Followers- Be my friends

Wednesday, September 30, 2009

Cerita semalam


Semalam makan di luar sempena hari jadi syamil ke-6 dan aniversary ke-14. Malas nak gi jauh-jauh, so kami ke Selayang Mall untuk mencuba restaurant baru( citarasa baru)..sebenarnya semenjak Kak Zarinah bawa teman, Safla dan Raesah di sini , teman sudah " jatuh cinta" dengan masakan Mee jawanya..teringat semasa teman mengajar di Pelabuhan Klang dolu-dolu...macam nielah rasanya

Ini ABC untuk ayah tetapi telah disambar oleh tiga anak terunanyer...terpaksa order lagi satu....

Nasi goreng Langkawi ( macam nasi goreng pattaya jer ) bezanya ada 2 ketul ayam...sedap gak

Ni makanan untuk anak dara sunti .....CAAH..Dia makan bersungguh-sungguh...sedap sangat kut

Apasai hang termenung tur....tak cukup makan ka????????


Amboi brithday's boy..tersengih memanjang...tak dak kek taun nie no.....

Control-control.....tak kan nak makan pinggan kut....

Raya lagi


Menziarahi Pan Teh- gelaran bagi pangkat moyang teman ( opah sedara sebelah emak). Hanya inilah satu-satunya moyang teman yang masih ada....berumur lebih kurang 90+..
dia sendiri pon tak berapa ingat umurnya.

Nak tunggu tuan rumah balik dari kerja( org lain dah start keja, kami masih sibuk nak beraya lagi)..lepak-lepak kat Pekan Kuala..niat dihati nak pekena cendol..tapi dah habis...ABC pon ok jugak..dah ada org nak belanja....

Raya Ketiga

Menziarahi opah saudara mak di kampung Cherok, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar


Datuk sedara sebelah emak..Tuk Wak yang kebetulan baru sampai dr Gerik..( hari-hari wak pergi ladang, wak nampak lalang bergoyang...wak ingat babi wat sarang..ghupa-ghupanya...........inilah lagu selalu teman nyanyikan semasa kecil dulu, jika tuk wak balik ke kg....selalu kena marah dgan opah ketika tu...sebab lagu tur)

Hanya inilah sahaja akar yang tinggal.....yang lain hanyalah puncuk muda.....
Sesi yang ditunggu-tunggulah oleh Along......

Raya Kedua - Majlis Tahlil Arwah Abah


Dimulai dengan bacaan surah Yassin.Antara tetamu yang hadir


Caah dan mak lang anis

Raya Kedua- Persiapan Majlis Tahlil




Bermula jam 5.00 pagi teman bersama bonda dan adik-adik ipar bertungkus lumus menyediakan masakan untuk Majlis Tahlil Arwah Abah tersayang. Sudah menjadi tradisi semenjak abah tiada, setiap Hari Raya Kedua kami akan mengadakan Majlis Tahlil.

Raya Pertama


Tradisi Raya Pertama: Rumah pertama yang wajib dikunjungi adalah rumah datuk ( ayah kepada ibu mertua)

Rumah kedua : Ayah Chik. Mak oii ramainya orang..tiap-tiap tahun macam nie lah ..sampai tuan rumah tak sempat nak bertanya khabar.

Rumah keempat : Rumah Arwah Pak Adam. Beliau baru meninggal seminggu sebelum puasa lepas.

Tengoklah si Angah dan Caah tur..bukan main syoknya menjamu selera.


Rumah kelima : Rumah Abang Man ( sepupu somi). Sebelum sampai di rumah nie ada satu peristiwa yang kami semua tak dapat dilupakan. Jalan menuju kerumahnya agak sempit...hanya sebuah kereta sahaja boleh lepas....kalau time raya nie terpaksalah beralah masuk tepi parit ker, laman rumah orang ker untuk beri laluan pada kereta yang lain.
Sebelum kami masuk jalan kampung nie ( Kampung Cheh) kami telah beri lalu kepada sebuah van jenazah , dan tidak disangka-sangka rupa-rupanya jenazah tersebut akan dikebumikan di Kampung tersebut.
Apa lagi jalan menuju ke sana agak sempit kerana banyak kereta park ditepi-tepi jalan. Kebetulan ada seorang yang menjaga aliran traffic di tepi pagar masjid mengarahkan kami 3 buah kereta masuk ke perkarangan masjid DAN ada sebuah kereta lagi dibelakang yang turut serta....
rupa-rupanya kereta di belakang tur adalah kereta waris jenazah tersebut...dan kami terperangkap hampir sejam untuk menunggu mereka selesai solat jenazah.

Keluarga sebelah MIL


Hamdan bersama anak sulong: Aidil. Mereka pertama kali beraya tanpa isteri( ibu). Anak kedua terpaksa ditinggalkan bersama ibu mertuanya kerana masih kecil dan tidak dapat dibawa bersama-sama berhari raya.Semoga Aidil menjadi seorang anak yang tabah.

Azmi dan Misliati sekeluarga.


Tuan tanah sekeluarga.Caah tengah lena tidor tur...
Jama dan Rusmah sekeluarga.

Ahli keluarga yang lain tidak dapat diupload lagi sebab diorang belum balik beraya lagi...

Thursday, September 24, 2009

Sesi bergambor pulok


Anak-anak jantan yang gagah perkasa
Adik-beradik teman 8 orang semuanya

Bersama bonda tersayang
Gambor yang ditangkap secara automatik...tak berapa clear..semua anak cucu opah tanpa menantu sulong yang belum pulang dari masjid ( orang lain dah balik dah...dia solat di kg emak bapaknyer)

Sesi bermaafan di pagi Raya

Sesi bermaafan di sebenarnya baru 2 tahun dipraktiskan di dalam keadaan yang lebih formal. Sebelum nie hanya minta maaf bila nak pulang semula ke Kl. Tetapi selepas abah meninggal, teman rasa , teman perlu menyatupadukan family dengan lebih erat lagi di antara adik beradik supaya mereka lebih menghormati orang yang lebih tua termasuklah teman nie..


Sesi dimulai oleh anak sulong aka teman ler...
Nyah Padil

Yang Amer
Pak PuatPak Anjang

Makcik

Pak JonCu Dilah

Cucu sulong opah : Syafiq

On d way back hometown ( edisi basi)

Perjalanan balik kampung yang penuh dengan kesengsaraan, bertolak kul 6.35 pagi ...jalan jem giler...

Barang penuh sampai ketempat duduk, nasib baik along dan angah sudah balik ikut makcik hari khamis lepas...kalau tak kena ikat barang atas bumbung kereta.



nak buang ayo kecik pun susah..kena beratur sampai keluar bangunan, yang peliknya masa teman beratur, banyak sangat pendatang China yang melancong time-time nie. Asyik muka diorang jer yang beratur di toilet. Nasib baik masa turn guna toilet air ada lagi...pastu bekalan ayo abis..wah malang sungguh sapa yang beratur panjang-panjang tur. Nie gambor selepas turn teman...tak ayo beb.

Sampai kg lebih kurang kul 12.00 tenghari tepat.. selalunya 2.5 jam dah sampai....