Followers- Be my friends

Sunday, June 20, 2010

Set Bilik Tidur


MENCIPTA dekorasi terbaik untuk anak berupaya mencetuskan suasana yang diimpikan selari tahap perkembangan usia mereka.

Rancang dengan teliti pembentukan bilik berkenaan kerana ia sememangnya menjadi tempat anak bermain, belajar dan tidur.

Kreativiti menyusun letak perabot dan aksesori hiasan di bilik anak memberikan suasana dan kepuasan tersendiri tanpa perlu mendapatkan khidmat pakar hiasan dalaman.

Tempatkan kedudukan perabot utama termasuk almari, katil dan meja belajar menerusi perancangan teliti bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Pemilihan langsir sesuai amat penting bagi tujuan keselamatan manakala bentuk praktikal dan ringkas boleh mengelakkan kejadian tidak diingini.

Di bilik tidur si kecil, rekaan langsir praktikal, tidak terlalu labuh dan dihias menarik dengan rona ceria mampu menjadi terapi semula jadi kepada perkembangan minda anak.

Aspek praktikal dan keselesaan perlu diambil kira khususnya kerana dikhuatiri terbeli perabot yang kurang sesuai dan membuatkan ruang kelihatan sarat atau padat.

Gunakan kotak dengan reka bentuk atau bahan terpakai yang menarik untuk menyimpan barangan permainan atau pakaian.

Perabot rona cerah seperti putih dan krim amat digalakkan dalam menyerlahkan keceriaan bilik si kecil dan meningkatkan tahap perkembangan minda mereka.

Wujudkan sedikit ruang untuk si kecil bermain dan belajar dengan menjadikan permaidani atau hamparan ambal sebagai kemasan lantai sekali gus memberikan keselesaan.

Ruang di bawah katil pula boleh dijadikan tempat menyimpan barangan permainan yang jarang digunakan bagi mengurangkan suasana berserabut.

Langkah berkenaan bukan sekadar menjimatkan ruang malah mewujudkan suasana kemas dan bersih sepanjang masa, sekali gus mendidik anak untuk lebih berdisiplin.

Sementara itu, penataan bilik bayi juga penting bagi mewujudkan suasana sesuai seiring usianya yang baru mengenali dunia.

Pastikan katil bayi jenis tahan lasak dan tidak berbucu tajam sementara kemasan catnya pula tidak mengandungi bahan kimia atau toksin berbahaya.

Cat dinding perlu disiapkan sekurang-kurangnya sebulan sebelum kehadiran bayi dan pastikan kertas dinding serta cat tidak memudaratkan bayi.( Sumber my metro)




Set anak dara sunti yang berat badannya tidak melebihi 20 kg...kalau lebih mau roboh katil nie...nampak seperti alat permainan tapi sebenarnya boleh digunakan...
Kalau banyak duit boleh beli...tapi kalau bajet ciput baik beli yang boleh digunakan sehingga berat badan mencecah 60 kg ke atas....nak jimat..


Umpama puteri dlm cerita kartun lak..






Dulu ada jumpa benda dlm satu blog...lepas tur lupa lak nak follow...hilang tanpa dikesan.Masa tur harga yang di offer hanya RM 60.00 sahaja...
Ada sapa2 boleh bagi tahu ...blog mana yang jual benda nie..kalau boleh biarlah blog malaysian...takmoh kalau dari negara lain....




Tempat simpanan barang permainan