Followers- Be my friends

Thursday, October 21, 2010

Best gak lagu nie....



Penyanyi: Suhaimi Mior Hassan
Tajuk Lirik Lagu: Kalau Berpacaran (Feat. Ana Raffali & Altimet)
Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang
Chorus
Boleh pandang-pandang jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang bertambah sayang
Biar malu-malu biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman
Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya
Ulang Chorus

Yeah kita sambung cerita
kalau kamu berdua aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah
Ulang Chorus
Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
Bertambah sayang (nanti confirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
Biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)






BUDAYA REMAJA BERPASANGAN 

SENARIO sekarang tampak remajalah yang paling banyak memerlukan cinta 
untuk melengkapkan hidup mereka berbanding zaman lalu. Sewaktu saya 
di bangku sekolah rendah dahulu, belum pernah kedengaran pelajar sekolah rendahbercinta, malah jarang sungguh saya terdengar pelajar menengah atas bercinta. 

Malah pemandangan berpegang-pegangan tangan di kalangan pelajar lelaki 
dan perempuan tidaklah tidaklah ketara seperti ketika itu. Kalau sudah mempunyai ikatan pun, mereka tidak membuat perkara yang tidak senonoh terang-terangan. 

Tetapi sekarang seolah-olah cinta, sayang dan rindu kepada bukan mahram adalah satu budaya. Malah yang malangnya ada menjadikan 'cinta' sebagai platform untuk mendapatkan sesuatu sama ada dalam bentuk kepuasan nafsu, materialistik, batu loncatan atau sebagainya. Tapi bagi mereka yang tahu memanfaatkan cinta, ia boleh menjadikan seseorang itu semakin mendekatkan diri kepada Penciptanya. Tapi ia merupakan bilangan statistik yang sedikit. 

Sesungguhnya teori cinta Laila dan Majnun adalah tidak tepat. Lihatlah pendekatan dalam cerita Winter Sonata, masih ada malah terserlah unsur material di dalamnya. 

Tome Pires dalam pengkajiannya tentang kebudayaan Asia mengatakan orang Asia umumnya dan orang Melayu khas memang gemar bercinta. Malah ada kala perkelahian berlaku sesama mereka akibat perebutan cinta seorang wanita/lelaki. 

Teori ini sememangnya kita tidak menyangkalkannya. Malah sekiranya Islam tidak tersebar ke Nusantara, maka teori tersebut benar 100 peratus. Lihatlah sekeliling terutama di institusi pengajian rendah, menengah, tinggi baik swasta ataupun awam. 

Budaya berpasangan wujud. Budaya ini telah dicemari dengan wacana budaya 
berpasangan barat. Apabila berpasangan, suatu kemestian adalah pegang tangan. Ini adalah pelanggaran syariat Islam. 

Pengkajian seksologi manusia melaporkan bahawa 'pegang tangan' boleh mewujudkan penjajahan minda ke atas lelaki ke atas perempuan. Perempuan akan menurut kata lelaki tersebut. Dan bagi lelaki, aktiviti organ seksnya berfungsi lebih aktif sehinggakan kelenjar inferior di otak bertindak tidak normal merembeskan hormon testron sama ada semakin banyak atau kurang. Sekiranya banyak, ia boleh membangkitkan nafsu syahwat seorang lelaki lebih daripada biasa. 

Oleh itu, bagi golongan perempuan elakkan pegang tangan kekasih selagi belum ada ikatan yang halal. Inilah punca mengapa seorang perempuan tidak dapat menghalang kekasihnya daripada melakukan sesuatu di luar batas agama. Sebab mereka (perempuan) seolah-olah terjajah. 


Agama Islam tidak melarang umatnya bercinta, berkasih sayang malah ada ayat al-Quran menggalakkannya tetapi mestilah dengan corak dan cara Islam. Percintaan adalah suatu keperluan dan fitrah manusia, namun pelaksanaannya hendaklah tidak terpesong dari jalan yang benar. Sekiranya salah perhitungan, ia akan mengundang keruntuhan akhlak.