Followers- Be my friends

Tuesday, April 20, 2010

Dari Jepun dia datang...

Alhamdulilah sudah setahun Pn. E-na (e-nalovelykitchen.blogspot) berblog dengan dunia masakan. Terima kasih juga kerana sudi menjemput sy menerima award follower ini. Memang suka melihat gambar tulip dan memang di Jepun terkenal dengan bunga-bungaan yang cantik2 belaka.

Semasa membaca blog beliau, barulah sy terperasaan , rupa-rupanya saya juga sudah hampir setahun terjebak di dalam dunia blog ini...tempat mencurahkan perasaan suka dan duka. Sy tak kisah sapa sudi  yang membacanya tetapi biarlah bukan menjadi fitnah terhadap diri saya.

Dikesempatan ini sy ingin merakamkan jutaan tahniah dan diharapkan Pn.E-na yg berada di Nagoya, Jepun , sentiasa menghidupkan alam blog masakan beliau dengan masakan yg enak2. Mungkin satu hari nanti akan terbit pula Buku Masakan yang ditulis sendiri oleh Pn. E-na.