Followers- Be my friends

Friday, October 29, 2010

Terapi Minda






Mari-mari mari.....murah....murah....murah...
Wah....wa sudah terbekenan sewaktu melawat kawasan di Romantika semalam....
Banyak sangat frame gambar terbaru.....
Banyak sangat yang chantek-chantek..
Bikin hati tak keruan.....
so ...sempat sambar 2 ketoi frame dengan jumlah RM 30.00 henggit dan
mug BeSo punya dengan harga Rm 5.00 satu......


Tuesday, October 26, 2010

~Munge Chinta sy~

Untuk menunaikan hajat Pn. Aina , maka disini sy tepekkan gambo munge2 chinta sy lak..
Tak berapa banyak yang mcm munge matahari tur cuma ada tiga tangkai...beli kat kedai 2 henggit...tapi harganya bukan lar 2 henggit...lebih kurang...RM 4.5 kut...lupa pulak...


Tapi yang paling sy sayang ada bunga berbentuk rose nie...cuma ada 2 tangkai sahaja...harganya mahai bebenor lebih kurang RM 15.00 seketoi...beli di kedai bunga di Hosp. Damanasara..
tur lar sebab mahai...tempat org elit...kami jer tak berapa nak elit pergi ke sana coz untuk rawatan Mr.K
Ingat nak beli setiap kali Mr.K masuk wad...tapi baru sempat beli 2...dah tak jual dah....hu..hu..hu...

Ta usoh lar tanya cmer saya menghiasnya...asalkan boleh tegak ...sudaaaaa.....

Sunday, October 24, 2010

Jalan-jalan bayar hutang

Alahai...teringin gak nak berposing dalam keta mcm blogger lain...
Tengah memandu pun masih sempat mempamerkan muka tension yer Mr.K..lihat lar bibir anak daro pun yang sama kaler dengan mamanya...
Kali nie terjah satu restauran di Pekan Rawang : Restauran De- Abeng....sluppp...sodapnyaaaaa..
terutama ayam kampung berempah...sabtu semalam dah makan kat situ...dah naik kereta baru teringin belum bayar nasi tambah yang kemudian ambil...so hari nie datang balik, kunun2 nak bayar yang semalam punya..alhamdulilah nasib baik tokey kedai tur halalkan...
Restauran nie hanya buka pada waktu tengahari sahaja...memang ramai pelanggan dan makanannya memang banyak dan lazat-lazat belaka. Hargannya pun boleh tahan: Nasi ayam baru RM 3.50 sahaja..





Segan pulak nak snap gambar banyak2....nanti apa lak diorang kata.



Banyaknya ikan!

Assalamualaikum....post kali nie adalah N3 basi sewaktu balik beraya dulu. Masa pergi ke rumah datuk sebelah suami, ternampak banyaknya ikan puyu yang habitatnya di kawasan sawah padi.
Mak Angah sanggup menangkap ikan ini sewaktu mengeringkan air dlm sawah...masa tur semuanya kecil2 lagi..
Nampak tak mungkin beratus-ratus ekor atau mencecah ribu ekor...ini pun sudah disedekahkan kepada saudara-mara yang datang beraya.
Kami pun tak ketinggalan mengambil barang 20 - 30 ekor untuk di bawa pulang ...


Sebahagian koleksi di rumah...ada lagi tapi ada yang mati ...
Habitatnya tidak seperti ikan mas yang memerlukan air tanpa klorin....
sangat mudah dijaga tapi kena tukar air 2-3 hari sekali...kalau tidak satu rumah bau air longkang.

Thursday, October 21, 2010

Best gak lagu nie....



Penyanyi: Suhaimi Mior Hassan
Tajuk Lirik Lagu: Kalau Berpacaran (Feat. Ana Raffali & Altimet)
Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang
Chorus
Boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang bertambah sayang
Biar malu-malu biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman
Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya
Ulang Chorus

Yeah kita sambung cerita
kalau kamu berdua aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah
Ulang Chorus
Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
Bertambah sayang (nanti confirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
Biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)






BUDAYA REMAJA BERPASANGAN 

SENARIO sekarang tampak remajalah yang paling banyak memerlukan cinta 
untuk melengkapkan hidup mereka berbanding zaman lalu. Sewaktu saya 
di bangku sekolah rendah dahulu, belum pernah kedengaran pelajar sekolah rendahbercinta, malah jarang sungguh saya terdengar pelajar menengah atas bercinta. 

Malah pemandangan berpegang-pegangan tangan di kalangan pelajar lelaki 
dan perempuan tidaklah tidaklah ketara seperti ketika itu. Kalau sudah mempunyai ikatan pun, mereka tidak membuat perkara yang tidak senonoh terang-terangan. 

Tetapi sekarang seolah-olah cinta, sayang dan rindu kepada bukan mahram adalah satu budaya. Malah yang malangnya ada menjadikan 'cinta' sebagai platform untuk mendapatkan sesuatu sama ada dalam bentuk kepuasan nafsu, materialistik, batu loncatan atau sebagainya. Tapi bagi mereka yang tahu memanfaatkan cinta, ia boleh menjadikan seseorang itu semakin mendekatkan diri kepada Penciptanya. Tapi ia merupakan bilangan statistik yang sedikit. 

Sesungguhnya teori cinta Laila dan Majnun adalah tidak tepat. Lihatlah pendekatan dalam cerita Winter Sonata, masih ada malah terserlah unsur material di dalamnya. 

Tome Pires dalam pengkajiannya tentang kebudayaan Asia mengatakan orang Asia umumnya dan orang Melayu khas memang gemar bercinta. Malah ada kala perkelahian berlaku sesama mereka akibat perebutan cinta seorang wanita/lelaki. 

Teori ini sememangnya kita tidak menyangkalkannya. Malah sekiranya Islam tidak tersebar ke Nusantara, maka teori tersebut benar 100 peratus. Lihatlah sekeliling terutama di institusi pengajian rendah, menengah, tinggi baik swasta ataupun awam. 

Budaya berpasangan wujud. Budaya ini telah dicemari dengan wacana budaya 
berpasangan barat. Apabila berpasangan, suatu kemestian adalah pegang tangan. Ini adalah pelanggaran syariat Islam. 

Pengkajian seksologi manusia melaporkan bahawa 'pegang tangan' boleh mewujudkan penjajahan minda ke atas lelaki ke atas perempuan. Perempuan akan menurut kata lelaki tersebut. Dan bagi lelaki, aktiviti organ seksnya berfungsi lebih aktif sehinggakan kelenjar inferior di otak bertindak tidak normal merembeskan hormon testron sama ada semakin banyak atau kurang. Sekiranya banyak, ia boleh membangkitkan nafsu syahwat seorang lelaki lebih daripada biasa. 

Oleh itu, bagi golongan perempuan elakkan pegang tangan kekasih selagi belum ada ikatan yang halal. Inilah punca mengapa seorang perempuan tidak dapat menghalang kekasihnya daripada melakukan sesuatu di luar batas agama. Sebab mereka (perempuan) seolah-olah terjajah. 


Agama Islam tidak melarang umatnya bercinta, berkasih sayang malah ada ayat al-Quran menggalakkannya tetapi mestilah dengan corak dan cara Islam. Percintaan adalah suatu keperluan dan fitrah manusia, namun pelaksanaannya hendaklah tidak terpesong dari jalan yang benar. Sekiranya salah perhitungan, ia akan mengundang keruntuhan akhlak. 

~Hang Out wif frenz~

Acara makan-makan di Restauran Ken Roger lagi.....
Baru minggu lepas pergi  makan kat sini...
Tapi tak per....Rezeki yang ditolak...
berpegang pada prinsip nie so tak tolak kalau member nak belanja sempena naik gred gaji baru dan meraikan salah seorang rakan yang akan berangkat ke KOta Suci Mekah.
Kali nie acara makan-makan ditaja oleh 3 orang : Raesah, Kamaliah dan Zaharah.

Makan-makan jangan segan2....

Sebenarnya kami keluar seramai sebelas orang..tapi malang kamera cap kambing nie buat lak pulak...kejap-kejap ok...kejap-kejap KO...itu yang gambar pun tak berapa banyak.
Memang geng Makcik Lawa nie semuanya sawan kamera....pantang nampak kuar kamera jer...terus ambik position.


Tur dia Bakal Hajjah( tudung ijo)  yang akan berangkat pada minggu hadapan...semoga beliau mendapat Haji yang Mabrur...

Saturday, October 16, 2010

~Bonus tuk Hot Pink jer~


Berkenan pulak dengan handphone nie..tambahan sekarang memang memanjang je berfb dan berblog.Yang paling penting kaler Hot Pink gitu....
So...bonus yang Tuk Najib beri tur boleh lar beli benda nie sebagai tanda kenang-kenangan.....

Phone C3 ini memang amat ekonomi dari segi harga yang kurang daripada RM500 dan lebih menjimatkan 
masa untuk si pemakai dari segi kepantasan menulis SMS. Setanding dengan Nokia E-Series yang lainnya. Tidak dengan ciri-ciri istimewa daripada sudut reka bentuknya yang menarik dan juga dengan hanya menjadi kelengkapan software sosial di C3 malah C3 juga menawarkan kesambungan Wi-Fi untuk mereka yang tahu menggunakannya, kamera dengan beresolusi 2 Megapiksel, layar skrin 2.4 inci dan menyokong sehingga 8GB simpanan pada kad microSD. Menyokong EDGE, dan belum support untuk 3G.

~Jalan-jalan carik hadiah~

 Sebelum meneruskan misi mencari hadiah sempena Hi- Tea sek....misi mengisi perot menjadi agenda utama. MaLU Pulak nak mengaku nie lah frist time makan di restauran Kenny Roger. Sampai nak order makanan pun rasa kekok...hahaha memang tipikal malaysian lar wa nie....
Last sekali order Round-up platter....nampak cam mabeles jer....
Rasanya ....sedang-sedang sahaja : Refleksinya : Kalau panas lagi sodappppp.....

Air di dalam gambar di atas dengan di bawah nie sama jer namanya : Triple Passion.


Ini lah penaja utama sempena jalan-jalan cari makan : Pn. Diana aka kakak si farah...

Farah si pengerusi MGK paling muda di sek ( tercatat dlm guiness book record sch)
Lepas gi KKHome Deko...sambung lak bershupping di Tesco untuk mencapai target 30 jenis hadiah...
Ternyata kami boleh masuk peraduaan di dalam mencapai target mengikut bajet yang diperuntukan...Baki tinggal sepuloh hingget jer....daripada RM 800.00.Dah namanya CABUTAN BERTUAH...tentulah harga bagi setiap hadiah tur berbeza...kalau dah sama itu tak bertuah...tapi CABUTAN TERPILIH...
Kalau bajet lebih ...boleh lar beli yang lebih berkualiti...tapi malangnya...sponsor kurang.
Ucapan terima kasih kepada para sponsor cabutan bertuah yang sudi menyumbangkan wang mengikut gred gaji anda ( DG 44 ke atas....)
Kalau ikutkan kata Tuan Penasihat, beliau mahukan hadiah yang berharga RM 50 satu...biar skit tapi berkualiti...
Tetapi bagi kami pulak:
 Biar diorang rasa dihargai...daripada balik gigit jari...semua hadiah yang dipilih boleh digunakan dan berbaloi...bukan barang yang tidak berguna.
Dengar criter tahun2 belumnya ada penerima cabutan bertuah yang mencampak hadiah yang diterima kerana merasakan tidak berkualit. Sebenarnya itu terpulang kepada penilaian masing2...kalau rasa tak sesuai , pulangkan semula kepada kami....hahahaha...kami tau nak buat aper..
REZEKI JANGAN DITOLAK!.....


Friday, October 15, 2010

Jumpa juga akhirnya

Hari nie terjah home deko dengan member...tujuan utama adalah untuk membeli hadiah sempena Hi_tea sek yang akan diadakan 2 minggu lagi..
nasib lar diorang ....sapa suh lantik sy jadi AJK nya...so sudah semestinya tempat nie yang pertama dituju....
Terjumpa pulak dengan manik berbentuk bunga rose nie...memang berhajat nak cari benda nie juga...
Syarah pun boleh tolong susun manik nie...sukanya dia...kejap2 tanya warna apa lepas nie...

tara dah siap......



Wednesday, October 13, 2010

Berbaloi tak?????

Semalam tengah sibuk-sibuk wat kerja di opis ( tempat membuzykan diri dikala tak der kelas)..terdengar perbualan jurujual dengan big boss pasal kamus elektronik nie...hati tur memang nak menyampuk...tapi segan lak..nanti beliau kata sibuk pasang telinga ( memang pun!)
entah mcm mana datang sorang member ajak lihat benda alah nie...
uihh...memang lar aden berkenan...tambahan dengan pelbagai fungsinya...
dan yang lebih melatop boleh bayar bulan-bulan tanpa interes...

  walaupun cinonet tetapi skrinnya menawan hati     dengan kaler yang pelbagai....antara fungsi Xpert nie boleh lar baca dibawah nie...



                                                    
XPERT




KEY FEATURES OF XPERT
High Sensitivity Touch Screen
High Quality Human Voice MP3 Pronunciation
High Quality MP3 and MP4 Player
Combination of Powerful Dictionaries
Using  The World Largest Oxford English Chinese Dictionary
FREE Download All Oxford’s UPSR,PMR & SPM Model Test Paper
FREE Download Specialized Dictionaries From Venier Website
4.3” Large Colour Touch Screen
Support SD Card for memory extension
Support Real Player
Support AVI,MPG,3GP,DIVX,DAT,RM,RMVB
Ability To Zoom Font Size To 3 Sizes (small;medium;large)




FUNCTIONS 


 DICTIONARY 
Oxford Advanced Learner’s Dictionary (Eng-Eng)
Oxford Learner’s Thesaurus (Eng-Eng)
Oxford Idioms (Eng-Eng)
New Oxford English-Chinese Dictionary (Eng-Eng-Chi)
Kamus Dewan English-Bahasa Melayu (Eng-Eng-Mal)
Kamus Dewan Melayu-Melayu (Mal-Mal)
Masyarakat Lanjutan (Mal-Chi-Eng)
The Contemporary Chinese Dictionary (Chi-Chi-Eng)
Chinese Idiom (Chi-Eng)
Chinese Malay Dictionary (Chi-Chi-Mal)
Encyclopedia (Eng-Eng)
Picture Dictionary (Eng-Eng)
Malay Proverbs (Mal-Mal)
Malay Thesaurus (Mal-Mal)
Numeral Coefficient (Mal-Eng-Chi)
English Idioms (Eng-Chi)


 MEDIA
Mp3
Mp4
Recorder
PDF Reader
E-book
Album
FC Games
Radio


 LEARNING
Grammar
Topic words
American/British English
Phonetic
Grammar Practice
Vocabulary Practice
Irregular Verbs
Conversation
Chinese Character Learning
Information
Two-way translation
Abbreviation


 TOOL BOX
File management
Power management
System setting
Language setting
Handwriting setting
Password setting
USB Link


 PDA
Phone book
Memo
Calendar
World Time
Alarm
Stopwatch
Timetable
Standard Calculator
Scientific Calculator
Unit Convertor
Currency Convertor
Paint





And get 1 free ( not free at all.....+ RM 200 )

-

-

-

-

-

 Eleksis pro for my kids...tak leh bagi yang mahal punyer...takut lak rosak...so mama diorang jer lah yang guna...hak...!