Followers- Be my friends

Thursday, December 2, 2010

Percutian Part 1

 Percutian sudah bermula di Duta Village Beach Resort , Sungai Karang, Kuantan.Pertama kali datang ke mari bersama dengan emak dan adik beradik yang free...yang best nyer...free wi fi...dapat jugak berintenet sambil mengup date blog..

Wah bukan main gembira si angah dan Caah bila sudah sampai....
 Ambil kunci ...minta chalet menghadap laut...tapi tak dapat...hu...hu..
rupa-rupanya ada kumpulan guru yang sedang berkursus di sini...sian diorang ...dah start cuti pun kena kursus gak...

 Perkampungan Duta......chalet nampak sudah uzur....baru tadi pekerja datang tukar empat biji lampu....
Untuk menjimatkan bajet percutian 4 hari 3 malam nie, sebelum bertolak masak lauk-pauk yang boleh tahan 2 hari...belum dikira dengan pelbagai barang diangkut...periuk nasi, dapur, tong gas comel, kuali , 
periuk, glo,cili sos, kicap,bawang, gula , garam, cili, mineral water 1 kotak...sehinggakan beras 10 kg dan BBQ set terpaksa ditinggalkan kerana tidak muat kereta.
Emak kata : mcm nak tinggal lama kat sini...

 Aktiviti pertama : Pasar Tani Beserah.

Malam : Duk dalam Chalet...demam selsema maaaaaaa....