Walaupun sudah berlaku pemergian seorang pelajar akibat sindrom kejutan denggi pada tahun lepas, tetapi masih ramai yang tidak mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut. Patutlah pagi itu terasa sangat "asing" apabila para pekerja pembersihan sibuk menceduk air dari takungan di dalam 2 buah kolam disekitar sekolah. Sedangkan selama ini hati sudah terdetik, takungan air yang begitu lama dibiarkan (allahualam jika diletak ubat anti denggi) tanpa seekorpun ikan. Rupa-rupanya seorang lagi pelajar telah meninggal dunia akibat virus tersebut.
Semalam , sekolah telah didatangi inspektor kesihatan untuk membuat pemeriksaan jentik-jentik di persekitaran sekolah, tanpa diduga tempat yang tidak sepatutnya iaitu di antara lantai koridor dan tembok terdapat satu lurah kecil yang tidak sempurna cara menurapnya, memberi peluang kepada nyamuk untuk membiak disitu.
Hari ini , 2 orang " Orang Kesihatan" datang untuk memberi " nasihat " kepada pengetua kerana sudah 6 orang pelajar menghidap demam denggi. Sesuatu perlu dilakukan, mungkin kalau bukan di rumah, tempat kedua pelajar adalah disekolah.So....cikgu dan warga sekolah perlu memainkan peranan untuk menghindarinya dari terus merebak.
Tindakan Semasa Berlaku Wabak
Operasi Semburan Kabus ( ULV )
Perkara yang perlu anda lakukan semasa aktiviti semburan asap dijalankan :
01. Pintu dan tingkap hendaklah dibuka
02. Segala makanan dan bahan makanan ditutup
03. Api di dapur hendaklah dipadamkan
04. Binatang peliharaan hendaklah dibawa keluar rumah
Anda boleh kembali memasuki rumah selepas 15 -20 minit semburan dijalankan......
Operasi Semburan Asap ( Fogging )
Perkara yang perlu anda lakukan semasa aktiviti semburan dijalankan :
01. Segala makanan dan barang makanan di tutup
02. Semua penghuni dan kanak-kanak dibawa keluar rumah
03. Segala api di dapur hendaklah dipadamkan
04. Tutup semua pintu dan tingkap
05. Binatang peliharaan hendaklah dibawa keluar rumah
Pencegahan dan Kawalan PERANAN ANDA
DEMAM DENGGI adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh kuman iaitu Kuman / Virus yang tersangat halus dan sukar dilihat dengan mata kasar. Orang yang sihat mengidap Demam Denggi melalui gigitan Nyamuk Aedes yang mengandungi Virus Denggi. Demam Denggi seringkali menyerang kanak- kanak di bawah umur 15 tahun (tetapi orang dewasa juga terkena). Demam Denggi dianggap paling bahaya kerana setakat ini belum ada ubat untuk merawatnya dan boleh menyebabkan kematian. Cara yang paling berkesan untuk menjauhkan penyakit ini ialah dengan mengawal pembiakan Nyamuk Aedes.
Tanda-Tanda Demam Denggi
1. Demam Kuat Yang Mengejut
2. Sakit Teruk Pada Tulang-tulang, Otot-otot Dan Biji Mata
3. Berdarah Pada Badan, Hidung Dan Mulut
Antara Tempat-Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes
- Perangkap semut
- Tempayan
- Pasu Bunga
- Kolam mandi
- Timba / baldi
- Tayar buruk
- Saluran air hujan
- Tempurung kelapa
- Botol atau gelas pecah
- Tempat-tempat air bertakung
Mengenali Nyamuk Aedes
1. Mempunyai satu atau lebih jalur putih di atas belakangnya ( atau dadanya )
2. Dikenali dengan belang hitam-putih di kakinya.
3. Biasanya menggigit pada waktu siang ( awal pagi dan senja )
4. Membiak di dalam air jernih yang bertakung seperti :
- pasu-pasu bunga
- tempayan,
- kolam mandi
- tayar-tayar buruk
- perangkap semut
- saluran bumbung rumah
- dan lain-lain bekas simpanan air.
5. Tidak membiak di air kotor seperti di dalam longkang, parit, lecah dll
Bagaimana Demam Denggi Boleh Merebak ?
1. Pesakit Demam Denggi Mengandungi Kuman Denggi Di Dalam Badannya
2. Nyamuk AEDES Mengigit Pesakit Demam Denggi
3. Nyamuk AEDES Membawa Kuman Demam Denggi Di Dalam Badannya
4. Seorang Yang Sihat Digigit Oleh Nyamuk AEDES
Trial SPM 2012
12 years ago