Followers- Be my friends

Friday, January 15, 2010

Ujian Dari Allah

Hari Rabu yang lepas pergi lagi ke klinik Pusrawi di Jalan Ipoh buat kali yang ke-3 kerana batuk tidak berhenti-henti sejak 2 bulan yang lalu. Sebelum ini ingatkan disebabkan masalah resdung kerana asyik bersin tidak berhenti-henti...selepas berjumpa doktor kali kedua...alhamdulilah masalah bersin dan selsema dapat diatasi tetapi masih lagi batuk .

Dr menyarankan X-ray di bahagian paru-paru...takut ada penyakit lain...dengan selamba sy bertanya...penyakit lain  yang macammana .....dr kata...takut TB atau KANSER..
Ya...ALLAH..terkejut juga dan sepanjang masa di dalam keadaan risau..

Hati berbelah-bagi tuk melakukan X-ray , almaklumlah sebelum nie juga pernah batuk sampai 9 bulan pun ada, disebabkan mengandung...pernah juga batuk selama 2 bulan sehingga hilang suara, kadang-kala boleh sampai terkencing  dalam kain...tapi tak lah sampai nak gi X-ray dan ambil darah.

Tapi disebabkan Dr dah cakap macam tur...rasa takut pun ada...takut menyesal kemudian hari...bila dapat tahu sudah berada di tahap kritikal.



Surat dari Dr Maisarah

So...hari nie baru pergi wat x-ray seperti yang disarankan.di Hospital Pusrawi di Jalan Tun Razak


Suasana di makmal ambil darah...sempat lagi snap gambar di bahagian menunggu coz kaler kegemaran pada kusyen tur

di sana lah darah sy di ambil...tempat yang agak terbuka dan boleh di lihat dari kawasan menunggu.

Suasana di unit kecemasan...agak tenang..dan tidak mencemaskan...cuba sy jer berada di dalam keadaan risau takut nak jumpa Dr. Dr menerangkan bahawa paru-paru sebelah kanan terkena jangkitan kuman dan tidak serius. Keputusan darah juga baik...waupon berada menghampiri paras berjaga-jaga...tekanan darah juga agak tinggi. Dr juga menyarankan agar makan pokok lidah buaya + gula batu untuk meredakan batuk.
Alhamdulilah semuanya berada di dalam keadaan yang tidak mencemaskan...insyallah nasihat dari Dr akan sy turuti.....

Aktiviti terakhir di hospital adalah mengisi perwot setelah hampir 3 jam menunggu  ...sebelum ni tak lalu makan ...coz takut result x-ray dan darah..