Followers- Be my friends

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010


Tin yang baru dibeli dari tokey romantika selepas menghadiri meeting kurikulum tadi...rm 5.00 satu. Hajat nak bawak gi sek satu untuk dijadikan tempat letak pemadam papan hitam dan kapur...sesuai lah dengan konsep yg tengah mabuk skg nie

Mesti ada student yang tertipu bila cikgu bawa tin nie masuk kelas...ingat cikgu nak sedekah cookie ler tur..


pokok tur juga hasil skodeng di Romantika tadi...nak letak di atas meja di bilik guru nanti.

Pasu nie dah lama beli ...nak tumpang sekaki sempena post terakhir di tahun 2009 yang berharga RM 5.00 setiap satu.


Kusyen Bunga Rose...RM 29.90 dibeli di Tesco Selayang..secara kebetulan terjumpa lak semasa beli pasu rose di ateh tur.

Tuesday, December 29, 2009

*****Selamat Pengantin Baru*******


elo-elo...abang dah sampai kat simpang yer...nanti jap...ayang tengah posing nie...

ok...kita posing lagik...biar pengantin lelaki tunggu...sapa suruh sampai cepat sangat..tak sabo-sabo nak duduk atah pelamin...



adoi...panaz nyer...cepat lah...bak sinilah kipas tur...

pak jalan cepat skit...tur pengantin pompuan  tengah berasap...

lah...apa lagik...kami tak sabar nak naik pelamin nie...


Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Farah Diana ( pangkat ibu saudara ) dengan pasangan beliau Satria ( nama yg unik sekali) yang berlangsung pada 26 Dis 2009 di Gerik, Perak.




Sunday, December 20, 2009

Back to school


Apa kena-mengena  teddy bear nie dgn tajuk n3 kali nie.....jangan konpius...
semalam gi membeli belah barang keperluan tuk 3 org anak teruna ...tahun depan tiga orang pulak nak bersekolah...nasib baik tak de yg masuk tadika...kalu tidak alamat rabak lagi lah...yuran sorang anak pon leh mencecah hampir RM 600, tiap-tiap taun yuran naik...dah lah bonus diganti dgan bantuan khas...em..bantuan khas pun alhamdulilah...dapatlah topup mana-mana yang terkureng...masalahnya leh "top up ker"...nak meraung pon ade...
apa kena mengena dengan rose cottage bears tur..entah macamane sedang si abang-abang memilih jam tangan..si anak dara sorang tur tak dapat apa2..nak dibelikan jam..tangan tak cukup montok..so sy belikan dia bear nie.nasib baik kedai tur jual macam-macam benda..drpada beli donut yg tak leh nak ngap tur, baik beli bear nie.sesuai dengan konsep mama yang tengah mabuk henglish style nie..
Bukan tur saje...dia pon sibuk nak beli kasut sekolah jugak...sampai tak nak pakai kasut dlm kedai selagi tak dibelikannya...

mau tak terbeliak mata beli tengok rege RM 59.90 kat kotak tur..si ayah dah sound awal-awal nie mama yang kena bayar nie..sib baik jurujual tu cakap "ada diskaun 50 % kak"...fuh ....lega..tak payah mama bayar...hi..hi...
pastu dia cakap" Caah nak baju cantik-cantik lah........" adusssss...susah dapat anak pandai bergaya nie....


Nie adalah gaya comot...tak leh tinggalkan bedak merata-rata...compom abis dibedak seluruh badan + seluruh lantai rumah....gincu pantang lepe.....setiap bulan kena beli....


Gaya sorang model cilik ....he.he.....siri ulang tayang...
kalau bab ambil gambar..tak yah disuruh posing...dia sendiri tersengih-sengih di depan kamera siap cakap "mama cepatlah tangkap gambar"

Friday, December 18, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah 01 Muharam 1431






MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa akhir tahun:

: dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Berikut adalah Doa Akhir Tahun:

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...

Waktu membacanya:
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allahakan engampunkan dosanya setahun."

Doa awal tahun:

: dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...

Waktu membacanya:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaTa syaitan, "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."

Monday, December 14, 2009

Panduan memilih langsir ikut bajet masing-masing..



Pilihan langsir yang tepat dan sesuai adalah penting untuk memberikan keselesaan dan juga menyerlahkan kecantikan rumah kediaman anda. kini, fungsi langsir tidak lagi hanya sebagai pendinding cahaya matahari tetapi ia menjadi sebahagian aspek penting hiasan dalaman.


Berikut adalah beberapa panduan untuk anda memilih langsir yang tepat dengan keperluan dan kehendak anda:

1. Tentukan anggaran bajet dan belanja

Kain langsir datang dengan pelbagai harga. Ada yang murah, ada yang mahal, bergantung kepada kain dan kualitinya. Ada kain langsir yang berharga di bawah RM10 semeter dan ada yang sehingga lebih RM60 semeter. Andalah yang menentukan setakat mana anda ingin berbelanja. Apapun, pastikan anda tidak membazir, dan pastikan ia selaras dengan kemampuan anda. Contohnya, jika kain langsir yang anda minati berharga RM50 semeter dan panjang langsir yang diperlukan adalah 6 meter, mampukah anda mengeluarkan belanja sebanyak RM300?

2. Buat ukuran, dan tentukan bentuk langsir

Ini satu aspek yang penting. Jika anda ke Kamdar untuk mencari kain langsir, perkara terakhir yang anda mahu terjadi adalah ditimpa kebingungan sewaktu menentukan panjang kain langsir. Sebagai panduan mudah, lukis secara ringkas bentuk segiempat tingkap atau pintu gelongsor (sliding door), dan ukur dimensi (panjang x lebar) tingkap tersebut di dalam buku nota kecil. Bawa buku tersebut dan tunjuk kepada pembantu jualan di kedai. Mereka yang mahir dalam bidang ini akan membantu anda membuat ukuran kain yang tepat.

3. Padankan corak dan warna langsir dengan kediaman anda

Jika dahulu pilihan corak dan warna langsir adalah terhad, hari ini tidak lagi. Kini, anda saban hari dijamu dengan rekaan langsir terkini, banyak antaranya lain daripada yang lain. Ada corak tradisional dan ada corak moden. Ada warna terang dan ada yang gelap. Ada corak melintang dan ada corak membujur. Pendek kata, anda boleh melakukan pelbagai kombinasi corak dan warna. Namun, pastikan ia kena dengan hiasan dan pandangan keseluruhan rumah anda.


4. Pilih touch up

Kini juga, langsir datang dengan pelbagai pilihan touch up. Anda boleh membuat ropol, potongan lurus, kedutan, bidai dan sebagainya. Jika anda ingin menjahit sendiri dan masih lagi berjinak jinak dengan seni jahitan langsir, dapatkan bantuan serta latihan yang mencukupi. Pelbagai panduan jahitan langsir kini boleh didapapati dengan mudah, samaada menerusi buku, e-book dan juga informasi internet yang boleh didapati dengan percuma. Pilih sahaja.

5. Beli perkakas tambahan yang lain

Setelah langsir anda siap dijahit, tugas terakhir yang perlu dilakukan ialah dengan memasang langsir tersebut. Pastikan perkakasan lain, samaada kecil atau besar, telah dibeli dengan lengkap. Periksa palang langsir dan buat perkiraan yang anda telah mempunyai bilangan cangkuk yang mencukupi. Jika tidak, beli cangkuk tambahan dan ia mestilah padan dengan jenis palang. Juga, tali pengikat langsir yang menarik dan sepadan adalah menjadi kemestian untuk menambah seri. Tali ikatan yang selalunya dijual asing boleh didapati antara RM10 hingga RM50, anda pilih sahaja mana yang sesuai

INFO: Panduan Memilih Langsir

Sekiranya membeli langsir siap diguna, sebaiknya pilih ukuran yang mencecah sehingga ke lantai.
Mereka yang gemar penampilan moden, ringkas atau ketika boleh menggunakan langsir tidak berjahit dan digantungkan pada batang besi atau kayu.
Ketinggian tingkap dapat ditonjolkan dengan memasang pelmet dan anda boleh menggunakan langsir siap diguna.
Padankan fabrik dan kertas dinding bagi mengatasi pemandangan kurang menarik di sesuatu ruang, selain dapat menonjolkan seri tingkap.
Jika anda memerlukan kemasukan cahaya semula jadi, tetapi pada masa sama inginkan suasana bersendirian, pilih rekaan langsir kedai kopi (langsir separuh terbuka) yang tidak perlu dibuka atau ditutup kerana ia tidak menutup keseluruhan tingkap

Saturday, December 12, 2009

Jom gi holiday..


Jom gi holiday...cantik dan menarik cottage nie...kalau lah kg halaman sy macam nie...memang setiap kali cuti memanjang tak der kat umah.Tengah buzy-buzy cam nie pon ada ati nak gi bercoti...tension menanda kertas diorang tur dan skema yang banyak sangat kes yang nak dipertimbangkan, wat kepala nie tepu dan beku...
kena layan blog dulu...baru hilang tension...tengok pulak cottage nie ..lagi melayang-layang perasaan syoknyer..




Cantiknya garden diorang nie...nampak kusi garden tur...mcm sy punya ek?.....teringin nak wat garden cmnie..kalau duk kat cameron boleh kot...




 
Gambar nie sy terjumpa semasa nak cari blog nannie......bila nampak jer rumah cottage apa lagi save terus di dalam komputer..tenang bila melihatnya...betul tak?

Monday, December 7, 2009

Wooden Plate Kak Lynn



Ini dia barang yang dibeli dari kedai online kak Lynnmidi...cari jugak nama sebenarnya di sebalik kotak tur...tetapi nama yang tertera masih "Lynn"

Terima kasih yer...sy beli...masih tak tahu nak letak kat mana, kena cari geng dulu...baru nampak 'gaH'...tapi wat sementara waktu nie kena stop dulu ...3 orang anak yang akan bersekolah...kena bajet-bajet..takut nanti terover bajet lak, sapa nak jawab?, sendiri mau ingatlah........

Sunday, December 6, 2009

^^Projek Minggu Lepas^^




Nampak kerusi taman bunga rose nie semasa gi beli barang runcit di Kuala Kangsar ari tur...apa lagik pucuk di cita , ulam mendatang...terus grap...( ceh...bunyinya macam banyak fulus...) bukan apa ...memang dari dulu sudah mengidam nak cari set nie..tapi malas nak gi cari merata ceruk KL tur . Pernah tanya kedai perabot dan harganya lebih kurang RM 800++..tapi bunga lain..bukan bunga kesukaan ramai.
Cuba anda bayangkan bawak benda alah nie dalam kereta biasa saje...mahu tak melendut kete tur..minyak pon kena tekan lebih skit...berat giler..

Make over kali nie tiada sapa-sapa menolong..kena wat sendiri...selama 3 hari mengecat sengsorang..sengsara toi...hasilnya dari jauh nampak tersangatlah cuN nyer...tapi dari dekat...hurmmm malas nak cerita...


Apa pasai tengah-tengah meja tur kaler berbelak-belak...nie pasai kes tak cukup cat ma....

Gediz dan santai- Desa Water Park


Aktiviti kali nie, kami  AJK Jiran Wanita telah mengadakan sesi gediz dan santai di Taman Tema Desa Water Park.
Bertolak dari rumah lebih kurang kul 8.30 pagi...sy sekeluargalah yang paling lambat bersiap coz salah informasi.
Sampai lebih kurang kul 9.10 pagi ...kemudian dok melenggung tunggu kaunter bukak..

  
Jom kita makan dulu...bwk dari rumah dan berkelah di tepi tempat parking kereta.
 


Amboi seronoknyerrrrrrr........
sampai Caah tak nak naik, asyik duduk dlm air saje...


Mak-mak dugong tengah bergediz....banyak lagi gambar...tapi tak sanggup nak siar...





Saturday, December 5, 2009

Aktiviti minggu lepas


 
28.11.2009 - Brithday bonda tersayang yang ke-57, semoga bonda ceria selalu di samping anakanda-anakanda dan cucuanda-cucuanda yang tercinta.
18.11.2009- Brithday along yang ke-13, semoga menjadi anak yang soleh dan beriman serta cemerlang di dalam pelajaran dan kehidupan.

29.11.2009- Majlis berkhatan Aqil ( anak sedara)

 


kemudian dari Ipoh terus ke Kemunting, Taiping menghadiri kenduri sebelah suami pulak. Sempat melawat bandar Taiping tempat sy dibesarkan suatu ketika dulu.




Melawat Muzium Taiping....


Suke lalu kat taman tasik nie...pokok-pokoknya yang berusia hampir seratus tahun ( ye ke?) menyejukkan mata...seolah-olah berada di luar negara...cehWAh...

I'm back

Ceh...macam sebulan tak dapat update blog...rindu tak dapat jenjalan blog member...tengok cerita / aktiviti diorang...tengok barang baru..kalau berkenan boleh rembat...em..sejak duduk kat 'istana hinggap' di Country Homes..rasa duduk di bawah tempurung saje..tak dapat surf internet..., tak dak member nak borak-borak...lum kenal mesra gitu... Nie balik Selayang pun sebab sok nak gi Desa Water Park ada join aktiviti Jiran Wanita kat sini.

Kalau gi jenjalan selalu sangat nampak benda alah nie...umah maklang azie ada...iNa ade...terbaru umah marsya pulak. sebenarnya benda nie sy nak nampak lama dah di Romantika , pernah pegang..sudah bawak ke hulu ke hilir ...kemudian letak balik..masa tur harganya RM 7 henggit jer..
Seminggu sebelum Hari Raya aji ari tur, gi terjah Romantika..selain loceng itik tur..sy beli benda nie jugak
-
-
-
-



Harganyer cuma Rm 3.00 saje..emMMM... berbaloi-baloi


dan...beli 2 biji pasu nie ,saiz paling kecik...nak jimat duit...RM 5.00 jer..
bukan kedekut...nak jimat..ada projek lebih besar..