Tradisi Raya Pertama: Rumah pertama yang wajib dikunjungi adalah rumah datuk ( ayah kepada ibu mertua)
Rumah kedua : Ayah Chik. Mak oii ramainya orang..tiap-tiap tahun macam nie lah ..sampai tuan rumah tak sempat nak bertanya khabar.
Rumah kelima : Rumah Abang Man ( sepupu somi). Sebelum sampai di rumah nie ada satu peristiwa yang kami semua tak dapat dilupakan. Jalan menuju kerumahnya agak sempit...hanya sebuah kereta sahaja boleh lepas....kalau time raya nie terpaksalah beralah masuk tepi parit ker, laman rumah orang ker untuk beri laluan pada kereta yang lain.
Sebelum kami masuk jalan kampung nie ( Kampung Cheh) kami telah beri lalu kepada sebuah van jenazah , dan tidak disangka-sangka rupa-rupanya jenazah tersebut akan dikebumikan di Kampung tersebut.
Apa lagi jalan menuju ke sana agak sempit kerana banyak kereta park ditepi-tepi jalan. Kebetulan ada seorang yang menjaga aliran traffic di tepi pagar masjid mengarahkan kami 3 buah kereta masuk ke perkarangan masjid DAN ada sebuah kereta lagi dibelakang yang turut serta....
rupa-rupanya kereta di belakang tur adalah kereta waris jenazah tersebut...dan kami terperangkap hampir sejam untuk menunggu mereka selesai solat jenazah.
0 comments:
Post a Comment