Followers- Be my friends

Thursday, November 19, 2009

Al-fatihah- Saidatul Nisa


Saidatul adalah anak kepada adik lelaki sy yang pertama. Dia meninggal dunia semalam iaitu 18.11.2009 akibat jangkitan  virus pada otak...sebelum ni, dia menghidapi deman campak  selama 5 hari dan kelihatan semakin lemah dan tidak mampu berjalan..sering mengadu sakit kepala. Masuk wad pada 17.11.2009 dan masih boleh bercakap sehingga pukul 12.00 tgh 18.11.2009, kemudian dia koma dan terus bergantung kepada mesin hayat  sehingga ibu bapa nya memberi kebenaran kepada doktor untuk memberhentikan mesin tersebut....kerana otak nya sudah tidak berfungsi lagi...dan tarikh itu juga amat bermakna bagi sy kerana ia adalah ulangtahun along yang ke -13.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman, amin.