Followers- Be my friends

Thursday, October 31, 2013

5S lagikkk

Sekarang mai kita terjah hasil 5S di ruang kerjaku plok...

Haa...tur dia...kalau ikutkan syarat ketat 5S..semua barang yang lepak atas meja perlu dibuat rumah dan dilabelkan...wat masa ni hanya ada rumah tuk printer dan juga tong sampah sahaja.
Fungsi rumah itu adalah supaya memastikan tong sampah itu tidak dialihkan sesuka ati.
Gambar ini pulak menunjukkan ruang laci tempat untuk alat tulis...setiap barang ada tempat parkingnya...kalau hilang senang nak kesan.
Nie pula papan notis yang menampal pelbagai info...kalau boleh setiap ruang perlu di bahagikan..terpulang cara pembahagiannya...( psssttt...masih banyak kekurangannya lagi yea...)
Ruang pameran boleh diletakkan disatu sudut sahaja...make sure jangan ada habuk ekkkk....
Rak buku yang belum siap lagi...masih banyak perkara yang perlu dilakukan...kena tunggu bajet peribadi masuk dulu ek....setiap buku rujukan perlu diasingkan ikut tingkatan bagi memudahkan capaian dlm masa 30 saat. Kalau anda rasa ..anda boleh mencari barang dlm tempoh kurang drp 30 saat...tak perlulah buat 5S.


5 S bikin hidupku berserabuttttt

Assalamualaikum...
Lama sudah meninggalkan dunia blog nie...masa tak mengizinkan untuk menitip segala coretan kehidupan sepanjang 8 bulan yang lalu. Sejak bekerja di sekolah baru...banyak perkara baru yang dilalui. Dulu gatai sangat dah ubah envoriment....skg rasakan lar penangannya...huhu

Di sekolah baru...segala-galanya baru....sepanjang masa dipenuhi dengan pelbagai kerja yang sepatutnya dilakukan oleh dua tiga orang guru...kesian kan!. Dah nasib badan...apa-apa pun inginku kongsikan bersama-sama pengalaman sebagai ketua sudut 5 S zon B...serta ingin juga berkongsi apa yang telah dilakukan sebelum pemantauan Abg Mus pada minggu depan...hehehe.
Gambar sebelum sudut 5S dipamerkan
Dengan bantuan pekerja swasta dan pelajar-pelajar yang ringan tulang...jeng---jeng..
Proses menyiapkan logo 5S dan dokumen-dokumen lain.
Hampir siap..kerja giler ini dilakukan hanya dalam tempoh masa 7 jam sahaja...masa tur nak beli barang...masa tur nak create logo yang agak cemuii..
Taraaaa.....siap lar weiii...masa tur orang semua dah balik..rasa nak nangis pun ada....walaupun tak sehebat sudut sektor-sektor lain...tetapi alhamdulillah dapat juga disiapkan dengan bajet yang dikeluarkan oleh salah seorang guru sekolah ini....
SEKOLAH KAMI TAK DER BAJET 5 S.....huhuhu