Akhirnya bertemu jodoh jua adik ipar ku yang telah 3 tahun menduda kerana pemergiaan isteri tercinta akibat sakit busung...
Jodoh yang diatur oleh birasku sendiri dengan memperkenalkan sepupunya kerana kasihan melihatnya yang sibuk menguruskan 2 orang anak lelaki ( 8 tahun dan 4 tahun ) tanpa bantuan/ belaian seorang isteri/ ibu.
Aku...selaku master mind dalam mengatur majlis memang bersyukur kerana semua yang dirancang berjalan dengan lancarnya sebelum solat jumaat berlangsung.
Tarikh yang dipilih adalah atas permintaan aku sendiri disamping senang mengingati tarikh pemergiaan ayahanda tercinta : Allahyarham Ibrahim B. Mohd Dali yang ke- 5 pada 11.11.2006 pada pukul 11.45 pagi.
Al-fatihah....