Followers- Be my friends

Tuesday, February 23, 2010

Rezeki adalah urusan Allah

Allah Maha Berkuasa,

Rezeki datang dari Allah Yang Maha Pemurah.Allah lah punca segala rezeki.Tiada siapa yang boleh memberi rezeki kecuali Allah.Tiada siapa pula boleh mencapai rezeki kecuali atas izin-Nya.Jika Allah telah mengizinkan seseorang mendapat rezeki,maka rezeki itu akan datang kepadanya walau cuba ditahan oleh seluruh penduduk alam semesta.Jika Allah tidak mengizinkan seseorang itu mendapat rezeki,maka tiadalah rezeki baginya walau seluruh malaikat,jin,syaitan dan manusia berserta seluruh alien (jika ada) cuba untuk menyampaikan rezeki itu ke mulut orang itu.

Rezeki adalah sebab untuk manusia hidup dengan baik dan selesa di dunia ini.Tafsiran rezeki yang asas ialah makan minum.Selebihnya ialah pakaian,tempat tinggal dan anak isteri serta apa yang mampu dinikmati oleh diri kita.Jika ditafsir lagi dengan lebih lagi berdasarkan gaya hidup kini,adalah peti sejuk,komputer,penghawa dingin,motorsikal,kereta dan lain-lain.

Ini juga rezeki dari Allah.Jika anda tinggal di bandar,kereta hampir menjadi keperluan anda berbanding dengan Pak Ngah di kampung.Tanpa kereta,anda mungkin terpaksa bersesak dan menghirup bau penghawa dingin di dalam LRT.Jika tempat kerja anda jauh dari laluan LRT atau pengangkutan awam lain,anda terpaksa membeli kenderaan sendiri,sekurang-kurangnya motorsikal.

Anak-anak juga rezeki dari Allah.Setiap anak yang dilahirkan telah ditentukan rezekinya oleh Allah.Sebab itu setiap anak yang dilahirkan ada rezekinya dan ibu bapanya sama-sama 'menumpang' rezekinya juga.Tetapi hari ini ada orang yang buang anak.Maknanya dia juga telah buang rezeki yang dikurniakan oleh Allah bersama-sama rezeki yang mengikuti anak tersebut.Entah-entah bayi merah yang dibuang di lubang tandas,tong sampah,surau dan sebagainya itu adalah bakal peguam,jurutera,pensyarah,ahli perniagaan,ulama atau perdana menteri.Siapa tahu?

Setiap orang berlainan tahap rezekinya.Seorang pemuda zaman batu telah mendapat seekor biawak pasir untuk hidangan makan malam keluarganya,manakala kawannya hanya mampu mendapat dua ekor ular kapak sahaja.Ada orang pada zaman Tamadun Sumeria hanya menaiki keldai sahaja,tetapi jirannya mampu menaiki kotak kayu yang dibubuh roda dan ditarik dengan keldai.Maharaja China mampu memakan sup daging angsa manakala petani miskin di Xian hanya mampu memakan belalang goreng sahaja.Seorang pekerja tol mampu menikmati nasi kandar ayam madu manakala seorang ahli politik hanya mampu memakan nasi kosong berlaukkan dua biji telur dan sedikit kuah.Ada orang yang hanya mampu memandu Proton Saga BLM manakala ada orang memandu Maserati Merak SS.

Ada orang yang mendapat awek secantik Diana Danielle manakala ada yang mendapat gadis secomel Enot.Seorang yang miskin,yang hanya mampu menyediakan lauk siput babi kepada anak-anaknya mampu melahirkan 10 orang anak sebaliknya seorang peguam yang berjaya hanya mampu memiliki dua orang anak.Robert Kuok dikurniakan harta RM42.7 bilion manakala Syed Mokhtar AlBukhary hanya mampu berpuashati dengan aset bernilai RM6.01 bilion.Seorang mat rempit yang berkerja sebagai 'despatch' di bandaraya hanya memiliki aset sebanyak RM42.7 dan digelar 'Nan Sempit' manakala rakannya di kampung yang menternak kambing berjaya menjana pendapatan sebanyak RM6.01 ribu setiap bulan.Seorang pelajar universiti hanya mampu makan megi kari sahaja di hujung bulan manakala seorang pekerja restoran McDonalds mampu memakan burger Prosperity dan nugget udang berperisa BBQ walau tanpa wang pun di poketnya!

Fikirkan apa yang akan Obama Tuan Presiden Amerika makan malam ini.Fikirkan apa yang saya dan anda akan makan malam ini.Semasa memikirkan apa yang anda makan malam ini,fikir...apa yang dimakan oleh kanak-kanak yang menjadi yatim piatu di Palestin makan malam ini....

Seorang yang berusaha belajar bersungguh-sungguh dan kemudian membuka perniagaan yang mantap dengan segala kemahiran dan ilmunya kemudian jatuh muflis tidak boleh menyalahkan Allah yang sepatutnya memberi kekayaan kepada dia kerana dia telah berusaha bermati-matian.Ini kerana Allah memberi rezeki kepada makhluk-Nya bukan mengikut protokol apa-apa.Bukan menurut peraturan apa-apa.Bukan menurut hukum apa-apa.Bukan mematuhi rumus dan etika tertentu.Biarlah dia berusaha macam mana sekalipun atau malas melepek,itu bukan faktor yang mempengaruhi Allah untuk memberi rezeki kepada hamba-hamba-Nya. ); ">Nilai rezeki yang berbeza antara satu sama lain bukan menunjukkan tahap iman seseorang.Adakah seorang kaya berharta lebih disayangi oleh Tuhan berbanding seorang fakir miskin?Ariel Sharon,pembunuh dan penjahat yang kejam lebih baik kehidupan materialnya dari seorang Palestin yang syahid dengan wajah tersenyum-senyum.Namun,adakah dia berhak mencium syurga Allah selepas menyapu wajahnya dengan darah kanak-kanak Palestin?

Adakah seorang ahli korporat berasa lebih baik amalnya berbanding seorang ustaz sekolah pondok?

Tidak sama sekali.Jumlah harta atau rezeki yang diberi oleh Allah bukan menunjukkan iman dan amalnya.Rezeki adalah urusan Allah.Tiada siapa yang boleh mengajar Allah memberi rezeki kepada makhluk-Nya.Tiada siapa yang boleh menetapkan rezeki untuk dirinya.Seorang ustaz yang alim ulamak tidak boleh menyangka bahawa dengan amalnya yang membukit,dia berhak lebih kaya dari Ananda Krishnan,tauke Maxis dan Astro.

Seorang yang berusaha belajar bersungguh-sungguh dan kemudian membuka perniagaan yang mantap dengan segala kemahiran dan ilmunya kemudian jatuh muflis tidak boleh menyalahkan Allah yang sepatutnya memberi kekayaan kepada dia kerana dia telah berusaha bermati-matian.Ini kerana Allah memberi rezeki kepada makhluk-Nya bukan mengikut protokol apa-apa.Bukan menurut peraturan apa-apa.Bukan menurut hukum apa-apa.Bukan mematuhi rumus dan etika tertentu.Biarlah dia berusaha macam mana sekalipun atau malas melepek,itu bukan faktor yang mempengaruhi Allah untuk memberi rezeki kepada hamba-hamba-Nya.