Followers- Be my friends

Saturday, June 23, 2012

Setahun sekali...kami berjumpa.

Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah kali ini memerlukan 9 hari latihan. Bukan sahaja nyanyian Koir tetapi latihan tarian dan kombo juga diadakan serentak. Memang hebat kumpulan persembahan PPD kali ini. Semua persembahan tidak memerlukan pihak lain kerana ahli-ahlinya memang berbakat belaka. Kumpulan kami terdiri daripada 50 orang guru-guru dari sekitar daerah sangat memberikan kerjasama di dalam menjayakan persembahan kali ini. Sy sendiri selain sebagai pengurusan pakaian, terlibat juga di dalam dua persembahan iaitu menjadi konduktor bagi lagu pilihan dan tarian guru..( erm..tua2 pun masih mengedik lagi....).Kali ini , kami mengenakan warna berbeza daripada tema yang selalu diwar-warkan. Oren / Pinang Masak menjadi pilihan beserta tudung D'Haja menjadi pilihan.Nak dijadikan cerita..7 orang guru telah menempah baju salah ..kain bunga jadi baju...kain kosang jadi kain. Maka terpaksa lah, aku menyusun kembali posisi masing-masing supaya tidak ketara semasa membuat persembahan. Ada juga yang menegur kenapa ada yang berbeza pakaian.

Selain 4 lagu wajib..lagu pilihan ialah lagu Cek Mek Molek. Sekiranya anda berminat menontonnya,sila layari You tube untuk menontonnya dengan penuh geli hati... Nyanyian lagu yang paling mantop adalah lagu Guru Malaysia.
Objektif kami tahun ini adalah memenangi hati pengarah agar kami terpilih untuk ke peringkat negeri pada tahun hadapan....ngeeeeeee....