Ramai yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kenduri tersebut...Anak saudaraku ini dilantik menjadi flower girl secara bidan terjun...itu sebab baju agak berlainan dengan adik-adiknya yang masih kecil...mengantikan adik sedara yang tidak boleh dikawal kerana tidak dapat mengikut arahan akibat terlalu muda..
Ini anak sepupuku...baju flower girl ini adalah disponsor oleh aku sendiri ..ini adalah permintaan anak daraku yang teruju melihat perkahwinan Putera William bulan lalu..Dia selalu Kata "Cha-Are nak jadi puteri" ...so terus telefon kg bagi ukuran melalui telefon sahaja...nan ini hasilnya...cun tak ...flower girl muslimah..
Anak daraku yang sudah pandai berposing ala-ala pengantin..
Adik lelakiku bertugas sebagai DJ tak bertauliah...( nak jimat kos punya fasal) nasib baik semua peralatan adalah hak sendiri..
Adik ku bersama-sama sepupuku...
Suamiku...orang terkuat menguruskan kenduri...mengalahkan nak mengahwinkan anak sendiri..