Followers- Be my friends

Monday, January 30, 2012

Jom Shopping @ Kenanga Wholesale City

Hari Ahad yang lepas dapat jemputan makan-makan di rumah adik ipar yang baru kawen bulan Nov yang lalu. Si kakak-kakak ipar nie sibuk nak melihat album gambar perkahwinan yang lalu disamping nak merasa air tangan orang baru. Tak disangka-sangka pulak...coz dah lama tak datang sini...hampir 4 tahun semenjak dia menduda ...dah ada bangunan baru simpang nak masuk kawasan perumahannya. Bangunan Kenanga WholeCity , Jalan Gelugor( dekat flat San Peng) memang diwujudkan untuk para peniaga yang ingin berniaga pakaian moden. Kebanyakan produk yang dijual pakaian , dari ground floor sehingga lar ke tingkat 3 ( itu yang sempat diredah) semuanya pakaian ( ada gak barang seperti kasut dan hiasan diri). Bagai nak gila melihat harga runtuh yang ditawarkan sempena tahun baru cina nie...tapi malang melihat dari cermin saje..kerana kebanyakkan peniaga masih bercuti.
Kalau beli satu ...dikira seperti harga biasa...tetapi kalau beli tiga helai ke atas...harganya sangat berbaloi-baloi...rasa-rasanya selepas nie kami akan berkonvoi lagi, bershopping  memilih baju tema "Keluarga" yang sama tak kira lar nak pakai bersama atau pakai ketika keluar bersendirian..lagi pon makan kat sana "free"...rumah adik ipar kat ada"....hahaha

Sunday, January 29, 2012

~Entry Tertunda~

Musim buah-buahan kali nie memang puas ati....jiran-jiran keliling kebun arwah abah tak sempat nak skodeng...kami datang tiap-tiap hari jenguk dusun. Disebabkan dusun terletak hampir 10 km...anak cucu setiap tahun meleleh ayo lior ngegok deme makan buah kayu...mana idaknyer...ada ker patut ....orang kat situ siap berjual lagi buah petai...langsat...dukong...durian...cempedak kepunyaan kami...kalau setakat makan jer..tak kisah lah sangat...tapi kalau sampai boleh berbisness...nie sudah lebih...tak kesian  ker ngengok anak cucu arwah yang kempunan nak makan buah kayu...
Yang paling kelakor...mak tak pernah wat tempoyak..disebabkan buah durian banyak sangat tahun nie...kami jadikan tempoyak...pada sebelah malam..waktu nak tido...ingatkan bom mana meletup...rupa-rupanya tempoyak mak yang meletus!..kami ketawa senak perot sambil membersihkan semua tempoyak yang bersepai sehingga ke siling......

Tuesday, January 24, 2012

Tak dapat gi Korea pun tak per!

Tak dapat pergi pun tak per. ..janji dapat sevenior....hahaha


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, January 11, 2012

Aktiviti malam-malam

Sudah setahun aktiviti setiap malam dipenuhi dengan mengajar anak-anak jiran belajar bersama-sama anak sendiri. Walau pun penat tetapi alhamdulilah pembelajaran anak-anak bertambah baik disamping mamanya tak lagi sibuk berblog setiap malam.

Berkat mengajar anak-anak jiran,keputusan PMR along pun sangat membanggakan walaupun sebenarnya along bukan pelajar dari kelas pertama...dia berada di kelas ke enam tetapi dengan usaha dan berdoa, maka alhamdulilah...keputusannya menjadi dorongan adik-adiknya untuk belajar.....


Published with Blogger-droid v2.0.2

Hadiah untuk diri sendiri

Salam warga pembaca alam maya. Dah lama rasanya tak berblog. Buzy dgn aktiviti harian dan malas nak buka komputer menyebabkan blog dah lama berdebu. Tapi dengan bantuan galaxy note terbaru nie...dibeli sempena masuk tahun baru...maka aktiviti berblogging menjadi lebih mudah sambil menaip di atas katil....

Sekian dulu...entry percubaan menulis menggunakan hp Samsung ini.


Published with Blogger-droid v2.0.2