Kalau tahun lepas ke tepi laut di negeri Pahang..kali ni destinasi mendaki gunung Brinchang pula ( di Pahang jugak...).
Sebenarnya sudah lama tidak datang ke mari...kalau dulu datang dengan kawan-kawan bujang tetapi kali nie berbeza kerana datang dengan family..belum lagi sampai di tempat penginapan... si Cha-Are sudah merengek-rengek tidak sihat badan.
Nasib baik sampai sahaja di Tringkap , ternampak klinik Desa ( time bekerja ) masih dibuka, check suhu badan mencecah 38.5C dan nurse hadiahkan ubat demam dan selsema.
Tetapi malangnya...walaupun sudah makan ubat 4 jam sekali...sehingga pagi keesokkannya....panas badannya masih tidak kebah2. Risau jugak....tapi dalam risau2...misi holiday masih diteruskan di awal pagi dengan melawat di Ladang Teh BOH Sungei Palas..
Masyallah...bila melihat jalan masuk ke ladang tersebut...mesti tidak percaya di dalam sana terdapat tempat pelancongan yang sangat menarik...jalannya yang lecah dan sempit...menyukarkan kereta hatta bas pelancong berselisih...kalau terdapat bahu jalan yang agak rata...boleh lar berselisih...tapi kalau tak der...alamatnya..masuk gear "R" lar..sudah lar jalannya berselekoh "S" sepanjang perjalanan...
Tip melalui jalan nie..mesti bunyikan hon sebelum melalui selekoh tersebut...takut-takut bertembung dengan kenderaan dari arah hadapan.Mak asyik beristifar da menjerit-jerit ketakutan melalui jalan tersebut...sehingga ke hari nie..beliau sudah serik nak datang lagi ke sana.
Di dalam ladang tersebut...terdapat sebuah ladang strawberi jugak, kuaters pekerja, sekolah rendah, restaurant teh, kedai menjual produk berasaskan teh dan kilang memproses teh. Untuk memasuki kilang tersebut , pelawat akan dibawa oleh seorang pekerja di sana (setiap 15 minit) untuk membawa melawat tempat berkenaan.
Sapa-sapa yang belum sampai ke sana...Ladang Boh nie sangat mengujakan!..yuk ke sana....tetapi awas sesiapa yang mempunyai penyakit darah tinggi dinasihati menutup mata sehingga sampai ke tempat yang dituju..