Selamat Hari Bapa kepada yang telah mendapat gelaran abah, ayah, dady, @ apa2 jer lah...semoga anda menjadi bapa yang mithali dan menyayangi keluarga anda.
Ucapan ini juga ditujukan khas buat adik saya kerana buat kali pertamanya dia terpaksa menjaga anak yang berusia 1 tahun sorang-sorang diri ( semalam dia datang ke rumah menghantar anaknya atas urusan kerja) kerana isterinya balik ke Medan, Indonesia selama seminggu coz anak tirinya mengalami demam panas di sana.
Baru dia tahu bertapa susahnya seorang ibu menjaga anak yang tak pandai bercakap tetapi asyik merengek sahaja,dan hanya menyusu badan. Saida hanya mengenali orang disekelilingnya menyebabkan kami anak beranak ( jarang berjumpa) semalam di dalam keadaan huru-hara. Saida hendak berdukung sahaja bermula pada waktu maghrib sehingga lah ke tengah malam. Puas kami memujuk dan bergilir-gilir mendukungnya tetapi dimulutnya hanya menyebut yah...yah...yah.....
Nasib baik ayahnya pulang pukul 12 tengah malam , boleh lar kami tidur dengan amannya. Rupa-rupanya mereka anak beranak tidak tidur dengan lenanya kerana Saida teringatkan susu ibunya. Kesian dia.
Trial SPM 2012
12 years ago