Followers- Be my friends

Tuesday, October 6, 2009

Aktiviti Hari Nie


Dari kul 7.10 pagi duduk menghadap komputer nie coz key in markah percubaan spm. Berhenti sekejap bcoz kena jaga exam...pastu bila nak sambung kerja balik, setengah nyawa menunggu untuk masuk markah....bermula kul 9.30 pg hingga kul 12.00 tgh baru boleh masuk web LPM.Tempat key in pun bukan main sesak sehingga berlaga punggung....puan......tolonglah bagi tempat yang selesa skit.


Kul 1.10 tgh menghadiri mesyuarat post-mortem percubaan spm....muka para pentadbir yang berkaliber......nampaknya pengetua bersungguh-sungguh nak meningkatkan prestasi akademik pelajar sehingga sanggup membelanjakan kacang picacho ( entah macamana ejaannya) dan air isotonik @ 100 plus untuk pelajar yang malas\tido di dalam kelas. Persoalannya boleh ker pelajar tu belajar...atau sekolah terpaksa membelanjakan "makan kacang " setiap waktu guru masuk ke kelas. Kalau setakat sekali bagi jer....rasanya tak memberi apa-apa kesan. Pada pendapat teman, penguatkuasaan disiplin lagi baik dan para pentadbir perlu meronda setiap waktu untuk melihat sendiri kerenah pelajar kesayangan mereka tur.Sesi manja-manjakan pelajar lebih sesuai untuk pelajar yang cemerlang sahaja...yang suka ponteng kelas dan tak hadir...jumpa sahaja ibu bapa mereka..kadang-kala , ibubapa pun menyokong jugak tindakan anak mereka yang sudah tidak hadir ke sekolah...bagaimana guru hendak membantu mereka!. Lagi satu sepatutnya pihak sekolah dapat meluluskan reso soalan yang diperolehi drp luar supaya pelajar dapat menjawab pelbagai bentuk soalan...bukannya bagi diorang makan kacang jer!

Muka-muka para guru yang begitu komited dan berdedikasi...+ tension bangat...dah pukul 3.30 petang tur....

Nie muka lagi tension....tengok tur pencatat minit yang dah masam mencuka sebab tension apa yang patut dicatatnye...buat pengetahuan semua sebelum nie semua tur kerja teman ler.....
Nielah sesi yang ditunggu-tunggu oleh para guru...sesi mentekadarah ( ikut kata tuan rumah yang menganjurnya- Pn. Nor)


Sebenornya ..sesi terapi selepas sakit telinga selepas meeting tadi.....pandai Nor masak yer...ada ikan kerapu masam manis, ada masak lemak ketam ( nyum2), ada mee rebus, sambal belacan...ikan kering dan kuih muih..hebat jugak...hari sekolah pon boleh masak banyak menu....TAHNIAH, NOR!

0 comments: