Sebenarnya hampir 14 tahun tak buat kenduri kawen...kali nie suasana agak kelam kabut tanpa kehadiran ayahanda tercinta...semua perlu dilakukan sendiri..aku selaku penyelaras majlis aka selaku perancang perkahwinan mereka yang bermula dari merisik...bertunang ...nikah dan sehinggalar berlangsungnya kenduri kawen...semuanya aku yang buat..berbincang dalam telefon...suka-suka ati aku menetapkan tarikh kenduri...kecuali tarikh nikah , si Lelaki nak nikah awal skit coz nak lari dari berkursus...
ceh...
ceh...
Hari Rabu...orang kampung sudah datang memasang khemah ....cepatnya...memang teruja!
Sebanyak 4 buah khemah didirikan untuk menyambut tetamu..
Bahagian memasak menggunakan bilik / ruangan yang sengaja tidak ditutup dengan sempurnanya...
Ini adalah projek terbengkalai arwah abah...tetapi dapat disempurnakan oleh adik-adik lelakiku tanpa mengeluarkan upah..
Persiapan " Door -gift " untuk para tetamu. Untuk Majlis Menyambut Menantu nie...kami hanya memperuntukan sebanyak 600 beg sahaja dan 150 kotak gula-gula.
_ entry bersambung _