Followers- Be my friends

Saturday, October 31, 2009

Hi - Tea

Selepas menghadiri mesyuarat akhir guru bagi tahun 2009, kami semua berangkat ke Quality Hotel di Jalan Raja Laut untuk Majlis Jamuan Akhir Tahun.. Kali pertama dalam sejarah teman sebagai seorang pendidik, lebih kurang 15 tahun ...ada meeting sebelah pagi, dan berakhir dalam kul 10.45 pg, kemudian berkejar ke sana dengan menaiki bas yang disediakan( basnya datang lambat...dekat kul 11.45 pg baru sampai). Mula tur ingat nak naik bas jugak tapi last minute, Ruslina ajak naik keretanya...nasib baik dia ajak teman, kalau tidak tentu dia tak sampai kat hotel tur tanpa pemandu pelancong yg  tak bertauliah nie.

Ada cikgu yang rajin bawa 2 pasang baju, dan serba-serbi dua pasang ...Bagi teman yang malas nak bersalin kulit nie...pakailah dari pagi sampai ke petang. Nasib baik majlis bermula pada pukul 1.00 tgh dan berakhir lebih kurang pukul 3.00 ptg .Kalau tidak berlengaslah ketiak nie.



Tiada sesi persembahan sebab cikgu semua malas nak enjoy sangat, kepala berserabut selepas meeting. APA YANG PENTING...perow diisi sekenyang-kenyangnyer...pastu balik boleh Tidorrrrrr. Suasana majlis pun tak berapa menarik sangat sebabnya makanan kena bayar sendiri ( kalu free, lagik best), mahal lak tur.... ( tak berapa sedap gak pon, dan tak cukup!)...hadiah tak banyak....( coz teman pun hanya dapat doorgift sahaja).
Sekian sahaja N3 tak puas ati ari nie......

Thursday, October 29, 2009

Ladang Tulip

Cantiknya bunga tulip nie...kaler pink lak tur...kalaulah boleh tanam di halaman rumah, alangkah indahnya....



Tuesday, October 27, 2009

.: KISAH BENAR DARI SUNGAI BULOH :.

Kiriman dr satu email...

Pada satu malam bertempat di Surau Jenaris telah diadakan satu forum perdana sempena Maulidur Rasul. Ahli panel terdiri dari Ustaz Halim Din, Ustaz Raihan & Ustaz Dr. Sharifah Noor Hayati. Memang menarik kupasan ketiga3 ahli panel yg bijaksana tu. Tentang keperibadian Rasulullah yg mulia yg menjadi ikutan kita
semua.Di penghujung rancangan tersebut salah seorang ustaz kalau tak silap ustaz Halim Din telah mencerita kan sebuah kisah yg berlaku di Penjara Sg. Buluh.

Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan mencerita kan pd beliau ttg seorang banduan yg bernama AMIN iaitu ketua kumpulan Al-Mau’una yg didapati bersalah kerana melancar kan perang kepada Yg Dipertuan Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.Apa yg manarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik di kalangan sesama banduan lain.Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.

Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.

Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejut kan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi Jumaat.Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedang kan dia akn dihukum gantung pada pg esok. Bayang kan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.

Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejut kan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.

Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedar kan diri. Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.

Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.

Apabila jenazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat dgn jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir. Subhanallah. ……… mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung… …

Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.

Inilah kisah yg dicerita kan semula oleh Ustaz tersebut.

HUWALLAH HUALAM,

Dipetik dari Asyraaf forum ( Khairudin )

Monday, October 26, 2009

Bengkel Tarian Rakan Tua Seni Budaya....




Wah...best sungguh hari nie..bila dapat melepaskan gian menari. Program ini sudah lama teman rancang.Sebagai guru kebudayaan sekolah , teman diberi peluang untuk menjalankan program nie dengan bantuan jurulatih luar seramai 3 orang. Sesi pertama menari tarian Cha-Cha..kemudian buat persembahan ikut group. Last group ialah group guru-guru ...poyo jer masing-masing menunjukkan skill tersendiri...mana taknya seorang kaum adam pon tak dibenarkan masuk ke dalam dewan tersebut, selepas tur, sesi senamaerobik. pelajar enjoy giler seolah-olah lepas tension setelah menduduki PMR baru-baru nie. Lain tahun boleh adakan program seperti ini lagi...dan sesiapa yang berminat untuk join kena book terlebih dahulu...

Friday, October 23, 2009

Allah Maha Berkuasa

Ayat al-Quran Pada Kulit Bayi


Quantcast

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
ayat alquran 1
Foto dipetik : Kosmo Online (Sebahagian ayat al-Quran pada kulit Ali

MOSCOW – Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

ayat alquran 2
Foto dipetik Kosmo Online : (Sepotong ayat al-Quran pada paha Ali
Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
“Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis,” kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.
Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

“Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu,” kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. –

MUFTI RUSIA : Ayat al-Quran Pada Kulit Bayi adalah Amaran Allah


AliAli 1
new1AMARAN TUHAN. Hari ini Khamis 22 Oktober 2009 M / 13 Zulkaedah 1430 H, sekali lagi KOSMO! melaporkan, Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.
Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.
Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.
Salah satu ayat itu bermaksud: “Allah ialah Pencipta segala yang ada.”.
Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.
Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya.

N3 try...test ( part 2)


Nie juga sekadar N3 try...test...pandu...uji.....nak tengok cepat tak benda nie di updatekan....
Jangan terperdaya, gambar nie semua semasa wat open house dulu..ramai yang berkenan dengan tikar english style tur..tapi korang tak tahu sebelum tetamu datang ...satu bilah tikar tur dah tercabut...punyalah teman geram teramat sangat.Rege nyer cuma RM 100 masa tur..agak mahal berbanding dgan kualiti yang tak seberapa. Teman beli di Nilai pada bulan Jun lepas..Rugi jugak tak beli 2..tapi susah nak bawa coz pakai kereta biase2...kalau pakai mpv tentu teman dah rembat........
Satu lagi kesilapan yang tak disengajakan akibat selepas proses mengecat...frame Allah Muhammad tur terletak secara terbalik , frame Allah sebelah kiri dan Muhammad sebelah kanan...kata Mr. K ramai yang tegur semasa hari tu..tapi tak tegur redict pada teman..takut teman terasa kut...tapi sebenarnya sebelum tur memang dah betul posisinya cuma ada terjadi peristiwa meleleh ayo mata teman semasa proses mengecat, apabila frame besar tu pecah cerminnya akibat di pijak oleh anak daro sunti.. Menangis teman kejap...tur lah lepas kering cat terus gantung dengan ati yang gundah gelana.....
Kenapa cat putih...jimat kos ma...touch up skit2 jer..bcoz tak ada masa...asyik sibuk dgan open house ...
tutup bekas kerja tangan anak daro suntilah dan cop tapak tangan diorang sume...

Thursday, October 22, 2009

N3 try...test...


N3 kali nie hanya nak test update post sahaja...bukan nak menunjuk2.....
Tapi nak bagitahu jugak yang saya nie suka bangat dengan bunga rose sampai nampak karpet bentuk bunga rose & pink lagik terus grap....nampak tak soft toy Caah kat pintu stor tur....itu pon bentuk bunga rose jugak....

Tuesday, October 20, 2009

My Open House....



Tempat Laksa Kuale
Pemanis mulut
Persiapan menu sebelum open house..kali nie masak sendiri, memang dolu-dolu pon masak sendiri jugak tapi tak lah manyak sangat..nie sampai nak kuar ayo mata..Budjet tetamu yang hadir adalah 200 orang..tetapi yang hadir hanya 150 orang sahaja( udah wat post-mortem)..biase ler tur..kalu ramai sangat teman kena sewa khemah lak...
cuma lain kali teman nak wat reply form/ sms agar senang nak elak pembaziran...
Antara menu yang disajikan adalah :
1. Nasi putih ( kesukaan rakyat Malaysia..)
2. Gulai daging masak hitam..( 5 kilo daging...sebenarnya nak wat rendang hitam...jadi gulai polak..terlebih kuah )
3. Sup sayur + ayam ( ayam 2 ekor jer...bukan kedekut..tapi sebagai perencah saje)
4. Ikan masin bulu ayam..( pijot yg goreng)
5. ulam-ulaman; petai, terung, kacang kelisa, timun...
6. sambal belacan ( pedas giler... abang ipar tolong watkan)
7.sambal tempoyak ( Mr.K yang wat)
8. rojak buah ( kuah disponsor oleh Pn. Zarinah Jantan..memang mabeles)
Buah-buahan : belimbing..nenas..mempelam..sengkuang..jambu batu..epal..lai...( 2 terakhir tu di sponsor jugak)
9. LaKSA kUALE KANGSOR....( Kuahnyer mr. k yang sediakan)
10. Kuih muih : Karipap, kuih bengka ubi dan puding roti ( baru belajor...terlebih air...)

Saat akhir ...datang jugak helper yang ditunggu2..kul 2 tu baru sampai...yang lain...emmm...males nak cerita...
Antara tetamu yang hadir....

Antara rakan guru yang hadir..Kak Zarinah, Khalizah, Raesah, Malisa, Syahida dan Kak Umi Hani

Jiran yang sangup datang dari Tmn Sri Batu Caves...jauh tur..makan manyak-manyak yer..

Kawan-kawan pijot...apasai gediZ semacam jer...

Antara jiran disana ( sebelah malam)..eh..macam mana blogger ieda ada di sebelah malam gak...lihat cerita diblog beliau...

Tetamu Vvip dari Kelang...sapa yang mengikuti cerita di blog nie..mesti tau sapa dia kan?
Kitchen helper @ penyibuk..orang cuci periuk..dia wat jakuzzi lak..nasib baek coti 2 hari..bolehlah settle kemas umah...basuh periuk belangga..karpet..alas meja..aduh...rasa nak coti lagikkkkkk

Sunday, October 11, 2009

Gotong - Royang KRT Tmn Sri Batu Caves



Malam sabtu sudah sibuk menyiapkan bahan untuk dimasak.

Ceh....bukan main bergaya sempat posing lagi sementara memotong ayam.


step pertama sebelum masak kuah kacang: goreng dulu udang kering dengan bawang sebelum blander..

Aktiviti sampingan selepas habis kerja....makan time...nyum-nyum rasa durian nie

Hari keesokkannya. Tak sempat nak ambil gambar banyak bcoz Syarah tengah bad mood.

Somiku tukang masak opis

Sempena menyambut kedatangan bulan Syawal nie, semua office ada memperuntukan jamuan untuk Aidilfitri..Office somi nie memang semuanya jantan-jantan yang "gagah perkasa" menjaga unit Arkib KWSP. Hatta seorang perempuan pon tiada melainkan tukang cuci bangunan.Maka dengan sebulat suara mereka telah mengundi somiku untuk menyediakan juadah jamuan yang sesimple yang boleh....( nak jimat budget).
Bermula jam 7.00 pagi sehingga 10.00 pagi , somiku seorang diri mula menyiapkan juadah yang tak seberapa nie...hatta seulas bawang pon tiada dia meminta isterinya untuk mengopeknya...
Sebagai seorang isteri...teman begitu berbangga kerana somiku sudah setaraf tukang masak opisnya...
Mee goreng basah.....( daging, udang + sotong ) kat kedai pon belum tentu ada.

Nasik goreng lada sulah ( resepi teman nie)

Sambal udang ( tak dok petai kali nie )...

So...sapa-sapa nak try masakan somiku bolehlah berkunjung ke No: 23, Jalan SR 2/1B,Saujana Rawang, Bandar Country Homes pada 18. 10. 2009 ( ahad nie)..