fuh...punya lah lama laman ini terbiar dengan rumput liar, maka sejak minggu lepas Mr.K sibuk menolong sama mencangkul dan meratakan pasir yang berlebihan selepas menyimen poch kereta bulan Julai lalu.
Ni pun lepas beritahu jiran sebelah ( off course member satu jabatan ) yang Mr. K tak pernah mencabut rumput barang sehelai pun sejak berpindah masuk.Jiran sebelah itu punya lar rajin..cabut rumput dari pukul 7.00 pagi sehingga tengahari dengan menggunakan tangan sendiri...siap bercekak-cekak rumput di susunnya.
Diorang jugak spesies seperti kami gak ...pulang menjenguk rumah seminggu sekali atau dua tiga minggu sekali.
Selepas meratakan pasir yang berbau taik kucing jiran sebelah (dah tentu tak tahan dengan bau harumannya - salah satu faktor Mr.K terpaksa meratakan pasir ini ketika di dalam bulan puasa)
Kami pergi ke area Sungai Buluh, survey step stone dan rumput .
Mungkin rezeki juga- harga rumput hanya RM 1.30 sekeping sahaja, walaupun jenuh minta kurang ( tapi sebenarnya sangat2 bersyukur kerana kedai dulu dapat kurang setakat RM 1.70 jer...banyak boleh jimat.
So..kali ni siap order 180 keping rumput karpet. ( wlpon hati berkenan sangat dengan rumput mutiara! ).
itu pewot yang kedepan itu adalah Mr.K sibuk bertanya pokok mempelam lak....