Ahad yang lalu selepas selesai menyiapkan target penandaan kertas SPm, pulang ke BCH rumah keduaku...sudah hampir tiga minggu kami tidak menjenguk ke sana lantaran agak sibuk dengan penandaan kertas nie. Kekangan masa ini menyebabkan setiap hari dan hujung minggu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti disamping memenuhi undangan perkahwinan.
Sampai disana lewat petang kerana singgah di rumah adik ipar dahulu. Masa melangkah masuk ke dalam rumah ..saya agak terkejut kerana melihat laci-laci rak gantung dan meja konsol terbuka kesemuanya. Hati rasa tidak sedap dan terus melulu ke tingkat satu...dan terus melihat ke arah bilik anak yang mana grill tingkapnya telah diumpil walaupun pun tingkapnya di tutup. Grill yang diumpil adalah jenis grill yang boleh dibuka dari dalam tetapi saya telah meletakkan mangga pada penyelaknya. Ternyata grill keselamatan tersebut adalah tidak selamat kepada penghuninya apabila berlaku pecah rumah.
Modus Operasi maling nie adalah masuk melalui rumah sebelah yang tidak berpenghuni dan bergrill. Mudah sungguh dia membuka slinding door sebelah rumah walaupun sebelum nie telah berkunci. Kemudian , naik ke tingkat atas dan melalui bilik belakang melompat masuk ke ruang balkoni belakang rumah saya yang kebetulan saya sudah renovated.
Nasib baik tiada barang berharga yang ditinggalkan walaupun terdapat banyak peralatan elektrik yang boleh di bawa lari bersama.Menurut jiran-jiran, rumah sy adalah yang ke-9 dipecah masuk ketika orang sibuk bekerja pada hari Jumaat lalu.
Kebanyakan rumah yang dipecah masuk, hanya barang-barang kecil seperti emas, kamera, handphone, tabung duit dan laptop sahaja diambil.Alhamdulilah semua barang itu tiada di rumah sana, kebanyakkannya barang besar2 yang sukar dibawa seorang diri. Diharapkan jangan selepas nie datang bawak lori pulak sudahhhh......
Pencuri nie berlagak seperti maintance datang bawa tangga..masuk rumah tak ada tuan pastu pecah masuk rumah sebelah.Semoga nie dijadikan peringatan kepada saya dan juga jiran-jiran disana agar sentiasa berwaspada dengan orang luar.