Followers- Be my friends

Friday, November 6, 2009

Kehadiran yang bermakna- al-fatihah


Hari yang mulia nie meninggalkan nostalgia yang amat bermakna bagi keluarga Azmi dan Misliati. Anak mereka: Nuraimi Amirah ( anak saudara suamiku)   yang sempat bernafas selama 4 jam sahaja telah meninggalkan keluarganya.Ini adalah kali kedua keluarga ini kehilangan ahli .
Amirah lahir sebagai insan istimewa dan kami redha dengan pemergiaannya.
Kami sempat singgah di Masjid Putra untuk menunaikan solat jumaat ( Mr. K sahaja )sy dan anak2 tunggu dalam kereta. Sempat jugak tengok Pak Lah lalu, Pak Najib lalu..dan VVIp yang lain , mana tak nya kereta parked betoi-betoi kat pintu masuk ke office diorang.



Sambil menunggu solat jenazah dijalankan  ( dalam kul 4.00 ptg)....



Berangkat ke tanah perkuburan di Presint 20. Sempat berposing coz ni kali pertama dapat masuk di dalam masjid ini... selalunya tengok dari luar sahaja kerana bukan senang-senang boleh masuk sesuka ati. Nak masuk pon mesti ada reason yang sesuai...kalau setakat nak bergambar..em...kat pintu masuk masjid jer la...






Penggali kubur di sini semuanya muda belia belaka ( dah jadi satu profesion)...siap pakai uniform lagi....
korek lubang pon guna jentera penggorek (mcm backhoe..tapi kecil sikit...lupa nak snap gambar)


Kubur kakak kepada Amirah..selang setahun lebih sahaja pemergiannya dan jarak antara 2 kubur ni hanyalah selang 9 buah sahaja.



Sempat juga kami sedekahkan al-fatihah kepada Allahyarhamah Datin Seri Paduka Hajjah Endon.