Masyaallah!
patutlh suamiku marah sgt mkn belacan..
walhal tanpa sambal belacan pun ble  gak mkn nasi kn?
tapi  degil...nk gak dlm masakan mesti ada belacan
sambal tumis ikan bilis nk letak belacan
dlm asam pedas nk  letak belacan
semua nk  belacan
belacan diperbuat  dari udang geragau nih ler..
dn hasilnya kita mkn dgn berselera... .sslluurrruupppp  pppppppppppppp
KERIAN 1: INDUSTRI GERAGAU 
Posted in bebas by Rudy 
Selama 3 hari bermula 10-12 Julai 2009, aku  berkesempatan mengiringi Ketua Jabatan ke lawatan penyelidikan ke Daerah Larut  Matang dan Kerian, Perak. InsyaAllah bermula dengan entri pada hari ini, aku akan menyelitkan apa yang menarik  di daerah tersebut. Mana yang baik ambillah ia dijadikan contoh. Manakala yang  tidak dijadikan ingatan sepanjang hidup. Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti  kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi  goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain  dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal  dan kuah bagi mee.
Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti  kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi  goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain  dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal  dan kuah bagi mee.
Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini  ketika hari terakhir selepas tiba  di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat  masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang  geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini.  Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas  tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas  pangkin khas. Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja  Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak  sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.
Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja  Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak  sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.
Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek  sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan  geragau tersebut.
Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah  juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau  yang kita makan?
Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba  aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.
Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui  kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan  anjing-anjing itu tanpa dihalau.
Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di  rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat  anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.
Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing  tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil  gambar. Dan….. Gambar di atas menjadi finale kepada industri  geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja  kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah!  Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng  kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia,  kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!
Gambar di atas menjadi finale kepada industri  geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja  kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah!  Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng  kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia,  kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!
Module Perfect Score SBP 2009
16 years ago
 

 
 


 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.png) 
 
 

0 comments:
Post a Comment