Followers- Be my friends

Friday, May 29, 2009

Selamat Bercuti....yahOO

Selepas loceng 12.30 tgh berbunyi, kelihatan guru-guru perempuan ( guru lelaki, apa per yek ?) sibuk bertungkus lumus menyiapkan fail PATS yang perlu dihantar sebelum cuti ni. Antara diolog yang kedengaran:

Cikgu H : Akak, sy musykil dengan 2 org tu (merujuk cikgu L ) , releks je, gi timbang berat dan
ukur tinggi, byk masa diorang berborak ngan salesman tu ye.. kita ni bagai nak
putus nyawa menyiapkan keja ni.

Cikgu Z: Akak , fail PATS x ade, P*p*t ada......

Cikgu S : Eh...kawan-kawan..korang dah letakke fail kat sana, kena sain borang ker? KP
mesti lebih advance dari anak buah..

Cikgu F : Eh...kami dah anto dah....( bangga bebenor, sebenornye banyak bahagian yg
rongak).

Cikgu R : Aku nie penyelaras PATS, arahan kena check sapa x antor. Malaslah...kesian kat
kawan2! ( kesian kat kawan ker atau diri sendiri!)

Cikgu NS : Pantang toi, time balik org sruh tunggu nie..... ( x dpt nak jadi pegiun le tu...)

Cikgu L : Aiseh.....cuti ni ha , 240 karang B.cina kena tanda. Mana ada cuti!

Apa-apa pun cikgu....cuti tetap cuti. Yg penting x yah gi sek menghadap student yg pikir diorang lebih bijak daripada kita, ada juga yang pikir kita nie baby sister diorang.....kena jaga jgn gaduh, luka...malas belajor , x pe....janji kelas ada cikgu!................

SELAMAT BERCUTI.....




0 comments: