasmani dan Seni Lukis.
Kesemua gambar yang dipaparkan adalah tanda kenang-kenangan dari Geng B penandaan satu subject teras....( tak leh mantion...kang masuk lokap lak...)
Kesemua rakan-rakan adalah terdiri daripada guru-guru cemerlang Negeri Selangor serta yang berpengalaman menanda sehingga 10 tahun...
Ketua Geng B.....
Diharapkan agar ditahun-tahun hadapan...aku lebih mahir menanda dan dapat mencurahkan segala ilmu yang dititip kepada rakan junior disekolah.