Followers- Be my friends

Friday, November 12, 2010

Minggu Paling Buzy

Sejak dua tiga minggu nie memang idup buzy tahap gaban...so hari nie adalah kemuncak segala kekalutan dan kerisauan. Bermula dengan menanda kertas peksa ( itu sudah lumrah) kemudian sambung dengan "key-in" markah Trial calon SPM seramai 450 orang...dicampur dengan sibuk menguruskan majlis Hi-Tea sch semuanya perlu di selesaikan dalam masa seminggu.Kemudian bersambung pulak dengan penyediaan Jadual Bertugas Guru sewaktu SPM yang entah berapa kali kena edit dengan Big Boss...wah ini boleh bikin wa stresssss....
Nasib baik dokumen untuk ketua pengawas dan dokumen sulit yang lain, Slip peperiksaan tuk meja dan pelajar telah disiapkan dengan lebih awal..kalau tidak wa pasti meracau hari-hari.
Hari ni merupakan kemuncak segala hari dimana taklimat dan penyusunan bilik peperiksaan diadakan.
Walau pun tugas nie sudah 6 tahun dilakukan tetapi setiap tahun wa pasti tension tak lena tidur malam.

 Bersama Crew Form 4 yang banyak membantu...



Aturcara tahun ni agak padat bermula dengan segala mak nenek talimat dari otai-otai...pastu bersambung dengan program Sayang Disayang....pastu diorang kena angkut kerusi meja, sapu sampah, cuci tingkap untuk bilik peksa masing-masing...pastu sambung balik dengan Majlis Kenangan Terindahku....
 Sesi Sayang Disayang- acara menyuap milo bar kepada students...

So disini wa dedikasikan taklimat yang disampaikan oleh diri wa sendirik :

1. Adakah ibu bapa kamu tahu yang tahun nie kamu nak ambil peksa?
- yo-yo jer soalan set induksi wa....hahahaha
- Kalau tidak tahu...sila fotostat satu jadual dan slip kemasukan peperiksaan untuk ibu bapa kamu supaya mereka tahu bila time kamu ambik peksa.( ada ker patut kes taun2 lepas, bila tipon parent diorang boleh tanya kita balik...paper anak saya ari nie ke?- wah-wah...parent spesies apa kah nie????

2. Tinggalkan wasiat kepada ibu bapa kamu....
 - Sekiranya kamu accident ketika pulang dari perkara yang murni ( pulang dari ulangkaji )atau sengaja mencari nahas( merempit) ...dan terlantar di hospital...hantar wakil bersama slip kemasukan untuk membuat laporan di sekolah...tipon2 wa tak layan...
 - Begitu juga kalau kamu memang sengaja menempah hotel tingkap jerigi besi...sila maklumkan juga kepada pihak sch...kerana kamu tak der peluang tak jawap soalan peksa...walau dimana kamu berada...Pengawas Peperiksaan pasti akan mengikut kamu....

3.Jangan conteng kertas JOB ( Jawapan objektif Bermaklumat) atau Buku Jawapan. Lukisan anda tidak dinilai oleh pemeriksa....Jangan tinggalkan msg kepada pemeriksa kerana pemeriksa tak kan bagi extra mark.

4. Jangan tido ketika menjawap peperiksaan, coz pengawas memang suka korang tido senang dia nak berangan-angan. Sila "Buat habis Baik" dan tanamkan azam " Inilah peperiksaan SPM yang pertama dan terakhir buat kamu". Dalam istilah lain...wa tak sudi nak terima kamu sebagai calon sekolah tahun hadapan...dah cuak lar weiiii.

5. Dengar arahan daripada ketua pengawas/pengawas, hormati mereka seperti anda menghormati guru yang mengajar anda. Masalahnya wa yang tak ajar korang pun...korang pandang sebelah mata jerrrr...

6. Yang lain2 tur korang baca lar sendirik di dalam Jadual peperiksaan...dan terang lagi bersuluh banyak benda yang malas nak ulas kat sini..