Assalamualaikum kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. N3 kali nie ingin sy kongsikan bersama tentang adab berjiran, antara kewajiban terhadap jiran adalah:
1. Tidak lalai daripada mengambil berat dan mengawasi kediaman jiran ketika tuannya tiada di rumah, menghalang sekirannya berlaku perbuatan khianat dan sebagainya.
2. Pejamkan mata daripada melihat sesuatu kehormatan/ aurat jiran sekiranya berlaku secara tidak disengajakan lantaran tiupan angin atau terjatuh tergolek.
3. Apabila lalu di depan rumah jiran yang pintunya terbuka, janganlah liar biji mata kamu untuk mengerling ke dalam rumah untuk melihat gaya dekorasi atau apa sahaja kerana di dalam rumah milik seseorang itu mempunyai kehormatan dan terdapat pelbagai rahsia yang tidak boleh diceroboh walau dengan kerlingan mata.
4. Menghindari perbuatan atau sikap yang boleh menyakiti hati jiran seperti suka menyindir dan juga lain-lain perbuatan yang boleh mencederakan hati orang lain.
5. Jangan sesekali menghalang jiran daripada mendapat apa jua manfaat hidup berjiran seperti kemudahan dan keselesan menghirup udara segar atau membuat ampaian jemuran kain dan sebagainya...terutama kalau jiran sidai kain di pagar yang berkongsi bersama...biarkan dia kerana mungkin dia belum cukup bajet untuk membeli ampaian lagi...
6. Nabi s.a.w ada bersabda " Jangan sakiti jiran dengan bau masakan dari dapur rumah kamu". Maknanya hati jiran tersinggung menghidu bau masakan yang menyeleraka, tetapi kempunan kerana tidak dapat menjamahnya...maka rawatlah hati jiran dengan menghantar ke rumahnya semangkuk masakan yang baunya menggoda seleranya itu.
Cerita 1:
Menurut suatu riwayat seorang sasterawan masyhur bernama Ibnu al- Muqatto', suatu hari telah sampai ke pengetahuannya bahawa jirannya hendak menjual rumah disebabkan beban hutang, sedangkan Ibnu al-Muqatto" pernah menumpang berteduh sebentar di rumah tersebut. Lantaran beliau terasa terhutang budi lantas mengeluarkan wang daripada simpanannya dan melunaskan hutang tersebut.Begitu halusnya perasaan seorang yang tahu menghargai nilai budi sehingga sanggup membayarkan hutang agar rumah jirannya tidak terjual.
Cerita 2:
Mengisahkan tentang seorang yang mengadu hal bahawa terlalu banyak tikus di rumahnya. Maka seseorang telah menasihati agar beliau membela kucing nescaya tikus akan berkurangan. Meskipun beliau mengakui bahawa nasihat tersebut amat berkesan untuk menghalau tikus, namun beliau berfikir sejenak; semestinya tikus-tikus itu akan berpindah ke rumah jirannya. Lantas beliau terfikir kesan daripada cadangan itu apa yang tidak disukainya tidak sepatutnya terjadi terhadap jirannya juga. Maka beliau pun membatalkan niatnya untuk memelihara kucing.
Cerita 3:
Apabila seorang alim diberi tahu sederet rumah hangus terbakar kecuali rumah Tok Alim, maka orang menyampaikan berita itu merasa sangat hairan kerana Tok Alim tidak mengucapkan syukur alhamdulilah. Sebaliknya beliau merasa sangat dukacita kerana kediaman jiran-jirannya hangus terbakar, maka adalah tidak wajar bagi beliau mengucapkan syukur ketika jiran-jirannya ditimpa musibah kebakaran. Jika ucapan syukur tersebut didengar oleh jiran-jiran maka mereka akan tersinggung dan berkecil hati.
Trial SPM 2012
12 years ago