Semalam hari pertama Syamil masuk tahun satu,.Mama rasa terkilan sebab tak dapat hantar syamil pergi mendaftar ke sekolah . Mama tahu hari pertama persekolahan adalah hari orientasi sekolah kerana pihak sekolah tidak menjalankan orientasi tahun satu lebih awal seperti kebiasaan yang dilakukan oleh sekolah-sekolah lain. Mungkin pihak pentadbiran beranggapan tidak perlu diadakan memandangkan pihak guru terpaksa bekerja lebih awal.
Tetapi ...Syamil tak tahu...mama sudah berusaha memohon cuti 3 minggu lebih awal untuk menghantar Syamil..bukan mama tak prihatin tetapi pihak sekolah tidak dapat menerima alasan mama ...walau pun mama beri alasan ayah terpaksa menghadiri mesyuarat pada hari itu...sekolah lebih memerlukan mama...kalau mama tak ada...sekolah tidak dapat berjalan lancar...kalau mama tak ada.... sekolah akan lumpuh..walau pun mama hanya seorang setiausaha SPM..tak der kaitan dengan guru kelas...tak der kaitan dengan penyelaras tingkatan yang terpaksa mengagihkan pelajar tingkatan 4 ke kelas masing-masing...tak der kaitan dengan membuat jadual waktu guru dan kelas. Alasan pihak sekolah ..mama tak layak diberi cuti yang hanya 7 hari setahun itu kerana mama belum masuk kerja lagi...7 hari dibahagi dengan 11 bulan hanya 0.3 hari sebulan..ini bermakna mama kena kerja selama 4 bulan baru layak mengambil cuti 1 hari.
Bos juga menyarankan kepada mama supaya memanggil opah atau makcik syamil untuk menunggu Syamil di sekolah..tapi mama tak sanggup..sebab opah sakit lutut..takkan nak suruh opah jalan kaki ke sekolah yang jaraknya agak jauh juga...tapi nasib baik syamil mempunyai angah yang penyayang...walau pun di rumah korang berdua macam anjing dengan kucing...angah tolong ajar syamil guna tandas...tolong syamil belikan makanan di kantin..ajar syamil beli makanan yang menyenyangkan..walau pun mama terlupa nak pesan pada angah..
Entah apa malangnya nasib seorang guru seperti mama nie...kalau hal berkaitan anak dan persekolahan selalunya mama tak dapat hadir...kalau dulu hari prestasi sekolah...kalau diadakan pada waktu persekolahan selalunya apabila meminta izin untuk pergi...pihak sekolah akan menyarankan agar si bapa yang pergi...sering mama tidak dapat berbincang dengan guru secara profesional tentang masalah pembelajaran anak sendiri.
Sekian sahaja n3 sempena tahun baru nie