Followers- Be my friends

Tuesday, February 16, 2010

Makan...makan dan makan lagi

Cuti-cuti panjang begini memang jadi kebiasaan saudara-mara datang bertandang. Kali nie Mak Saudara sekeluarga dr Manjong singgah bermalam selepas menghadiri majlis bertunang di Semenyih.
 Masak simple jer...untuk makan tenghari dan buat laksa penang untuk minum petang.
Diorang sebenarnya memang pakar dlm bab masak memasak nie..siap wat katering kecil-kecilan lagik..tapi best gak sebab Pak Chu tak berhenti-henti meratah gulai kari daging...sedap katanya..( kembang ati )
Pak Chu sedang sibuk membantu tuan umah memasak...agaknya lambat bebenor menyediakan juadah sarapan kut..
Pada sebelah paginya kami mengadakan kenduri tahlil untuk arwah abah dan opah lebih kurang dlm kul 8.30 pagi....makanan simple jer..pulut kuning..nasi goreng..kow tew goreng..sambal udang..ikan masin.
Tak panggil sapa-sapa hanya tetamu yang bermalam di rumah sahaja..kebetulan adik Mr. K sampai kul 12.30 am malam sebelumnya dan singgah bermalam juga.
Sesi bergambar sebelum bertolak pulang ke Manjong, Setiawan, Perak.