Sejambak bunga yang mekar dan cantik akan menjadiakan satu hadiah yang istimewa pada sesiapa yang memilikinya. Tidak kiralah anda akan dapat bunga tersebut dari sesiapa yang penting ia mungkin dari seseorang meminati anda dalam diam, atau mungkin dari pasagan anda.
Namun sedarkah anda bahawa tumbuh-tumbuhan alam seperti pokok-pokok, tanaman sayur dan bunga-bungaan sejak dahulu lagi sudah mampu memberikan kuasa pelbagai sumber kepada manusia.
Bermula dari tempat perlindungan, makanan pakaian, ubat-ubatan, oksigen dan sebagainya. Selain itu tumbuh-tumbuhan berupa bunga-bungaan juga berupaya menjadikan manusia mampu mengungkap apa yang sedang dirasakan ketika itu sama ada untuk melahirkan rasa cinta, untuk berkongsi keseronokan atau untuk menyampaikan rasa duka.
Kehebatan dan keajaiban tumbuh-tumbuhan terutama bunga-bungaan ini akan membuatkan ada pihak terus menerus membuat kajian penyelidikan bagi mengaitkan tumbuh-tumbuhan dengan kesihatan manusia sedunia.
Pada tahun 1996 seorang pengkaji selidik telah menunjukkan bahawa jika sebuah rumah atau pejabat yang dihiasi dengan bunga-bungaan atau tanaman berjaya membantu mengurangkan tekanan darah dan denyutan nadi kepada penghuninya. Tahukah anda dalam kajian terhadap penyakit kanser payudara yang menjalani aktiviti rawatan seperti berjalan-jalan di kebun bunga, sebenarnya akan berjaya meningkatkan kemampuan pesakit tersebut untuk menumpukan perhatian yang bakal dijalaninya sepanjang pembedahan tersebut dan ia berjaya menurunkan stress pesakit itu.
Kajian yang pernah juga dilakukan oleh Dr. Roger Ulrich juga menunjukkan bahawa pesakit yang menjalani pembedahan, telah berjaya sembuh dengan cepat setelah pesakit itu sering melihat tumbuh-tumbuhan dari tingkap wadnya. Tahukah anda pesakit tersebut sebenarnya hanya mengambil masa yang agak singkat untuk tinggal di Hospital tersebut ekoran dari keharuman bunga-bungaan dan tumbuhan.
Kajian lain yang dilakukan oleh Diane Relf dari Institut Virginia pula menunjukkan bahawa:-
- Bunga boleh menghindarkan kita dari keletihan mental dan meningkatkan self esteem.
- Sesetengah orang juga boleh berkomunikasi dengan lebih baik apabila ada bunga atau tumbuh-tumbuhan segar di sekitar mereka, dan mereka juga cenderung untuk makan dalam kuantiti yang banyak ketika bunga-bunga tersebut segar dan cantik berada di atas meja.
- Ketahuilah juga bahawa beberapa jenis tanaman berpasu sebenarnya boleh menghilangkan pencemaran udara dalam rumah atau pejabat.
- Menempatkan tanaman atau bunga-bungaan di rumah atau dipejabat juga boleh meningkatkan kelembapan dan mengurangkan pengaruh kepada udara yang kering disekeliling kita.