Followers- Be my friends

Saturday, September 4, 2010

Ke DS lagi untuk Kali ke-6







Hari ini menghantar suami masuk wad lagi untuk pembedahan kali ke-6. Diharapkan ini adalah pembedahan kali terakhir, dah banyak Mr.K  kumpul MC sejak dari  bulan Mei hari tu disebabkan penyakit fistula in ano.
Dr tak berani ambil risiko jika buat secara tergesa-gesa, maka jika beliau rasa sudah sampai ke tahap selamat untuk dipotong, maka beliau akan memotongnya, kalau tidak takut terpotong otot kemut di bahagian anus...lagi parah...takut meleleh air najis seumur hidup. Alhamdulilah...segala rasa sakit yang ditanggung oleh Mr. K akan berakhir tidak lama lagi. Tidak perlu menampal bahagian lubang yang mengeluarkan nanah setiap hari.
Bak kata Mr.K...macam perempuan datang bulan...itu pun lagi senang...seminggu dalam sebulan, tapi dia sudah 4 tahun asyik menampal bahagian lubang yang Dr buat sejak tahun 2006 lagi.

Aksi sebelum masuk OT, sempat membaca suratkhabar, perasaan takut sudah hilang, kalau dulu-dulu....bila sebut nak operate, sudah tidak lena tidur dua tiga malam..dan pernah buat pertama kalinya dia tidak hadir pada hari yang sepatutnya ada operation.
Sebaik sahaja Mr.K ditolak ke dalam OT...ambil peluang menghiburkan hati di bahagian lobi hospital..mendengar dendangan lagu-lagu raya dan lama.

Sambil itu boleh bershopping raya tanpa perlu bersesak-sesak seperti di jalan TAR.