Followers- Be my friends

Monday, June 22, 2009

Cian....Jon


Selepas aktiviti PSK di sekolah sabtu lepas sempena Pertandingan Permainan Tradisional, aku menerima satu sms drp pijot yang menyatakan jon ( adik lelaki terakhir) accident motor. Telah dihantar ke Hospital Ipoh, walaupun kemalangan berlaku di kg ku di Kuala Kangsar. Hati berdebar2 jugak...kalau dihantar ke Ipoh bermaksud dia cedera parah........rupa2nyer motor sahaja cedera parah....tak buleh baik dah....lepas nie motor tu jadi tukun je,dia dihantar ke Ipoh hanya untuk buat CT-scan sahaja untuk menentukan otak nyer tiada kecederaan.. tapi hilang ingat jugak jap...
Kami sampai di Hospital Kuala Kangsar tepat jam 7.40 mlm. Waktu melawat udah habis 10 minit lalu... jenuh merayu kat pakcik jaga tu...." saya nie drp KL pakcik, baru sampai, nak lawat adik accident". Nak tau apa dia balas..." Peduli apa dari mana pun! ". Cis kureng asam pakcik nie...( dlm hati jer).Akhirnye, bagi jugak masuk...Aku sempat gak bergurau ngan Jon," Kau kenal aku tak? lain kali kalau nak accident. tunggu ler cukup bulan!...he he....Cian jugak Isnin nie last paper for his course 4 final year...Apa nak buat, dah nasib badan. Lain kali hati2 bila menunggang, jgn berangan bwk motor..Nak tau mcm mana dia accident...Langgar tiang lampu jalan jer...tak ade sapa2 langgar pun. Hish...alhamdulilah tak cedera parah.

0 comments: