Bangun kul 5.00 pagi tadi , terpandang di atas meja komputer ( mcm tau-tau jer, mama memang suka buka komputer waktu pepagi buta) sepucuk surat bersampul coklat...seperti masa zaman bercintan-cintun dulu....
Sangat-sangat terharu kerana angah baru darjah 3, merancang satu kejutan yang tak terfikir oleh alongnya yang sudah tingkatan 2.....
Angah memang seorang anak bijak sesuai dengan namanya Haziq Iqbal...
Cukuplah dengan ucapan dan peluk cium...tidak perlulah angah bersusah-payah merancang mengepos kad Hari Ibu nie kepada mama memandangkan kita masih lagi serumah dan sebilik.....
TERIMA KASIH ANGAH.....MAMA SANGAT TERHARU...